X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Minta Cerai Guna Whatsapp, Adakah Ini Lafaz Cerai Yang Sah?

4 min bacaan
Suami Minta Cerai Guna Whatsapp, Adakah Ini Lafaz Cerai Yang Sah?

Tiada pengecualian di dalam syara’ jika talak berkenaan disebutkan ketika waktu normal, bergaduh mahupun bergurau-senda.

Adakah meminta cerai melalui aplikasi chat seperti Whatsapp dan SMS dianggap sebagai lafaz cerai yang sah? Ini pertanyaan ramai wanita apabila menerima mesej terkejut secara tiba-tiba dari si suami! Sedih kan?

Penceraian merupakan sesuatu yang sangat sensitif apabila diperkatakan khususnya dalam masyarakat Islam. Ini kerana penceraian dalam Islam boleh berlaku hanya dengan kata-kata yang terus menjurus kepada perpisahan, sekiranya ayat tertentu diucapkan.

Hanya dengan suami berkata ‘Aku ceraikan kau’ atau ‘Aku lepaskan kau’, talak boleh jatuh dan penceraian berlaku serta-merta. Selalunya keadaan ini berlaku apabila suami dan isteri berada dalam bilik yang sama dan dilakukan dengan niat untuk melepaskan si isteri.

Tetapi ada juga kes di mana suami bertindak menceraikan isteri melalui medium lain, misalkan pesanan teks atau chat. Dalam hal ini, suami dan isteri tidak berada di tempat yang sama dan pesanan tersebut juga tidak dibaca serta merta.

Persoalannya sekarang, adakah lafaz cerai sebegini dianggap sah?

Lafaz Talak Kinayah dan Talak Sarih

lafaz cerai yang sah

Sebelum itu, ingin dijelaskan di sini yang bercerai merupakan satu tindakan yang boleh membawa perubahan yang sangat besar dalam perhubungan suami isteri.

Malah ia juga akan mempengaruhi hubungan keluarga dan mungkin juga pelbagai faktor lain misalnya kewangan, nafkah anak-anak dan emosi.

Oleh itu, penceraian sebaiknya dilakukan selepas melakukan perbincangan atau sekurang-kurangnya secara berhadapan dan bukan sekadar menggunakan khidmat pesanan teks.

Walau bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan tentang perkara ini beserta hukumnya seperti berikut:

“Sebelum kami menjawab persoalan di atas, sukacita bagi kami untuk menjelaskan terlebih dahulu berkaitan dengan lafaz talak ini. Talak akan jatuh jika dilafazkan oleh suami kepada isteri sama ada secara sarih (jelas), sekalipun tanpa niat dan juga secara kinayah (samar-samar) jika disertakan dengan niat.

Tiada pengecualian di dalam syara’ jika talak berkenaan disebutkan ketika waktu normal, bergaduh mahupun bergurau-senda. Ini berdasarkan sebuah hadith:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk.” [Riwayat Abu Daud (2194), al-Tirmidzi (1184) dan Ibnu Majah (2039)]

Sebagaimana yang kami nyatakan di atas, lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu sarih (jelas) dan kinayah (samar-samar). Bagi lafaz sarih ada tiga perkataan yang jika disebutkan jatuhlah talak, Perkataan tersebut ialah cerai, pisah dan lepas. Kata Imam al-Baijuri:

“Talak yang sarih tidak memerlukan kepada niat. Iaitu niat jatuhnya talak. Kerana tidak dihtimal kepada selain daripada talak.” [Lihat: Hasyiah al-Baijuri ‘ala Syarh Ibn al-Qasim ‘ala Matan Abu Syuja’, 2/263]

Manakala lafaz kinayah adalah lafaz yang samar-samar. Sama ada jatuh atau tidak talak adalah bergantung kepada niat si suami. Kata Ibnu al-Qasim al-Ghazzi:

“Kinayah ialah setiap lafaz yang membawa makna talak ataupun selain daripada itu. Dan ianya memerlukan kepada niat. Jika berniat untuk menceraikan ketika melafazkan lafaz kinayah maka jatuhlah talak. Jika tidak, talak tidak jatuh.” [Lihat: Syarh Ibnu al-Qasim ‘ala Matan Abi Syuja, 2/264]”

penceraian suami isteri , lafaz cerai yang sah

Kata kunci di sini adalah sama ada si suami melakukan perbuatan melafazkan cerai melalui pesanan teks secara sedar atau tidak, ataupun dengan niat atau sebaliknya.

Kadangkala tindakan suami dipengaruhi emosi atau kemarahan yang menyebabkan pemikiran terganggu buat seketika, menyebabkan cerai dilafazkan tanpa niat.

Syarat Sah Cerai Melalui SMS/Whatsapp

Suami Minta Cerai Guna Whatsapp, Adakah Ini Lafaz Cerai Yang Sah?

Lafaz cerai yang sah juga perlu diikuti beberapa syarat lain yang lebih jelas. Berikut merupakan keputusan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor berkaitan isu ini:

i. Hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Bahawa pengirim SMS itu adalah suami 
b. Bahawa penerima SMS adalah isteri 
c. SMS itu telah pun dibaca oleh penerima 
d. Suami berniat untuk menceraikan isteri

ii. Penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat dalam perkara di atas adalah tidak sah dan ianya ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
iii. Penceraian melalui SMS adalah sama kaedahnya dengan penceraian melalui kata-kata yang tidak jelas (sindiran) termasuk penulisan seperti surat, faksmili, telefon dan e-mail. Kesemuanya termasuk dalam talak kinayah.
iv. Penceraian melalui SMS adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak beradab. Ianya seolah-olah merendahkan martabat wanita itu sendiri.

Sekiranya masih ragu-ragu, segera pergi ke mana-mana Jabatan Agama bagi mendapatkan pengesahan dahulu ya.

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Pejabat Mufti Persekutuan Wilayah/Mufti Selangor

Baca juga: Wahai Isteri Anda Layak Happy Selepas Cerai, Inilah Cara Yang Tepat Untuk Move On!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami Minta Cerai Guna Whatsapp, Adakah Ini Lafaz Cerai Yang Sah?
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham