X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Sign in
  • Becoming a Parent
    • Project Sidekicks
    • Pregnancy
    • Losing A Baby
    • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Labour & Delivery
  • Ages & Stages
    • Baby
    • Child
    • Pre-Teen & Teen
  • Parenting
    • Parenting Tips
    • Marriage, Relationship & Sex
    • Viral News
  • Health
    • Illness
    • Allergy & Syndrome
    • Vaccinations
    • Give Health A Shot
  • Breastfeeding & Nutrition
    • Breastfeeding
    • Healthy Meal Tips
    • Formula
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Money Parenting
    • Tips for Parents
    • Tips for Toddlers
    • Tips for Older Kids
    • The 5 Personas
  • Lifestyle
    • Money
    • Contests & Promotions
    • Holiday
    • Spirituality
    • Home
  • TAP Recommends
  • Press Room
  • Products
  • Advertise With Us

Wanita cantik cenderung dapat anak perempuan dan ini buktinya!

3 min read
Wanita cantik cenderung dapat anak perempuan dan ini buktinya!

Ada banyak teori di luar sana tentang cara untuk dapat anak perempuan. Yang menariknya, satu kajian ada merumuskan yang wanita cantik lebih mudah untuk mendapat anak perempuan.

Ada pelbagai tip dan teori untuk dapat anak perempuan di luar sana. Semuanya demi membantu pasangan untuk menimang little girl yang diharapkan dapat menjadi penyeri dalam rumah tangga.

Namun yang menariknya, kami telah mendapati ada satu kajian yang dijalankan oleh London School of Economics tentang teori untuk dapat anak perempuan.

Ia agak mengujakan dan sememangnya, apabila difikirkan semula, memang kita boleh perasan bagaimana ibu yang cantik cenderung untuk mendapat anak perempuan.

Malah, pasangan yang sama cantik sama padan juga dikatakan mudah untuk menimang cahaya berbanding mereka yang berupa paras sederhana.

Hmmm…menarik juga. Jom kita baca lanjut tentang kajian-kajian ini.

teori untuk dapat anak perempuan - lead

Kredit: Pinterest.com

Teori untuk dapat anak perempuan – Kajian dari Sekolah Ekonomi London

Menurut Dr. Satoshi Kanazawa, wanita yang cantik akan cenderung untuk melahirkan anak perempuan.

Kajian itu telah mengkaji 17,000 bayi British sejak mereka lahir pada 1958. Apabila bayi ini berumur 7 tahun, Dr. Kanazawa meminta guru-guru mereka untuk memberikan rating terhadap rupa paras kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak ini kemudiannya ditemubual semula pada usia 45 tahun. Hasilnya memang mengujakan!

Rumusan daripada kajian ini adalah wanita yang telah menerima rating tinggi terhadap rupa paras mereka sememangnya cenderung untuk menimang cahaya mata perempuan.

Penemuan Dr. Kanazawa ini disiarkan di dalam Journal of Reproductive Sciences yang turut memuatkan rumusannya tentang evolusi dan pemilihan pasangan.

teori untuk dapat anak perempuan - kajian

Kredit: Pinterest.com

Mungkin ada yang berfikir hasil kajian ini hanyalah satu kebetulan dan sama ada seseorang itu mendapat anak lelaki atau perempuan tidak bergantung kepada rupa paras ibunya.

Jadi, kami mencari lagi kajian lain yang ada kaitan dengan teori untuk dapat anak perempuan.

Kajian kedua tentang pasangan suami isteri yang cantik dan kacak

Ada lagi satu kajian yang telah dijalankan di Universiti Helsinki oleh Markus Jokela. Kajian ini menilai tahap tarikan dan kecantikan 1,244 wanita dan 997 lelaki.

Hasilnya? Wanita yang diperakui “cantik” mempunyai 16% lebih anak berbanding yang mempunyai rupa paras biasa.

Malah, lelaki yang tidak mempunyai rupa fizikal menarik mempunyai 13% kurang anak berbanding yang lain.

teori dapat anak perempuan-selebriti

Kredit: Yahoo.com

Kajian yang membuktikan sebaliknya

Sudah pasti hipotesis ini akan membawa kepada lagi satu kajian yang akan cuba untuk membuktikan yang sebaliknya.

Andrew Geltman, seorang pakar statistik dari Universiti Columbia, telah menganalisis majalah People edisi “Most Beautiful Celebrities” dari tahun 1995 sehingga 2000.

Menerusi pemerhatiannya pula, selebriti yang dinobatkan sebagai antara yang tercantik dan terkacak cenderung untuk mendapat anak lelaki.

Antaranya David Beckham, Gwen Stefani dan supermodel Giselle Bundchen.

Mungkin ada yang mempersoalkan sama ada kajian ini boleh dianggap sebagai bukti yang cukup kukuh atau tidak tentang teori untuk dapat anak perempuan.

Tidak kisahlah sama ada anak itu lelaki atau perempuan, yang pastinya ia adalah pemberian dan nikmat dari Tuhan yang  perlu disyukuri.

Partner Stories
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Tapi, kami pun ingin tahu juga, anda ada kenal tak dengan sesiapa yang boleh dianggap cantik dan semua anaknya perempuan? Mungkin ia terbukti betul atau sekadar kebetulan? Jom berkongsi kisah dengan kami!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Newidea.com.au dan theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

3 Posisi Seks Suami Isteri Perlu Cuba Jika Inginkan Anak Perempuan!

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!

ddc-calendar
Get ready for the baby’s arrival by adding your due date.
OR
Calculate your due date
img
Written by

Noor

  • Home
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Wanita cantik cenderung dapat anak perempuan dan ini buktinya!
Share:
  • Ubat Sakit Tekak Untuk Ibu Mengandung Yang Selamat Dan Cara Rawatan Semulajadi

    Ubat Sakit Tekak Untuk Ibu Mengandung Yang Selamat Dan Cara Rawatan Semulajadi

  • Vaksin Tdap Untuk Ibu Hamil Adalah Percuma: Perlindungan Awal Penyakit Bahaya Pembawa Maut

    Vaksin Tdap Untuk Ibu Hamil Adalah Percuma: Perlindungan Awal Penyakit Bahaya Pembawa Maut

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Ubat Sakit Tekak Untuk Ibu Mengandung Yang Selamat Dan Cara Rawatan Semulajadi

    Ubat Sakit Tekak Untuk Ibu Mengandung Yang Selamat Dan Cara Rawatan Semulajadi

  • Vaksin Tdap Untuk Ibu Hamil Adalah Percuma: Perlindungan Awal Penyakit Bahaya Pembawa Maut

    Vaksin Tdap Untuk Ibu Hamil Adalah Percuma: Perlindungan Awal Penyakit Bahaya Pembawa Maut

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

Get advice on your pregnancy and growing baby. Sign up for our newsletter
  • Conceiving a Baby
  • Baby
  • Health
  • Education
  • Lifestyle
  • TAP Community
  • Advertise With Us
  • Contact Us
  • Become a Contributor


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
About Us|Team|Privacy Policy|Terms of Use |Sitemap HTML
  • Tools
  • Articles
  • Feed
  • Poll

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it