Suami tak suka kondom & isteri tak suka pil perancang, apa kalian patut buat?

Antara kaedah perancang keluarga yang paling senang suami isteri guna ialah kondom atau pil. Tapi kalau pasangan tak mahu 2 pilihan ini macam mana?

Kaedah perancang keluarga untuk suami isteri yang tak suka kondom dan pil

Apabila suami menolak untuk pakai kondom, manakala anda pula tak suka menelan pil perancang yang terbukti ada kesan-kesan sampingan tertentu itu, pasti anda runsing apa agaknya kaedah perancang keluarga yang patut kalian pakai, kan?

Jangan risau lagi. Pilihan anda untuk tidak makan pil perancang dan pilihan suami untuk tak memakai kondom adalah masing-masing pilihan yang dibuat kalian sendiri dan kalian berhak untuk membuatnya.

Tapi, kami di theAsianparent akan memberi 3 pilihan kaedah perancang keluarga lain yang anda patut cuba. Mari lihat apakah ia.

Kaedah perancang keluarga bukan hormon sebagai pilihan

#1 Isteri boleh guna Diafragma

kaedah perancang keluarga

Diafragma adalah salah satu kaedah perancang keluarga yang patut menjadi pilihan mana-mana pasangan yang tak suka kondom atau pil perancang.

Diafragma adalah getah lembut berbentuk seperti kubah yang perlu dimasukkan ke dalam vagina 6 jam sebelum hubungan seks. Ia mampu mencegah sperma masuk ke dalam rahim.

Walaubagaimanapun, kaedah perancang kehamilan ini hanya boleh dipasang oleh doktor.

Diafragma atau kondom wanita boleh digunakan semula sebanyak beberapa kali. Hanya 5% peluang kehamilan akan terjadi jika anda menggunakan diafragma untuk mencegah kehamilan.

Kesan sampingan yang paling biasa terjadi jika isteri menggunakan diafragma adalah kegatalan di vagina (kerana getah), atau lelehan vagina yang tidak konsisten. 

#2 Alat perancang keluarga IUD (Intra-uterine device)

kaedah perancang keluarga

Alat pencegah kehamilan IUD atau inta-uterine device adalah antara kaedah pencegah kehamilan yang paling selamat berbanding kaedah lain.

IUD akan menghalang sperma daripada sampai ke telur dan jika ia diletakkan dengan betul dalam rahim, peluang kehamilan boleh menurun sebanyak 1%.

Terdapat 2 jenis IUD yang boleh dipilih isteri untuk ditanam iaitu IUD jenis tembaga atau IUCD Mirena. 

Kebaikan menggunakan IUD adalah ia boleh bertahan selama 10 tahun, bergantung kepada jenama dan ia berkesan secara serta-merta. Malah, ia juga selamat digunakan oleh ibu menyusu!

#3 Ikat tiub fallopio

kaedah perancang keluarga

Kredit: soc.ucsb.edu

Prosedur mengikat tiub fallopio atau sering dipanggil sebagai “ikat saluran peranakan” adalah proses bilateral tubal ligation. Prosedur ini adalah prosedur kekal untuk mencegah kehamilan.

Biasanya, prosedur ini disyorkan oleh doktor jika kehamilan seterusnya mampu mengundang risiko pada nyawa ibu atau anak. Tapi kalau ibu sudah yakin untuk tidak mahu mengandung lagi, kalian juga boleh melakukannya.

Jadi pastikan anda sudah benar-benar pasti untuk tidak mahu beranak lagi, barulah anda boleh memilih kaedah ini, ya!

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda, wahai parents semua!

 

 

 

 

 

Artikel disumbang oleh theAsianparent Indonesia

Kredit gambar: Melli and Shayne

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia