Penipuan Jual Topeng Muka Dicatatkan RM4.2 Juta, Remaja 18 Tahun Antara Yang Ditahan

Memandangkan tempoh kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April ini, ramai peniaga mengambil kesempatan ketika jual barang melalui platform online

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan diperketatkan bagi membanteras penularan wabak Covid-19, aktiviti jual barang online menjadi semakin rancak bagi memudahkan pengguna mendapatkan keperluan harian.

Transaksi pembelian yang sangat mudah telah menarik perhatian pengguna telefon pintar bagi membuat pesanan di hujung jari dan menunggu barangan sampai di hadapan pintu rumah.

Penipuan jual barang online ketika Covid-19

credit to sources

Memandangkan jual barang online boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, sejak tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini telah merekodkan jumlah kerugian akibat penipuan jualan topeng muka dianggarkan mencecah RM4.2 juta.

Hal ini berlaku susulan permintaan tinggi bekalan face mask berkenaan akibat pandemik Coronavirus.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan modus operandi penipuan jual barang online kebanyakannya melalui media sosial dan secara bersemuka.

”Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes-kes penipuan penjualan topeng muka ini. Selaras dengan itu, PDRM akan mengambil tindakan tegas dan meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum menyempurnakan pembayaran,” ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengulas lanjut, Ismail Sabri juga menasihatkan seluruh masyarakat membuat semakan terlebih dahulu akaun bank peniaga atas talian dan menilai terlebih dahulu akaun media sosial mereka.

”Anda boleh membuat semakan melalui portal ‘Semakmule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau status penjual dalam talian di laman web www.biztrust.ssm.com.my,” katanya.

Permintaan tinggi menyebabkan kenaikan harga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: FMT

Sebagai langkah berjaga-jaga dengan penyebaran wabak Covid-19, majoriti rakyat Malaysia cuba mendapatkan bekalan topeng muka sebagai stok yang perlu ada ketika di rumah.

Meskipun Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihati supaya hanya pesakit yang memiliki gejala Covid-19 sahaja perlu memakai topeng penutup muka, namun ramai yang tidak mengendahkan sehingga hampir kesemua farmasi kehabisan stok.

Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata Seksyen Taktikal dan Serbuan mendapati kesemua penutup hidung dan mulut berkenaan disorok oleh kebanyakan premis untuk dijual secara atas talian kepada para pelanggan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, golongan tidak bertanggungjawab ini sanggup menaikkan harga produk berkenaan lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit berbanding harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan hanya RM2.00 sahaja.

”Operasi dijalankan berdasarkan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan jualan topeng muka atau penutup hidung dan mulut berkenaan melebihi harga maksimum,”

”Suspek menjalankan transaksi jual beli berkenaan melalui akaun Facebook. Mereka mengiklankan penjualan produk berkenaan menghubung secara terus melalui aplikasi Whatsapp. Produk akan dihantar melalui pos bagi lokasi jauh atau perkhidmatan cash on delivery (COD) bagi pelanggan berhampiran,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak KPDNHEP dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-88826088/ 6245 di Enforcement Command Centre (ECC) atau di e-aduan.kpdnhep.gov.my.

Dikenakan tindakan undang-undang

Seorang remaja perempuan telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada 16 April lalu atas tuduhan melakukan penipuan jual barang online iaitu topeng muka dan penutup hidung.

Tertuduh, Nur Aina Zafirah Zulkiflee berusia 18 tahun membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibicarakan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan pada 23 Mac lalu bertempat di salah sebuah rumah Berek Polis Jalan Bahau mendapati wang milik mangsa, Nor Alia sebanyak RM80 telah dimasukkan ke dalam akaun tertuduh. Dia gagal memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana wang berkenaan masuk ke dalam akaunnya.

Sehubungan dengan itu, tertuduh disiasat di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan denda tidak melebihi RM1 000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiaannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 000 dan menetapkan 2 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes memandangkan tertuduh berumur bawah 21 tahun dan mahkamah juga menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumber: The Sun Daily, Astro Awani

Kredit foto: Berita Harian & Twitter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comperlindungan-diri