Ibu ini menjual susu badannya pada lelaki hingga dapat hampir RM 24 ribu!

Dengan jual susu ibu, wanita ini dapat hampir RM 24 ribu! Mengapa beliau memilih untuk menjualnya dan siapa lelaki yang sanggup beli susu badan itu?

Jual susu ibu sampai dapar RM 24 ribu!

Rafaela Lamprou, ibu kepada 2 orang anak ini memilih untuk jual susu badannya kepada seorang lelaki. Apa yang menyebabkan beliau memilih untuk jual susu ibu?

Ibu berumur 24 tahun dari Cyprus ini telah menjana pendapatan $6,000 (RM 23 550) dengan hanya jual susu ibu kepada seorang lelakiahli bina badan.

Wanita itu berkata dia bukan saja memberikan susu badannya kepada bayi beliau, malah beliau juga memberinya kepada orang dewasa untuk tujuan kesihatan.

Rafaela melahirkan anaknya Anjelo pada Ogos 2017. Tapi, dia menyedari dia ada lebihan susu.

"Ia sangat berlebihan sehingga peti penyejuk beku penuh tidak muat lagi. Saya tidak tahu nak buat bagaimana,” Lamprou memberitahu Caters News Agency

Jual susu ibu : Lelaki dewasa minum susu badan ibu untuk kesihatan 

Foto ehsan NY post

Oleh sebab tiada tempat untuk menyimpan lebihan susu yang diperahnya, Lamprou mengambil keputusan untuk menderma susu badan tersebut. Semasa dia memulakan niatnya itu, dia hanya mendermakan kepada wanita-wanita yang tidak mempunyai produksi susu yang cukup.

Tidak lama selepas itu, ada seorang lelaki memberi tawaran kepadanya!

“Saya kemudian dapat permintaan dari kalangan lelaki. Ia bermula dari seorang lelaki yang sedang bina badan. Mereka mengatakan susu ibu bagus untuk membina otot,” Lamprou berkongsi cerita.

Tambahannya lagi, selain daripada lelaki ahli bina badan, dia juga mendapat pertanyaan daripada lelaki miang. Tapi selepas itu dia tidak menghiraukannya.

Lamprou membuat laman Facebook untuk mereka yang berminat menempah susunya. Beliau tidak segan silu jual susu ibu di laman Facebook itu.

"Saya juga dikehendaki untuk menjalani ujian mengesahkan saya tidak merokok atau minum minuman keras,” kata Lamprou.

Lamprou juga menyenaraikan dirinya dalam laman web yang membolehkan lelaki membeli susunya. Beliau mengatakan walaupun dia tidak tahu tujuan sebenar lelaki-lelaki tersebut membeli susu badannya, namun kebanyakan mereka minum untuk tujuan kesihatan.

Jual susu ibu : Lamprou juga menghantar susunya ke luar negara

Untuk membeli susu badannya, Lamprou mengenakan harga kepada pembeli lelaki €1 (RM4.80) setiap auns. Dia telah menjana £4,500 (RM 24,597) daripada lebih kurang 500 liter susu yang dia hantar kepada orang yang tidak dikenali.

Malahan, dia bukan saja membuat penghantaran dalam negaranya, dia juga menghantarnya ke luar negara seperti United Kingdom!

“Suami saya seorang yang menyokong. Saya juga tidak tahu berapa lama saya boleh meneruskan pekerjaan ini,” beliau berkongsi.

Orang dewasa minum susu ibu untuk kesihatan adalah bukan suatu hobi yang baru kata pakar.

Brian St. Pierre, seorang pakar pemakanan ahli sukan di Precision Nutrition memberitahu Men’s Health yang susu ibu mungkin agak bermanfaat kepada ahli bina badan kerana ia sangat tinggi kalori dan mempunyai nutrisi yang banyak.

“Susu ibu dicipta untuk membantu pertumbuhan bayi, jadi mungkin orang berfikir ia akan memberi kesan yang sama kepada orang dewasa,?” beliau menambah.

Walaubagaimanapun, beliau juga menambah yang dia tidak tahu secara khusus adakah susu ibu ini boleh membantu orang dewasa menjadi lebih sihat.

“Menariknya susu ibu ini adalah ia mempunyai sesetengah hormon untuk pertumbuhan. Tapi saya tidak tahu ia dapat membantu orang dewasa atau tidak."

Ia sebenarnya tidak membantu…

Namun, tiada kajian menunjukkan susu ibu boleh membantu orang dewasa untuk menjadi lebih kuat. 

Seorang jurucakap untuk British Nutrition Foundation baru-baru ini memberitahu Telegraph yang susu ibu tidak membantu orang dewasa langsung.

“Susu ibu dicipta khusus untuk menyempurnakan keperluan bayi dan mempunyai pelbagai nutrien, vitamin dan mineral untuk mereka membesar. Ia tidak dicipta untuk menyokong keperluan kesihatan orang dewasa,” kata jurucakap tersebut.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent SingaporeIndependentNYPost

Baca lagi

Penulis

Aqma