4 Masalah Kesihatan Ibu Hamil Punca Pembedahan Caeser Meningkat

Tahukah anda, ada 4 masalah kesihatan ibu hamil yang menjadi punca kenapa pembedahan caeser semakin meningkat di Malaysia? Ha... jom semak apa masalah ini!

Pembedahan caeser semakin meningkat

Matlamat ibu-ibu hamil adalah untuk bersalin tanpa sebarang komplikasi.

Ini bermaksud kedua-dua anak dan ibu sihat dan selamat. Kadang-kadang dalam situasi terdesak, pembedahan Caeser perlu dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Tapi sejak kebelakangan ini, di Amerika dan di Australia – 50% kelahiran yang direkodkan adalah melalui pembedahan Caeser!

Di negara Malaysia, kadar pembedahan Caeser pun tak kurang hebatnya. 

Di hospital-hospital kerajaan, kadar kelahiran dengan pembedahan Caeser meningkat sehingga 20-30% dan di sektor swasta pula ia melambung naik sehingga 60%!

Sudah tentu ini isu perlu ditangani dengan segera. 

Walaupun pembedahan ini boleh menyelamatkan nyawa, namun ia menyumbang kepada rekod kematian dan risiko bagi ibu-ibu dan bayi!

Apabila benar-benar terdapat komplikasi yang tak dapat dielak, barulah pembedahan ini dijalankan. 

Jadi kenapa pembedahan caeser meningkat? Semuanya sebab masalah kesihatan ibu hamil!

5 faktor kenapa kadar pembedahan semakin tinggi

foto: alodokter

Doktor Shah, seorang pakar wanita dari Beth Israel Deaconess Medical Center telah berkongsi dalam sebuah podcast Harvard School of Public Health, hasil kajian mengapa kadar pembedahan caeser semakin tinggi.

Berikut adalah sebab-sebabnya:

Baca juga:

10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Setiap Bakal Ibu Perlu Ambik Serius

Bagaimana masalah kesihatan ibu hamil boleh jadi menyebabkan peningkatan pembedahan Caeser?

Perbezaan kadar pembedahan di hospital sebenarnya sangat mengejutkan.

Sesetengah hospital ada kadar pembedahan serendah 7%, manakala ada juga yang setinggi 70%.

Di negara barat, hospital pilihan boleh menjadi penentu peluang anda untuk melahirkan anak melalui pembedahan.

Tapi pada pendapat saya, di Malaysia terdapat juga doktor-doktor famous yang lebih suka melakukan pembedahan dari menunggu ibu hamil melahirkan anak secara normal!

Gambar hospital yang paling sibuk di Manila. Sumber gambar: Daily Mail

Doktor Shah berkongsi pengalaman peribadinya bekerja di tiga hospital yang berlainan di Boston:

“Saya bertugas di 3 hospital dengan jarak 3 batu antara satu sama lain. Tika itu saya masih berlatih untuk menjadi seorang pakar. Walaupun saya menjaga pesakit yang sama, ia masih bergantung kepada hospital itu: lain hospital, lain cara mengatasi masalah kesihatan ibu hamil.“ Pembedahan Caeser macam satu jalan penyelesaian untuk saya kerana ia cara paling senang untuk memastikan ibu dapat bersalin. Ini jalan keluar dari kontraksi yang lama dan rumit. Dan jika ibu hamil memilih untuk melahirkan anak di hospital atau pusat perubatan yang tiada pesakit yang banyak, peluang untuk ibu hamil menjalani pembedahan Caeser akan lebih tinggi. Doktor bertugas boleh mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan Caeser jika pengurusan wad bersalin tak terlalu bagus, katil tak cukup, penat memantau kontraksi ibu hamil yang berjam-jam dan lain-lain lagi.”

Kebanyakan hospital kerajaan di Malaysia menyokong kelahiran normal. 

Tapi bagi ibu-ibu hamil yang memilih pusat perubatan swasta dan ingin bersalin secara normal, anda perlu pastikan pakar wanita anda seorang yang penyabar dan yang menyokong kaedah bersalin secara normal 100%.

Sumber rujukan: Belly Belly, MM Gazette

Baca juga:

8 Tip Cara Pulih Selepas Pembedahan Caesar

 

Penulis

Rosanna Chio