Jutawan Kosmetik Disyaki Cubit & Pukul Anak Angkat Sampai Lebam, Semata-Mata Nak Famous!

Jutawan Malaysia dilimpahi dengan kehidupan kaya-raya, sering menghasilkan video pada saluran Youtube sanggup melakukan hal ini untuk naikkan viewers!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jutawan Malaysia yang menjalankan perniagaan kosmetik terkenal telah didakwa memukul anak angkatnya dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku pada bulan lalu.

Kejadian tersebut dilakukan di kediaman usahawan kosmetik tersebut yang terletak di Petaling Jaya, Selangor sebelum saksi kejadian yang juga pembantu rumahnya bertindak untuk membuat laporan polis.

Jutawan Malaysia naik tangan

credit to sources

Difahamkan, saksi memberitahu bahawa jutawan Malaysia terbabit telah bertindak naik tangan kepada anak angkatnya.

Hal ini semata-mata adalah kerana ingin merakam video Youtube yang menyaksikan gelagat anak angkatnya itu sedang menangis.

Usahawan tersebut kemudian telah meminta pembantu rumah berkenaan untuk membawa kanak-kanak itu ke dalam sebuah bilik kasut sebelum mengarahkannya untuk memukul mangsa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, pembantu rumah ini mengakui bahawa dia tidak berani dan enggan menuruti arahan usahawan tersebut kerana risau kanak-kanak berkenaan cedera.

Menceritakan kisah sebenar, pembantu rumah memberitahu bahawa usahawan kosmetik dengan sendirinya telah memukul mangsa menggunakan kasut dan telah mencubit badan mangsa sehingga meninggalkan kesan lebam.

Oleh hal demikian, dia segera membuat laporan polis untuk melindungi dirinya daripada difitnah dan dituduh  memukul mangsa.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Polis juga sudah merakam percakapan usahawan kosmetik terkenal bagi membantu siasatan kes pukul anak angkatnya berusia dua tahun, bulan lalu.

Selain suspek terbabit yang sering mencipta kontroversi menerusi program di saluran media sosial miliknya, pihak polis turut merakam percakapan suspek dan empat saksi lain berhubung laporan daripada pengadu.

“Pada masa ini pihak polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Jumaat ini untuk tujuan pendakwaan,”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kertas siasatan ini turut merangkumi laporan daripada pakar perubatan yang menjalankan pemeriksaan ke atas  kanak-kanak terbabit,” katanya.

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Beliau bagaimanapun tidak dapat menjelaskan butiran terperinci mengenai kejadian berikutan kes membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Tanggungjawab terhadap anak angkat

Anak angkat merupakan anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri.

Proses pengambilan anak angkat dilakukan melalaui undang-undang untuk memastikan mereka diberi layanan yang sama seperti anak sendiri. Antara tangungjawab yang perlu ibu ayah lakukan ialah:

#1. Mencurahkan kasih sayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu ayah angkat, anda perlu memberikan kasih sayang dan penjagaan yang sewajarnya kepada anak tersebut dan perhatian kepada keperluan fizikal, emosi serta pembelajaran.

Bukan itu sahaja, anda bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan tempat tinggal.

#2. Membimbing dengan baik

Anda perlu membimbing dan membantu perkembangan anak tersebut.

Cabaran kebiasaannya berlaku adalah anda mungkin terpaksa berdepan dengan isu emosi, tingkah laku atau perubatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia mungkin ada kaitan dengan pengalaman kanak-kanak pada masa lalu seperti penderaan, pengabaian atau perpisahan.

#3. Sentiasa bersabar membesarkannya

credit to sources

Ada kalanya anda mungkin terpaksa berdepan dengan kenyataan atau pertanyaan sensitif daripada orang lain berhubung dengan pengambilan anak angkat.

Bagaimanapun secara keseluruhannya, amalan mengambil anak angkat kini semakin diterima oleh masyarakat.

Ibu bapa pelihara atau ibu bapa angkat menghadapi banyak cabaran yang biasanya tidak dihadapi oleh ibu bapa kandung.

Justeru, anda perlu bijak menanganinya kerana keseronokan membesarkan anak angkat adalah sama seperti membesarkan anak sendiri.

#4. Tidak memandang rendah

Doa anak angkat yang soleh terhadap ibu ayah angkat yang telah meninggal dunia turut mustajab di sisi Allah SWT walau pun darjatnya tidak sama seperti anak kandung.

Kedudukan anak angkat dengan ibu bapa kandung yang sebenar tetap berjalan seperti biasa walaupun dia dibela oleh orang lain. Dia masih boleh mendoakan ibu bapa kandungnya yang telah meninggal dunia.

#5. Tidak boleh binkan anak dengan nama ayah angkat

Adalah menjadi satu kesalahan dan haram hukumnya jika anda menasabkan seseorang anak dengan ayah angkatnya.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:-

“Panggilah mereka (anak-anak angkat) itu dengan nama bapa-bapa mereka.” 
Surah al-Ahzab 33:5
Islam menegah pengambilan anak anak angkat lalui di’bin’kan kepada ayah angkatnya. Memelihara hak Allah dan hak kanak-kanak itu merupakan perkara yang wajib. Anda perlu menjaga hal Allah dengan menasabkan kanak-kanak berkenaan dengan asal-usulnya.

Sumber: Berita Harian, Kebilkecik

Kredit foto: Chempedak Cheese

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-membiarkan-anak-angkat-kelaparan-sementara-anak-kandung-makan