Jilat Kemaluan Isteri Dengan 8 Peringkat Ini, Confirm Dia Merayu Nak Lagi! Boleh Cuba Malam Ni!

Pasangan kini lebih memilih foreplay bagi menghangatkan suasana di ranjang ia termasuklah perbuatan jilat kemaluan isteri.

Pasangan zaman sekarang lebih suka mencuba cara baru dan terbuka dalam melakukan seks. Salah satunya adalah mereka kadang kala lebih memilih foreplay bagi menghangatkan suasana di ranjang ia termasuklah perbuatan jilat kemaluan isteri.

Mungkin bagi sesetengah pasangan, jilat kemaluan adalah suatu benda yang kotor tetapi sebaliknya ia lain pula bagi pasangan yang lain kerana pada mereka ia adalah teknik foreplay yang mampu menghangatkan suasana di ranjang.

Walau apa pun pilihan anda dan pasangan, apa yang pasti jika anda suka akan cara ini untuk merangsang isteri, pastikan kebersihan sentiasa terjaga dan jangan diambil mudah. Silap langkah, merana diri nanti.

Jilat kemaluan isteri adanya ‘seni’nya

Menurut artikel dalam hellodoktor, hubungan intim adalah satu perkara yang perlu dinikmati kedua-dua suami isteri, bukannya semata-mata demi kepuasan suami sahaja.

Disebabkan itu, suami tidak boleh ego dan perlu belajar cara jilat kemaluan isteri dengan betul. Cara jilat kemaluan yang tepat sudah pasti akan membuatkan pasangan anda lebih terangsang dan anda juga yang mendapat manfaatnya kan?

Jadi apa yang ruginya jika anda belajar ‘seni’ menjilat bahagian intim isteri anda itu, jangan tersalah langkah kerana bahagian klitoris atau biji kelentit antara bahagian paling sensitif seseorang wanita.

Kulit di kawasan itu sangat lembut dan boleh terluka jika dikasari. Jadi belajar cara yang betul untuk jilat kemaluan isteri ya!Barulah aksi diranjang lebih panaskan?

8 peringkat jilat kemaluan isteri!

Berikut adalah 8 peringkat jilat kemaluan isteri semasa beraksi di ranjang. Semoga berjaya!

#1. Mencium bibir faraj

Sama seperti seks oral, tapi kali ini suami pula yang ‘memberi servis’ epada isteri. Caranya sangat mudah. Suami perlu menyentuh bibir faraj sehingga ia bertemu.

Kemudian, cium ia dengan lembut dan perlahan-lahan sama seperti anda mencium bibir isteri. Pastikan anda lakukan dengan perlahan-lahan seperti anda mencium bibir isteri anda. 

#2. Memasukkan lidah

Setelah faraj isteri sedikit basah selepas anda ikut teknik hebat ini, suami boleh mula mendekatkan muka pada faraj sambil meletakkan hidung pada klitoris isteri sambil perlahan-lahan memasukkan lidah ke dalam lubang faraj.

Ia perlu dilakukan dengan lembut kerana bahagian dalam faraj sangat sensitif! Lihat reaksi isteri ketika ini.

#3. Menggerakkan lidah

Kemudian, suami boleh mula menggerakkan lidah ketika dalam lubang faraj isteri. Terpulang pada suami untuk menggerakkan lidah mengikut ritma dan tempo yang dirasakan bersesuaian.

Yang penting jangan tergesa-gesa ya. Buat dengan perlahan-lahan dan penuh hati-hati.

#4. Menjilat klitoris

Peringkat seterusnya adalah anda perlu beri perhatian pada klitoris isteri. Anda perlu cium, gigit dan jilat kemaluan pasangan anda itu di bahagian klitoris dengan sepuasnya. Sebaiknya, berbual dengan isteri untuk mengetahui apa yang mereka suka agar suami tidak ‘syok sendiri’.

Tapi berhati-hati ya! Janganlah terlalu kasar, nanti luka pula, terus buat isteri turn off!

#5. Menyedut klitoris

Selepas itu, sedut klitoris ke dalam mulut dengan lembut. Selepas seketika, beranjak sebentar dari kawasan klitoris dan bermain-main di sekitar kemaluan isteri pula.

Kemudian, kembali ke dalam lubang faraj. Ulangi proses ini sehingga badan isteri mula menggigil kesedapan.

#6. ‘Minuman’ nikmat

‘Minuman’ di sini bukan bermaksud suami perlu minum cecair yang keluar dari faraj. Peringkat ini dinamakan sebegitu kerana ketika ini, faraj isteri akan megeluarkan lebih air mazi dan menjadi lebih basah.

Ketika ini, suami boleh beralih dan bermain-main pada bahagian paha isteri. Mungkin ketika ini anda juga sudah boleh lakukan ‘tusukan’. Lihat saja ister bersedia, anda boleh mula lakukan peranan anda kerana ketika peringkat ini kemaluan isteri sudah terlalu basah dan ‘dayungan’ anda akan menjadi sangat lancar.

#7. Menggomol kemaluan

Jika masih belum memasukkan zakar ke dalam faraj isteri, anda boleh lakukan ini pula. Seterusnya, suami boleh kembali semula ke kemaluan isteri. Namun begitu, tidak banyak yang suami perlu lakukan kerana isteri sudah mengeluarkan air mazi yang terlalu banyak.

Apa yang suami boleh lakukan adalah benamkan kepala dan menggomol kemaluan isteri.

#8. Teknik ’69’

Suami boleh minta isteri untuk turut bermain dengan zakar sambil masih bermain dengan farajnya. Caranya mudah sahaja!

Minta isteri baring di atas badan suami sambil menyuakan kemaluan pada muka suami dan nikmatinya bersama-sama.

Berdasarkan peringkat-peringkat ini, kita perlu tahu bahawa klitoris merupakan bahagian dalam faraj wanita yang sangat penting untuk merangsang nafsu wanita dan di bahagian inilah suami perlu jilat dengan teknik yang betul dan tepat bagi memuaskan nafsu isteri!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellodoktor

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-belai-biji-kelentit-isteri

Penulis

Lala Annuar