Kerana Kahwin Paksa, Gadis Ini Panjat Papan Iklan, Nekad Mahu Kahwini Teman Lelaki

Selalunya kahwin paksa atau perkahwinan yang telah dirancang ibu bapa ini lebih kepada ingin memelihara harta dan keturunan sesuatu keluarga itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kahwin paksa bukanlah sesuatu yang asing bagi budaya masyarakat India. Pilihan menantu sudah pun awal-awal ditentukan ibu bapa terutama sekali bagi pihak perempuan. 

Selalunya kahwin paksa atau perkahwinan yang telah dirancang ibu bapa ini lebih kepada ingin memelihara harta dan keturunan sesuatu keluarga itu.  Tapi terserah juga kepada niat mereka mengikut kasta. 

Namun tidak semuanya kahwin paksa berjaya dilakukan kerana rata-rata remaja sekarang lebih bersikap memberontak dan itulah yang terjadi di Madhya Pradesh, India baru-baru ini. 

Dek kerana enggan mengahwini lelaki pilihan keluarga, gadis ini membuat keputusan memanjat papan iklan di jalan raya. 

Mengikut laporan Gulf News dari media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Pardesipura, Indore, baru-baru ini.

Gambar duduk di papan iklan tular

Gambar yang dikeluarkan agensi berita India, ANI tular di media sosial menunjukkan gadis berkenaan duduk di atas papan iklan sambil bercakap di telefon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan laporan media tempatan, polis tiba di lokasi kejadian dan memujuk gadis itu turun, tetapi tidak berjaya.

Anggota polis kemudian terpaksa menghubungi teman lelaki yang menjadi pilihan gadis itu.

Polis Pardesipura Ashok Patidar berkata, siasatan mendapati gadis itu bertindak sedemikian selepas ibunya memaksanya kahwin dengan seorang lelaki.

Turun selepas dipujuk teman lelaki

Bagaimanapun katanya, dia enggan menuruti permintaan kahwin paksa itu kerana dipercayai sudah mempunyai kekasih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berkata, susulan kejadian, gadis itu hanya bersetuju untuk turun selepas teman lelakinya memujuknya.

“Seorang gadis bawah umur memanjat papan iklan menuntut hak bagi mengahwini lelaki pilihannya,” kata Patidar.

Nikmat kahwin awal

Pasangan yang berkahwin awal antara berumur 21 hingga 25 tahun memilik jiwa muda, badan yang sihat malah berani untuk memikul tanggungjawab untuk menjadi lebih matang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terutamanya pasangan yang teringin menimang cahaya mata awal.

Antara faedah berkahwin muda adalah:

#1. Banyak kenangan hidup bersama

Andai ditakdirkan jodoh berkekalan sehingga akhir hayat, banyak kenangan hidup bersama. Segala kesusahan dan kenangan manis dilalui semasa usia muda dan ini boleh mematangkan pasangan.

Di usia muda jika ada masalah melanda, ia dapat diselesaikan dengan cepat. Jika ditakdirkan dikurniakan zuriat lambat, pasangan boleh menikmati masa berdua dengan lebih panjang tanpa komitment tambahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Lebih optimistik dalam mencari rezeki

Lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih jika dibandingkan dengan perempuan. Untuk memenuhi tuntutan nafkah isterinya dan juga ibu bapanya di kampung. Dikurniakan tenaga yang banyak dan usia yang muda akan meyebabkan lelaki lebih bersemangat untuk mencari rezeki atau duit tambahan untuk menyara keluarga.

#3. Memiliki tenaga yang lebih untuk melahirkan dan menjaga zuriat

Perempuan yang hamil di usia muda mempunyai tenaga untuk membesarkan zuriatnya. Tambahan pula, si suami yang masih muda dan mempunyai tenaga yang lebih mampu untuk menjaga anak yang masih kecil dan juga pasangan boleh memupuk rasa sabar di dalam diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jarak usia pasangan dan anak yang tidak jauh mampu untuk mengajarkan anak untuk berdikari, malah hubungan dengan anak boleh menjadi akrab, lebih daripada seorang anak tetapi teman. Apabila anda sudah menghampiri usia pencen, anak anda pun sudah bekerja. Ini akan menyenangkan kehidupan anda di kemudian hari.

#4. Gol kehidupan yang lebih jelas

Bila memegang tanggungjawab di usia muda, pasangan akan memantapkan skill penyelesaian masalah. Lantas, ia adalah sesuatu yang positif untuk pasangan.

#5. Perubahan untuk menjadi lebih baik

Awal 20an merupakan usia yang berharga untuk menjadikan diri lebih matang, iaitu kehidupan anda baru bermula di usia ini. Malah, organ peranakan anda dan pasangan sangat mampu untuk melahirkan zuriat, terutamanya wanita.

Walaupun susah di awalnya, iaitu harus memegang tanggungjawab di usia muda, tetapi untuk jangka masa panjang, ini akan meguntungkan anda di kemudian hari, kerana anak adalah saham anda di hari tua kelak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Gulf News, Harian Metro 

Baca juga: Cinta Tak Mengenal Ras & Agama, Seronok Tengok Pasangan Kahwin Campur!