JIMAK Setiap Hari Boleh Hilangkan Sakit Kepala Migrain, Betul Ke?

Jimak setiap hari kedengaran memenatkan. Tetapi setelah anda tahu kelebihannya mungkin 'hari-hari mahu!' Ajak pasangan cuba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila sudah berkahwin antara isu yang sering menjadi perbualan adalah kekerapa berjimak atau melakukan seks. Kali ini kami kongsikan manfaat jika pasangan melakukan jimak setiap hari .

Selain daripada kewangan dan kerjaya, seks antara topik yang paling hangat dalam kehidupan berumah tangga. Tanpa seks, hambarlah sesuatu hubungan perkahwinan itu.

Persoalannya, berapa kerapkah anda perlu melakukannya? Setiap hari? Seminggu atau sebulan sekali? 

Jimak setiap hari banyak manfaatnya

Cuba anda semak balik, adakah hubungan seks anda dan pasangan seghairah ketika awal-awal berkahwin dulu, jika tidak, eloklah buat perubahan kerana seks yang sihat adalah salah satu pengikat dalam rumah tangga.

Ada yang kata, melakukan seks ini ibarat berolah raga atau bersenam, dengan melakukannya ia akan menyihatkan tubuh badan anda.

#1. Meningkatkan kesihatan jantung

Berdasarkan kajian oleh American Journal of Cardiology lelaki yang melakukan seks dua kali seminggu atau lebuh kurang berisiko untuk mengalami penyakit berkaitan kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung berbanding mereka yang melakukannya sebulan sekali. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mengurangkan stres

Menurut penilaian jurnal Biological Physchology, aktiviti seks mencegah naiknya tekanan darah yang biasa dialami oleh orang yang sedang dalam keadaan stres.

Apabila melakukan seks ia dapat membantu mengurangkan stres kerana hormon endorfin dan hormon lain dilepaskan yang dapat meningkatkan mood. 

#3. Mengurangkan risiko kanser prostat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sering ejakulasi akan menurunkan risiko kanser prostat. Menerusi kajian European Uroogy, lelaki yang mengalami ejakulasi lebih dari 21 kali sebulan memiliki kemungkinan 20 peratus lebih rendah terkena kanser prostat jika dibandingkan dengan hanya mengalami ejakulasi empat hingga tujuh kali sebulan. 

#4. Tidur yang berkualiti

Kredit: emina cosmetics

Menurut National Sleep Foundation, ketika terangsang seseorang akan melepaskan hormon prolaktin yang berkaitan dengan kepuasan seksual dan dapat menyebabkannya menjadi lebih relaks. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu, selepas melalukan seks pasangan biasanya akan mengantuk dan lebih bersemangat ketika bangun pada keesokan harinya. 

Kualiti tidur ternyata mempengaruhi kehidupan seks anda yang mana kajian juga mendapati wanita yang mendapat tidur yang cukup akan memiliki ghairah seks yang lebih baik pada keesokan harinya. 

#5. Mood yang lebih baik

Ketika melakukan skes tubuh mengeluarkan hormon oksitosin apabila anda mencapai klimaks. Hormon ini membuatkan anda lebih relaks dan bahagia sekaligus merasa lebih dekat dengan pasangan.

Setelah 10 minit biasanya kadar oksitoksin akan kembali normal disebabkan itu ketika berhubungan seks anda disaran untuk berpelukan atau berciuman untuk memanjangkan lagi rasa bahagia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Kulit bersinar, sihat

Seks dikatakan dapat membuatkan seseorang itu nampak lebih muda dan ia bukanlah mitos kerana dengan melakukan seks ia akan mengurangkan stres dan melancarkan peredaran darah. 

#7. Lebih produktif dan gembira di tempat kerja

Kredit: sari wangi

Kehidupan seks mempengaruhi produktiviti anda di tempat kerja. Kajian Oregon State University mendapat mereka yang melakukan seks pada malam sebelumnya akan lebih bersemangat menyelesaikan pekerjaan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seks bersama pasangan memberikan kesan positif dan perasaan bahagia kerana pengaruh hormon dopamin dan oksitosin. 

#8. Elak mati pucuk cepat

Kajian terhadap 1,000 lelaki berusia 55 hingga 75 tahun mendapati mereka yang ada melakukan seks sekurang-kurangnya sekali seminggu hanya sebahagian saja yang mengalami mati pucuk berbanding mereka yang jarang melakukan seks. 

Ereksi memberikan jumlah oksigen yang cukup kepada penis lelaki. Kadar oksigen yang rendah menghalang penis untuk berfungsi dengan baik. 

#9. Mengatasi sakit kepala

Kredit: doktorsehat

Terangsang adalah salah satu penawar sakit kepala. Kajian terhadap 300 orang yang mengalami migrain, dan 60 orang dengan sakit kepada yang melakukan hubungan seks ketika pening kepada akan rasa lebih baik selepas melakukan seks.

Ini terjadi kerana selama melakukan hubungan seks, hormon endorfin akan dirembeskan dan ia menghasilkan perasana gembira dan meredakan kesakitan. 

#10. Tingkat sistem imun tubuh

Pasangan yang aktif secara seksual dan mempunyai rutin melakukan seks akan jrang diserang penyakit. Ini kerana badan akan mengalami peningkatan antibodi jika pasangan aktif melakukan hubungan intim. 

Walau apa pun, pastikan anda jaga pemakanan jika mahu kekal sihat dan terus bertenaga melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: sehatq

Baca juga: Berapa Kerap Anda Perlu Buat Seks Dengan Pasangan? Seminggu Sekali Itu Normal Ke?

Penulis

Lala Annuar