X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cinta Memang Tak Mengenal Ras & Agama! Seronok Tengok Pasangan Kahwin Campur Ni, Banyak Kebaikannya!

4 min bacaan
Cinta Memang Tak Mengenal Ras & Agama! Seronok Tengok Pasangan Kahwin Campur Ni, Banyak Kebaikannya!

Kebaikan perkahwinan campur ada banyak ya, selain menggalakkan keharmonian antara kaum dengar kata boleh juga melahirkan anak cantik dan bijak!

Perkahwinan campur di negara kita bukanlah hal yang janggal dalam masyarakat. Kehidupan majmuk dalam pelbagai bangsa dan budaya menjadikan kita antara komuniti yang cukup unik dan tersendiri. Meraikan kepelbagaian dalam masyarakat, kebaikan perkahwinan campur juga dilihat sebagai satu cara dalam penyatuan masyarakat berbilang kaum.

Dalam konteks Islam, perkahwinan campur merupakan satu ikatan perkahwinan yang disatukan atas perbezaan agama dan bangsa. Namun dilihat perkembangan kahwin campur hari ini, perkahwinan campur tidak hanya dilihat dalam skop tersebut semata-mata.

Banyak rakyat tempatan hari ini khususnya memilih pasangan seagama yang berbeza latar budaya, bangsa dan negara. Sebagai contoh, Aida Azlin, YouTuber terkenal dari Singapura memilih jejaka berasal dari Morocco sebagai pasangan suaminya.

Umum mengetahui perkahwinan campur dalam Islam tidak dihalang dengan syarat pasangan yang hendak dikahwini haruslah memasuki agama Islam.

“Janganlah kamu mengahwini wanita-wanita musyrik sehinggalah mereka beriman, sesungguhnya seorang hamba yang mukmin itu lebih baik daripada wanita yang musyrik meskipun kamu menyukainya…”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 221)

kebaikan perkahwinan campur

Advertisement

Silang budaya

Terdapat banyak kebaikan perkahwinan campur ini antaranya tentu sekali memberi satu perspektif baru dalam pemahaman budaya berbeza yang membolehkan kita lebih menghormati bangsa lain yang tidak sama dengan cara hidup kita. 

Disebut dalam terma “Silang Budaya” yang diunjurkan sebagai cara memahami bangsa berbeza. perkahwinan campur dilihat antara salah satu cara terbaik dalam membudayakan “Silang Budaya” dalam masyarakat tempatan khususnya sebagai salah satu cara memupuk perpaduan.

Menurut Datuk Dr. Denison Jayasooria dari Unit Penyelidikan Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata dalam satu artikel terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Memberitahu  perkahwinan campur dapat membina masyarakat yang lebih berintegrasi pada masa depan. 

Tambah beliau lagi, integrasi dalam perkahwinan juga mampu membentuk satu proses penghasilan bangsa Malaysia yang terhasil daripada kepelbagaian bangsa yang disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Fokus pada perhubungan bukan perbezaan

Biar hidup dalam era modenisasi hari ini, masih ada segelintir masyarakat yang berfikiran sempit melihat perkahwinan campur sebagai satu perkara yang negatif. Sebetulnya dalam mana-mana perhubungan sekalipun apa yang yang harus menjadi fokus pasangan adalah untuk mencapai kesepakatan.

Perbezaan yang ada daripada segi latar budaya, agama dan kepercayaan sepatutnya menjadi kelebihan untuk kita sebagai manusia memahami bahawa kita dilahirkan dalam warna yang berbeza tanpa perlu membandingkan.

Sebagai pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga tetapi hadir dari latar berbeza jangan melihat perbezaan yang ada sebagai satu penghalang tetapi lihat ia sebagai satu jambatan silaturrahim yang mampu memberi warna berbeza dalam kehidupan.

Boleh dapat anak cantik & bijak?

kebaikan perkahwinan campur

Kebaikan perkahwinan campur bukan setakat dapat menggalakkan keharmonian antara masyarakat dan kaum, malah ia juga dikatakan boleh menghasilkan anak bijak!

Mengikut perkongsian Dr. Zubaidi Haji Ahmad laman Facebook, “untuk menghasilkan genetik yang baik, kita patut menggalakkan perkahwinan campur. Jika tak dapat berkahwinan berlainan bangsa seperti Cina, India atau Mat Saleh, boleh juga berkahwin dengan berlainan suku seperti Jawa, Iban, orang Kelantan, orang Kedah san sebagainya. 

Perkahwinan campur begini dapat melahirkan anak dengan genetik yang kuat, memiliki imunisasi yang kuat juga boleh mendapat anak yang lebih cantik, kacak dan bijak!” katanya. 

Lima selebriti Malaysia kahwin campur

#1. Nana Mahazan & Raqeem Brian Abdullah (2009)

Nana Mahazan pengacara juga selebriti Insta mendirikan rumah tangga bersama jejaka Chindian, Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009. Perkahwinan mereka dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu Althea dan Aaqib

#2. Nurul & Eric Depp (2012)

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Looking For A Convenient Way To Prepare Meals For Your Family? Fill Your Pantry With Campbell’s Soup
Looking For A Convenient Way To Prepare Meals For Your Family? Fill Your Pantry With Campbell’s Soup
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Perfect protection for your phone
Perfect protection for your phone

Nurul mendirikan rumahtangga pada 7 Jun 2012 bersama lelaki dari Paris bernama Eric Daniel Depp. Mereka telah dikurniakan dua cahayamata lelaki bernama Zachary, Raphael dan Isabella.

#3. Lana Nordin & David McKienzie (2015)

Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin mendirikan bersama jejaka Inggeris yang juga pemain bola tampar, David McKienzie pada tahun 2015. Hasil daripada perkahwinan campur ini mereka melahirkan dua cahaya mata Gia Quinn McKienzie dan William Daud McKienzie.

#4. Nurfatima & Mohammad Jefrry Wain Wright (2009)

Penyanyi Pop terkenal di awal era 2000, Nurfatima yang cukup popular dengan lagu Selembut Sutera ini bertemu cinta hatinya seorang warganegara Australia, Jeffry Wain Wright. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan Nurfatima memutuskan untuk menetap di sana sebelum pulang ke tanah air tahun lalu untuk program Gegar Vaganza.

kebaikan perkahwinan campur

#5. Ning Baizura & Omar Sharif Christopher Layton Dalton

Penyanyi R&B Pop yang cukup popular ini antara yang cukup dikenali dan diraikan perkahwinannya bersama Omar Sharif Christopher Layton Dalton. Ikatan nikah yang dimetrai pada tahun 2008 ini mengurniakan kedua-dua mereka anak lelaki Bernard Ryan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Facebook Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Baca juga:

Tak Salah Nak Kahwin Muda, Tapi Jika Tidak Bersedia Secara Mental, Padah Akibatnya

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Cinta Memang Tak Mengenal Ras & Agama! Seronok Tengok Pasangan Kahwin Campur Ni, Banyak Kebaikannya!
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham