Umum mengetahui, carseat biasanya digunakan di dalam kereta sahaja. Namun, baru-baru ini, tular satu rakaman di media sosial memaparkan seorang kakak bawa bayi “drift” menggunakan carseat yang dipasangkan dengan tali pinggang keselamatan terikat rapi di atas jambatan dekat taman.
Ayah Dikecam Biarkan Kakak Bawa Bayi, Bahaya Sangat!
Rakaman tersebut menarik perhatian warganet yang rata-rata berpendapat tindakan itu tidak masuk akal.
Apa yang lebih mengejutkan, seorang lelaki dewasa dipercayai ayah mereka dilihat berkasut roda di hadapan mereka hanya membiarkan sahaja seolah-olah ini bukan pertama kali dia melakukannya.
Kejadian ini berlaku di atas sebuah jambatan di Vietnam. Dalam video tersebut, jelas kelihatan budak perempuan itu membawa adiknya dengan cara yang berbahaya dan meluncur dengan begitu laju.
@pockameh Replying to @myg_0613 storytime on Saigon Drift Baby😭🤣🇻🇳🏍💨 5.2M on insta! #fyp #vietnam #travel #family ♬ original sound – taff🏹
Orang ramai meluahkan kebimbangan di ruang komen, risau jika bayi tersebut tergolek dan mengalami hentakan di kepala.
“Baby ni sangat lembut, segalanya lembut. Jangan anggap pakai carseat tu dah cukup selamat. Gegaran atau hentakan pun boleh menyebabkan pendarahan otak pada baby. Malah, pakai buaian pun boleh beri kesan yang sama. Jadi, kalau ada apa-apa yang berlaku pada baby, bapa boleh dikenakan caj kerana kecuaian”, komen Emma Kim
“Bila seorang lelaki tak pernah peduli tentang betapa susahnya ibu menjaga kandungannya sejak hari pertama kehamilan, menanggung kesakitan melahirkan, berjaga malam membesarkan anak… Beginilah akibatnya. Semua perkara dianggap mudah. Nampak macam kelakar, tapi sebenarnya?”.
“Gegaran boleh menyebabkan pendarahan otak. Baby masih lembut. Kalau terlanggar dengan orang yang tengah main basikal atau budak-budak yang berlari, salahkan orang lain pula. Viral lebih penting daripada nyawa anak?”, tulis Maria G Kunyong.
Rata-rata mereka juga hairan dengan tindakan bapa kanak-kanak itu, hingga ada yang mempersoalkan di mana keberadaan ibunya.
Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ”Kesian Baby Jadi Bahan Uji Kaji,” Ibu Sanggup Gunting Bulu Mata Anak Demi Nak Cantik
Baca juga: Anak Saya, Dunia Saya Dan Saya Tidak Akan Memohon Maaf!
Baca juga: 5 Tips Berguna Buat Suami Yang Berdebar & Risau Bakal Menjadi Bapa Tidak Lama Lagi