Jimat Berbelanja Dengan Duit Gaji, Wanita Ini Kongsi 10 Cara Urus Kewangan Yang Boleh Anda Ikuti

Jika anda masih gagal menyimpan dan menguruskan kewangan dengan baik, tips ini mungkin membantu anda untuk lebih jimat berbelanja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru tengah bulan, duit gaji dah habis, entah dimana silapnya dalam berbelanja harian padahal rasanya sudah jimat habis!

Menurut data Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, hampir separuh rakyat Malaysia masih tiada simpanan kecemasan RM 1,000.

Dengan harga barang yang dijangka naik 20 peratus menjelang Ogos nanti, sebaiknya anda membahagikan duit gaji yang diperoleh setiap bulan mengikut formula gaji 50:30:20.

Terhadkan keperluan dan kehendak pada kadar 50% dan 30%, manakala selebihnya untuk simpanan atau pelaburan.

Menerusi satu posting seorang pengguna Facebook , Nu Ha ada berkongsikan tentang cara menguruskan kewangan, berbelanja dan jimat yang mudah untuk anda ikuti. Ini caranya: 

Cara urus kewangan dan jimat dalam berbelanja

1. Dapat gaji, settlekan komitmen dahulu. Asingkan saving, komitmen dan perbelanjaan ikut kategori.

2. Beli dan borong masa ada jualan murah. Simpan buat stok (periksa tarikh luput ye). Elak membeli masa gaji (cenderung terlebih belanja maklumlah tengah banyak duit dan elak kesesakan).

Cuba perhati dan bandingkan harga pada minggu gaji dengan 2 minggu sebelum gaji. Biasanya lebih murah sebelum gaji.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Pantau harga beberapa pasaraya. Pilih harga terbaik. Buat kad ahli, boleh tebus mata ganjaran dalam bentuk voucher/coupon tunai.

Ambil kira juga jarak, kos minyak dan masa untuk bandingkan penjimatan. Saya buat kad ahli Lotus, Bonuslink, Watson, berbaloi.

4. Buat senarai semak barang keperluan ikut kategori (barang dapur, penjagaan diri, pakaian, dan lain-lain) . Tuliskan barang yang perlu dibeli, kuantiti, bajet harga dan pasaraya.

Untuk elakkan terlebih stok dan expired. Amalkan konsep FIFO (first in, first out).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Follow media sosial Facebook pasaraya terdekat supaya mudah anda dapat info jualan murah barang-barang keperluan anda.

6. Beli ikut portion yang diperlukan. Contoh berapa kuantiti sayur, buah dan lauk basah untuk bilangan ahli keluarga dalam seminggu atau 2 minggu. Beli sayur dan lauk yang murah tapi berkualiti. Jika rasa sumber protein telur dan ayam mahal, tukar kepada alternatif lebih murah iaitu ikan bilis, tauhu dan tempe.

7. Masak sendiri di rumah. Bawa bekal ke tempat kerja. Belajar masak sendiri menu yang kita suka makan tapi mahal harganya jika beli di kedai. Boleh tukar corak pemakanan kepada yang lebih sihat juga, kurangkan fastfood dan junkfood.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Boleh start berkebun, tanam sayur keliling rumah jika punya ruang/tanah.

9. Potong perbelanjaan tak perlu. Pilih jenama affordable.

10. Buat kerja part time cari side income atau berniaga.

Pesannya lagi, kita tak boleh ubah atau kawal harga. Juga tak boleh berharap menteri atau orang lain jaga kebajikan kita.

Apa yang kita mampu buat ialah kita cari alternatif sebagai solusi! Bertabahlah semua. Semoga urusan kita dipermudah dan Allah memurahkan rezeki kita, amin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 cara mudah suami isteri boleh berjimat, barulah duit gaji cukup setiap bulan!

Baca juga: 8 cara bijak untuk anda menyimpan wang demi keluarga tahun ini!

Baca juga: 4 Tempat Terbaik Untuk Simpan Duit Raya Anak, Yang Menjadi Pilihan Ramai Ibu Ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah