X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bintang Handalan & Ikon Fesyen Global, Jennifer Lopez Lancar Wangian Baru, PROMISE

3 min bacaan
Bintang Handalan & Ikon Fesyen Global, Jennifer Lopez Lancar Wangian Baru, PROMISE

Jennifer Lopez telah melancarkan pewangi terbaru bernama Promise yang membawa janji-janjinya kepada peminat. Tak sabarnya nak cuba pewangi ini!

Salah seorang bintang handalan yang paling menawan hati dan berpengaruh di dunia, Jennifer Lopez, melancarkan pewangi terbarunya yang bernama PROMISE.

Wangian baharu ini merangkumi janji-janji Lopez kepada diri sendiri dan peminatnya dalam perjalanan yang diraikan yang membawa kepada kejayaan yang unggul dan pengaruh yang besar terhadap budaya pop.

Dengan perkongsian bersama Designer Parfums, Lopez akan memperkenalkan PROMISE secara eksklusif di Ulta Beauty di AS, Boots dan Superdrug di UK dan Liverpool di Mexico.

"Ini merupakan projek yang mengujakan saya. PROMISE merangkumi diri saya seluruhnya, bukan sekadar sebagai seorang penghibur, tetapi sebagai seorang individu, seorang ibu dan anak perempuan," kata Lopez. 

"Sebuah jenama ialah harapan – dan jenama ini sangat peribadi bagi saya."

Pada 2018, Lopez melancarkan siri lagu hit yang melengkapkan Las Vegas Residency 'All I Have' yang memecahkan rekod, menerima Anugerah Michael Jackson Video Vanguard di Anugerah Muzik Video MTV 2018 dan dinamakan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia oleh Majalah TIME.

Bintang Jennifer terus bersinar pada 2019 dengan keluaran kerjasama muzik baharu, 'It's My Party Tour' Antarabangsanya dan anugerah Ikon Fesyen Majlis Pereka Fesyen Amerika (CFDA) untuk sumbangan globalnya dalam bidang fesyen.

Dan yang terutamanya, persembahan Lopez dalam filem yang baru ditayangkan dan mendapat pujian, Hustlers, dinobatkan oleh golongan dalam industri sebagai yang terbaik dalam kerjaya beliau. Bulan September ini dunia terpana apabila Jennifer berjalan di pentas peragaan Versace dengan pakaian hijau Versace ikoniknya, meraikan ulang tahun ke-20 bagi wajah yang "menguasai internet."

"Kami tahu bahawa dalam landskap kecantikan semasa, pelanggan memerlukan hubungan secara langsung dan boleh dipercayai dengan jenama dan produk yang mereka pilih. Kemampuan Jennifer untuk berhubung melalui emosi dengan wanita di seluruh dunia benar-benar tidak dapat ditandingi," kata Dilesh Mehta, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi, Designer Parfums. "PROMISE melambangkan semua perkara yang menjadikannya sebagai ikon: bakatnya, kebijaksanaannya, pengaruhnya dan banyak lagi."

"Jennifer ialah ikon yang sebenar dan menjadi inspirasi kepada orang ramai," kata Tara Simon, Naib Presiden Kanan Perdagangan di Ulta Beauty. "Semua perkara yang beliau lakukan adalah menakjubkan dan kami berasa sangat teruja untuk memperkenalkan PROMISE secara eksklusif kepada pengguna AS."

"Bekerja dengan tokoh besar iaitu Jennifer Lopez untuk mencipta sesuatu yang benar-benar unik dalam kategori ini merupakan perkara yang memberikan inspirasi," kata Parag Vidyarthi, Pengarah Pengurus, Designer Parfums. "Sebagai rakan kongsi yang mempunyai wawasan utama dan kreatif, Jennifer berpegang teguh dalam usahanya bagi memastikan PROMISE memberikan pengalaman wangian emosi berpengaruh yang dicari oleh golongan wanita."

Dibangunkan dengan perkongsian bersama Robertet, PROMISE oleh Jennifer Lopez ialah wangian kayuan flora. Ia memperkenalkan unsur utama wangian Tangerin Itali yang berbau buah dan segar, beri merah jambu dan pir nashi. Apabila perasaan terungkai, ia memperlihatkan jambakan bunga orris, bunga melur dan bebuas embun yang cantik.

Wangian ini berakhir dengan asas kayuan yang sensual bagi kayu cendana berkrim dan kayu kashmir yang diseduh dengan ambar terhablur. Direka dalam botol kaca yang tinggi berbilang sisi dengan kemasan metalik emas ros yang sangat berkilau, botol PROMISE menghidupkan dunia Jennifer Lopez yang moden dan mewah dengan penyerlahan yang reflektif dan rona ambar dan champagne yang hangat dan menggoda.

Barisan Produk 

1.0 auns Penyembur Eau de Parfum  $45.00 
1.7 auns Penyembur Eau de Parfum  $55.00 
3.4 auns Penyembur Eau de Parfum  $65.00 
.33 auns Penyembur Eau de Parfum Purse $22.00

HUBUNGI:
Christina Cassera/Jackie Sands-Kirchner
Tractenberg & Co.
212.929.7979

Stories Rakan Kongsi
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

PRNAsia

  • halaman rumah
  • /
  • Fesyen
  • /
  • Bintang Handalan & Ikon Fesyen Global, Jennifer Lopez Lancar Wangian Baru, PROMISE
Kongsikan:
  • Maybelline New York Lantik Model & Jurucakap Global Terbaru Dari Asia - Estelle Chen

    Maybelline New York Lantik Model & Jurucakap Global Terbaru Dari Asia - Estelle Chen

  • Brad Pitt shares that leaving Jennifer Aniston was the 'biggest mistake of his life'

    Brad Pitt shares that leaving Jennifer Aniston was the 'biggest mistake of his life'

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Maybelline New York Lantik Model & Jurucakap Global Terbaru Dari Asia - Estelle Chen

    Maybelline New York Lantik Model & Jurucakap Global Terbaru Dari Asia - Estelle Chen

  • Brad Pitt shares that leaving Jennifer Aniston was the 'biggest mistake of his life'

    Brad Pitt shares that leaving Jennifer Aniston was the 'biggest mistake of his life'

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.