Ibu ayah pernah terfikir tak mengapa bayi kita kadangkala suka tengok sesetengah orang, tapi kadangkala juga, tak suka tengok orang yang lain pula. Sebenarnya menurut satu kajian, baby suka pandang orang yang cantik!
Ya, betul! Ini adalah kajian yang dilakukan di United Kingdom pada tahun 2004 yang menyentuh tentang aspek tingkah laku atau psikologi bayi.
Sekiranya anda dapati anak anda asyik menenung wajah anda, janganlah pula rasa takut atau seram! Mungkin sebenarnya dia kagum dengan kecantikan ibunya sendiri.
Kajian Berkaitan Baby Suka Tengok Wajah Cantik Atau Kacak
Yang menariknya, kajian ini mendapati bayi tidak perlu belajar tentang cara mengenal wajah, tetapi sudah pun lahir dengan kemahiran ini.
Bayi dikatakan lebih gemar merenung atau melihat orang yang good-looking, tidak kisahlah sama ada ia lelaki atau perempuan. Asalkan yang di hadapannya itu sedap mata memandang, bayi itu tidak akan berhenti merenungnya.
Dalam kajian berkaitan bayi tersebut, pengkaji Alan Slater dan rakannya dari University of Exeter telah menunjukkan beberapa gambar wajah kepada bayi.
Mereka mendapati bayi akan merenung lebih lama pada gambar orang yang kacak atau cantik, berbanding gambar orang yang berwajah average atau kurang menarik.
Baca juga: Wanita cantik cenderung dapat anak perempuan dan ini buktinya!
Baby Suka Merenung Wajah Yang Menarik & Sedap Mata Memandang!
Sebenarnya, ini bukanlah perkara baru. Ahli psikologi perkembangan kanak-kanak sudah pun mengetahui yang bayi sememangnya menyukai beberapa objek tertentu.
Ia termasuklah imej yang sangat kontra atau pun yang berbentuk menarik. Namun, kajian masih belum dapat mengesahkan mengapa anak kecil ini menyukai sesetengah objek dan membenci sesetengah objek yang lain.
Yang menariknya, minat bayi pada objek juga merangkumi wajah orang dewasa yang sedap mata memandang!
Mengapa Bayi Suka Tengok Orang Cantik?
Slater menerangkan yang bayi suka tengok orang cantik mungkin disebabkan orang cantik mempunyai wajah simetri sempurna seorang manusia.
Pada pandangan mata bayi, ia adalah stereotaip muka manusia yang telah pun mereka belajar untuk kenal secara semulajadi.
Wah, menarik juga penerangan ini! Tambah Slater lagi:
“Bayi lahir dengan persepsi wajah manusia yang sempurna. Maka, mereka seolah-olah sudah terbiasa dengan wajah orang yang cantik dan kacak yang banyak membantu mereka untuk lebih mengenali wajah-wajah lain. Malah, orang yang good-looking membantu mereka tentang dunia sosial!”
Amboi, sampai begitu sekali ya!
Lagi Satu Kajian Tentang Perihal Ini
Ada lagi satu kajian yang disiarkan dalam British Journal of Developmental Psychology di mana ia menunjukkan yang bayi serta kanak-kanak mudah percaya kata-kata orang yang berwajah elok, terutamanya kata-kata wanita cantik!
Adakah terdapat sebarang perbezaan antara reaksi bayi lelaki dengan bayi perempuan? Jawapannya adalah tidak!
Kedua-dua bayi lelaki dan perempuan mempunyai tahap minat dan kepercayaan yang sama pada wanita cantik atau lelaki kacak berbanding mereka yang berwajah kurang menarik.
Jadi ibu ayah sekalian, kalau selepas ini ada bayi merenung wajah anda, jangan berasa gusar atau tidak senang duduk. Itu mungkin bermakna yang dia mengiktiraf anda sebagai seorang wanita cantik atau lelaki yang handsome!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Buat 6 Perkara ‘Simple’ Ini Kalau Nak Anak Kita Lebih Gembira!