Doktor Say Kongsi Perasaan Terima Kad OKU Anak. Ini Kelebihannya Yang Dapat Buat Pemegang Kad Ini

Doktor Say Shazril berkongsi luahan hatinya membuat kad OKU buat anak. Walaupun sebak, tetapi banyak manfaatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa mana yang tak rasa sedih apabila mengenang nasib anaknya yang disahkan autistik. Doktor selebriti iaitu Doktor Say Shazril berkongsikan perasaannya di media sosial apabila baru-baru ini dia pada akhirnya mengambil kad OKU anak sulungnya, Aezriel atau dipanggil Ace, 4 tahun.

Kongsinya di media sosial, dia telah mendaftarkan kad OKU buat anaknya yang disahkan autistik itu pada January 2023. Berita mengenai anak Doktor Say dilaporkan autistik itu sebenarnya pada tahun 2021 pada usia anaknya 2 tahun.

Namun, pada tahun ini baru doktor selebriti ini membuat kad OKU tersebut. Menurutnya, baru-baru ini dia memeriksa status kad berkenaan di atas laman web, dan keputusan menunjukkan yang kad itu sudah pun boleh dituntut. Kongsinya lagi, ia mengambil masa 4 bulan untuk kad OKU siap. 

Walaubagaimanapun, dalam keadaan syukur kad berkenaan sudah siap, tidak menolak yang mana dia berasa sangat berat untuk mengambil kad OKU tersebut.

Jelasnya lagi, perasaan itu seolah "aku dah bersedia ke nak pegang kad ini untuk anakku?" Namun dia gagahkan jua dirinya kerana dia sendiri juga yang mendaftar kad OKU tersebut. 

Menurut perkongsiannya di Instagram, ketika dia tiba di Jabatan Kerja Masyarakat (JKM) Sepang, keadaan di situ sangat sepi, tiada orang. Seakannya suasana itu dicipta untuk dia membelenggu masuk, menerima takdir yang anaknya adalah anak yang istimewa, anak kelainan upaya dan itulah buktinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ceritanya lagi, apabila kad itu diterima, dia terus meluru ke keretanya dan dia amati kad berkenaan sedalam-dalamnya. Jelas terpampang KAD OKU berserta nama anaknya itu, serta kategori ketidakupayaannya dan gambar anaknya yang tersenyum suci dan naif di bahagian sisi kad.

Terus berjurai air matanya tanpa tahu sebabnya. Kongsinya, dia tidaklah malu memegang kad tersebut, kerana dia sedar bahawa kad tersebut boleh menjadi bantuan terunggul kepada anaknya itu sekiranya dia dan isteri tiada lagi di dunia ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya lagi, nak kata dirinya sedih anaknya OKU juga tidak kerana OKU tidak bermakna yang dia tidak boleh nikmati hidup seperti kanak-kanak lain. Dia sememangnya tidak tahu kenapa dia begitu sayu tapi dia perlu mengambil sedikit masa untuk menerima yang anaknya sekarang ini sudah secara rasminya berbeza.

Doktor Say juga berkongsi kepada pengikutnya atas sebab dia membuat kad OKU untuk anaknya itu. Katanya, kad OKU ini ada banyak keistimewaan antaranya:

  • Pengecualian bayaran MyKad
  • Pengecualian bayaran rawatan perubatan
  • Butterfly effect ketika travel
  • Sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa itu dapat

Menurut Doktor Say lagi, jika anda atau anak anda adalah OKU, jangan malu dan jangan segan kerana kongsinya pihak kerajaan kita mahu membantu dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan buat mereka yang memegang kad OKU. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Instagram Doktor Say Shazril

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Patutlah Anak Autisme Suka Tenung Sesuatu Lama-Lama, Rupanya Ini Yang Mereka Nampak!

Baca juga: Ciri Ciri Autism Boleh Dilihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang!

Baca juga: Suka Main Seorang Diri & Kipas-Kipaskan Tangan Ciri Awal Anak Autisme, Ibu Sila Peka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad