Adakah Selamat Berlari & Jogging Ketika Hamil? Ini Jawapan Yang Perlu Bakal Ibu Tahu!

Untuk memudahkan proses bersalin, ibu disarankan untuk aktif berjalan. Bagaimanapun jika anda gemar jogging setiap hari dan berlari, adakah ia selamat?

Melalui perjalanan sebagai ibu hamil memerlukan anda menjaga dengan baik bayi dalam kandungan. Namun, sekiranya baru pertama kali menjadi bakal ibu, anda mungkin tertanya-tanya adakah boleh untuk berlari dan jogging setiap hari?

Jawapannya mudah saja, ya! ibu boleh terus berlari ketika sudah hamil sekiranya sebelum ini memang sudah biasa dengan senaman dan berlari.

Kesan berlari dan jogging setiap hari 

credit to sources

Tidak dinafikan aktiviti berlari dan jogging setiap hari yang ringan amat berkesan untuk menggerakkan jantung serta anggota tubuh badan.

Namun jika anda tidak aktif berlari bermula dari sebelum hamil lagi, ini bukanlah masanya untuk memulakannya. Sama ada ibu mengandung ataupun tidak, berlari memberikan tekanan kepada lutut anda.

Sewaktu berbadan dua, badan ibu akan menghasilkan hormon relaksin yang berfungsi untuk melonggarkan sendi-sendi dan membuatkan anda lebih mudah cedera.

Oleh hal demikian, sekiranya anda tidak memiliki pengalaman berjogging, boleh sahaja cuba berjalan, berenang atau senaman ringan lain yang disyorkan.

Tetapi tidak kiralah sama ada anda adalah seorang atlet atau baru sahaja mula bersenam, satu senaman yang benar-benar perlu ialah senaman lantai pelvis!

Tips kekal aktif dengan cara selamat ketika hamil

Memandangkan kini anda sudah berbadan dua, ibu mungkin tidak mahu terlalu lasak dalam melakukannya. Selain itu, peraturannya adalah sama dengan semasa sebelum anda hamil:

  • Lakukan warm up terlebih dahulu bagi memberikan isyarat kepada tubuh badan untuk melakukan aktiviti.
  • Jangan memaksa diri, anda seharusnya boleh berbual dengan selesa semasa berlari.
  • Minum banyak air sebelum, semasa dan selepas berlari untuk mengelakkan dehidrasi. Sentias bawa sebotol air bersama dan minumnya sedikit demi sedikit sepanjang anda berlari atau berjogging.
  • Pastikan memakai kasut yang sesuai, selesa dan mampu memberikan banyak sokongan pada tapak kaki.

Cara menyesuaikan rutin senaman sepanjang kehamilan

Jika anda biasa berlari atau kerap melakukan senaman aerobik sebelum hamil, teruskan sahaja jadikannya sejenis aktiviti yang membuatkan anda selesa.

Dalam hal ini, ibu mungkin terpaksa mengurangkan jarak berlari, masa dan kekerapan senaman apabila tarikh melahirkan bayi semakin hampir.

Berikut panduan selamat bagi setiap semester:

#1. Trimester pertama

foto: shutterstock

Pastikan tubuh anda tidak terlampau panas, kebiasaannya yang terjadi dalam trimester pertama ialah badan anda sukar mengawal suhunya sendiri. Elakkan melakukan larian atau jogging semasa cuaca terlalu panas, lembap atau ketika berjerebu.

#2. Trimester kedua

Pusat graviti anda sedang beralih tempat dan keadaan perut semakin membesar akan menyebabkan mudah berlaku kejadian tergelincir atau jatuh.

Untuk meningkatkan keselamatan, ibu perlu melakukan senaman ringan ini hanya di permukaan jalan berturap yang rata. Jika anda berasa hilang kawalan, cuba jatuhkan diri secara mengiring atau ke atas tangan dan lutut, bukannya ke atas perut.

#3. Trimester ketiga

Sewaktu usia kandungan mencecah trimester ketiga, anda mungkin mudah untuk berasa letih. Sekiranya ini terjadi, ia bermakna badan memerlukan rehat.

Ibu mungkin mendapati bahawa tidak lagi selesa berlari dan terlalu penat untuk melakukan sebarang aktiviti. Oleh itu, pada tahap ini anda boleh cuba untuk berjalan cepat atau berenang.

Adalah sangat normal jika tahap kecergasan anda mula menurun apabila usia kandungan yang semakin meningkat, jadi jangan rasa putus asa dan kekal menjadi seorang ibu aktif.

Walau bagaimanapun, berdasarkan sebuah kajian penyelidikan yang diterbitkan dalam New Scientist, menegaskan bahawa wanita melakukan sesuatu aktiviti jangka masa panjang dalam sehari, tanpa menekankan langkah berjaga-jaga berpotensi besar mengalami keguguran.

credit to sources

Hal ini kerana ia boleh menjejaskan kedudukan rahim sehingga mungkin mencederakan kandungan. Berhenti melakukan larian atau berjogging setiap hari jika:

  • Sakit bahagian sendi atau ligamen semasa dan selepas berlari.
  • Rasa yang sangat letih
  • Otot mula berasa sakit, lemah dan goyah.
  • Dilanda rasa pening
  • Mengalami sakit dada, kontraksi atau pendarahan faraj
  • Bernafas secara tercungap-cungap

Sumber: Baby Center

Credit photo from sources

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkebaikan-senaman