Eh, Baby Pun Ada Jerawat? Ini Perkara Penting Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Jangan panik bila anda melihat jerawat bayi dan bintik putih pada kulit bayi anda! Kami akan kongsikan beberapa cara untuk anda menangani masalah kulit ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jerawat bayi bernanah adakah normal untuk bayi baru lahir? Untuk Pengetahuan anda, ia bukanlah jerawat seperti orang dewasa dan juga nanah. Ia tampak seakan-akan sahaja. Ia adalah normal, kerana kulit bayi baru lahir sangatlah nipis dan lembut.  

 Jika ini adalah pengalaman pertama anda menjaga bayi yang baru lahir, anda pasti akan panik bila melihat wajah anak anda kelihatan kemerah-merahan dan dipenuhi jerawat bayi atau pun bintik-bintik putih yang seakan jerawat bayi bernanah. 

Kulit muka bayi akan kelihatan seperti mempunyai jerawat bayi dan juga bintik putih yang kelihatan sama seperti yang dialami oleh orang dewasa. Manalah tak takut kan ibu bapa tengok wajah anak mereka begitu selepas lahir. Tetapi, anda tidak perlu risau dengan keadaan kulit anak anda. Nak tahu kenapa? Jom kita baca disini!

Apa itu jerawat bayi?

Kredit: Headline.com

Kalau ibu bapa nak tahu bayi pun sebenarnya ada jerawat tau. Jerawat bayi bukanlah sesuatu yang patut anda risaukan kerana ia adalah sesuatu yang biasa berlaku pada bayi yang baru lahir. Ia adalah keadaan kulit sementara yang terhasil pada muka dan juga badan bayi. Ibu bapa juga jangan khuatir kerana dalam kebanyakan kes melibatkan jerawat bayi, ianya akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Kalau orang dewasa lainlah kan ceritanya!

Baca Juga: Bayi saya tumbuh bintik macam jerawat, normal ke? Apa yang saya perlu tahu?

Bintik putih pada bayi

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi anda mempunyai bintik-bintik berwarna putih pada kulitnya? Ini bermaksud bahawa bayi anda mendapat milia atau pun bintik putih. Ia adalah keadaan kulit yang mana cyst atau bintik-bintik akan muncul pada kulit bayi yang baru lahir. Seperti jerawat bayi yang lain, bintik putih juga adalah perkara yang kerap berlaku dalam kalangan bayi dan tidak berbahaya pada si kecil anda. 

Ramai yang menyangkakan bahawa bintik putih adalah jerawat kerana ia nampak sama sedangkan ianya adalah dua perkara yang berbeza. Tetapi, jika anak anda mempunyai jerawat bayi, besar kemungkinan anak anda juga boleh mendapat bintik putih.

Kenapa bayi pun boleh dapat bintik putih?

Bintik putih pada bayi adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersekat yang diaktifkan oleh hormon ibu. Ianya bukan disebabkan oleh kulit bayi berminyak atau kotor ya, ibu bapa! Sebaliknya, ianya biasa berlaku dalam kalangan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara menangani bintik putih dan jerawat bayi bernanah

Kredit: Pexels

Memandangkan bintik putih adalah sesuatu yang normal, jadi tidak ada rawatan juga untuk bintik putih sama seperti jerawat bayi. Sungguhpun begitu, anda masih boleh melakukan cara-cara yang berikut untuk membantu menangani jerawat bayi dan bintik putih pada kulit bayi anda.

#1 Mengekalkan rutin penjagaan kulit yang optimum

Penjagaan kulit adalah amat penting untuk bayi. Ini termasuklah tidak membiarkan bayi berjemur ataupun terkena dengan cahaya matahari terlalu lama. Pastikan juga bayi tidak berada di tempat yang panas yang menyebabkan kulit anak anda berpeluh. Hindari penggunaan losyen atau apa sahaja pada kulit bayi. 

#2 Bersihkan kulit muka bayi

Bersihkan kulit muka bayi anda dengan menggunakan kain yang telah dicelup ke dalam air ataupun anda juga boleh gunakan tisu basah khas untuk bayi. Buat secara lemah lembut dan jangan gosok terlalu kasar. 

#3 Jangan garu atau pecahkan bintik putih

Rasa macam geram sahaja kan? Bila tengok muka anak anda penuh dengan biji putih. Perasannya macam nak pecahkan sahaja. Tolonglah jangan! Ini akan memberikan iritiasi pada kulit anda dan boleh menyebabkan kehadiran bakteria.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4 Lembabkan kulit bayi

Ada kalanya kulit bayi boleh menjadi kering disebabkan bintik putih ini. Gunakan pelembab yang sesuai dengan kulit bayi untuk melembabkannya.

 

#5 Jangan gunakan produk sebarangan

Kulit bayi adalah merupakan kulit yang sangat sensitif. Jadi ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan produk pada kulit muka bayi tanpa mendapat saranan doktor. Jangan gunakan apa sahaja minyak pada kulit muka bayi kerana dikhuatiri kulit muka bayi akan mendapat masalah lain.

#6 Lindungi tangan anak anda

Elak anak anda daripada menggaru-garu kulitnya dengan melindungi tangan anak anda. Pakaikan anak anda dengan sarung tangan bayi untuk mengelakkan anak anda memegang atau menggaru bintik putih. 

Jerawat bayi dan bintik putih adalah tidak berbahaya tetapi..

Walaupun ibu bapa mempunyai kerisauan yang berasas tetapi jerawat dan bintik putih bukanlah sesuatu yang boleh membahayakan si kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi jika keadaan kulit anda tidak berubah ataupun semakin teruk selepas 6 minggu dan lebih, bawa anak anda berjumpa dengan doktor ataupun pakar dengan kadar segera. Takut-takut pula anak anda mengalami masalah lain yang kita tidak tahu. 

Sumber: MommyLuv

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Pipi Anak Ada Ruam Kemerahan, Apa Cara Untuk Hindarinya Jadi Lebih Teruk?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman