X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Biasakan Anak Duduk Dalam Carseat Sejak Bayi, Elak Impak Teruk Jika Berlaku Kemalangan

5 min bacaan
Biasakan Anak Duduk Dalam Carseat Sejak Bayi, Elak Impak Teruk Jika Berlaku Kemalangan

Carseat untuk anak sememangnya perkara asas yang penting. Ibu ayah perlu sediakan dan latih anak dari awal. Barulah si manja terbiasa

Carseat untuk anak adalah sangat penting untuk keselamatan mereka. Umum sedia maklum bahawa bermula tahun 2020, penggunaan kerusi keselamatan ini telah pun diwajibkan, jadi ibu bapa tidak boleh memberi sebarang alasan untuk tidak menyediakan carseat ini buat keselamatan anak-anak.

Anak perlu dibiasakan duduk dalam carseat seawal usia

“Ala, nanti anak menangis bila diletakkan di dalam carseat,” ujar segelintir parents.

carseat untuk anak

Perkara ini memang nampak seperti remeh, tetapi akan memberikan kesan yang besar.

Banyak keadaan/situasi di mana anak-anak kecil dapat diselamatkan jika berlaku kemalangan kecil mahupun besar, sekiranya mereka diletakkan di dalam kerusi keselamatan khas mereka.

Kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan.

Oleh itu, impak yang teruk mungkin akan dirasai oleh mereka dan paling parah, boleh menyebabkan golongan ini maut tercampak dan sebagainya.

Ya, benar. Kesemuanya adalah kuasa Tuhan. Walau bagaimanapun, ibu ayah juga perlu berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan nyawa si kecil ini. Anak kan amanah daripada Allah SWT. Oleh itu, perlulah dijaga sebaik-baiknya dan sentiasa tawakkal, tak begitu?

Kedudukan anak dalam kenderaan dan situasi yang boleh terjadi sekiranya kemalangan

carseat untuk anak

#1. Bayi/kanak-kanak berada di kerusi hadapan tanpa memakai tali pinggang keledar

Kemungkinan besar mereka ini akan tercampak daripada kerusi, ke bahagian hadapan.

#2. Bayi/kanak-kanak berada di kerusi hadapan dengan memakai tali pinggang keledar

Kanak-kanak tersebut akan terhentak ke hadapan dan mungkin boleh mengalami kecederaan di bahagian leher. Ini kerana kanak-kanak yang masih belum mencapai ketinggian atau berat dewasa tidak sesuai untuk duduk di atas kerusi orang dewasa, kerana tali pinggang keledar direka khas buat orang dewasa.

Sebab itulah pentingnya ada carseat!

#3. Si ibu memeluk anak

Kanak-kanak atau bayi berkenaan akan tercampak dan terlepas dari pelukan si ibu.

#4. Duduk di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak dan menghadap ke hadapan

Kedudukan ini adalah salah untuk bayi yang berusia di bawah umur 1 tahun.

#5. Duduk di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) dan menghadap ke belakang

Kedudukan seperti ini adalah selamat untuk bayi di bawah umur 1 tahun. Manakala impak hentakan akan berkurang dalam kedudukan ini.

Tips asas ibu ayah boleh cuba untuk biasakan anak duduk di dalam carseat

carseat untuk anak

Nak biasakan anak duduk di dalam carseat bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kami tahu. Tapi ibu ayah perlu mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Yang penting, mereka selamat.

Ini antara tips asas yang disediakan oleh seorang pengguna Facebook Khairul Abdullah, boleh ibu ayah praktik!

#1. Berikan yang terbaik

Berikan anak carseat yang paling sesuai dan selesa buat mereka. Kita pun hendak duduk di kerusi empuk dan sedap untuk balik kampung maka mereka pun sama.

Kalau beli yang murah tu dan rasa tak cukup empuk maka buatlah kusyen atau pelapik lain agar lebih selesa. Untuk carseat yang ada “3 point harness” ok, kalau booster seat jangan lapik sebarangan. Kalau mampu, belikan yang terbaik. Paling penting beli yang sesuai dengan umur anak.

#2. Mulakan dari kecil

Seeloknya, keluar dari hospital terus masukkan dalam carseat. Jangan didukung atau diriba oleh ibu di tempat duduk hadapan.

Lagi awal didedahkan dengan carseat ni maka lebih mudah. Setiap kali hendak menyusu maka berhenti dan keluarkan baby. Dah selesai masukkan balik dan teruskan perjalanan.

#3. Biasakan

Kemudian biasakan mereka dengan carseat tersebut. Biar ada rasa “ownership”. Keluar kereta angkut carseat bawa ke dalam rumah, bila dia tengok tv ke layan youtube ke, membaca ke, suruh dia duduk kat dalam tu. Biar dia betul rasa selesa dan seronok di dalamnya.

Biar dia hidup dengan carseat dia tu. Takpun waktu beli terus bawak ke dalam rumah biar dia biasakan diri duduk dan bermain dengan seat tu lalu tak berasa takut atau pelik dan kekok.

Biar dia rasa carseat tu dia punya. Lekat nama dia, lekat sticker watak atau karakter kegemarannya. Biar dia bergaduh dengan adik atau abang dia mempertahankan carseat dia.

#4. Kelengkapan

Sediakan kelengkapan di dalam kereta. Sediakan mainan atau bahan bacaan atau apa sahaja yang boleh melekakan mereka.

Makanan dan minuman juga penting namun pastikan ianya bukan makanan yang boleh membuat mereka tercekik. Ipad atau tab juga adalah item yang melekakan mereka.

#5. Rutin peringatan

Setiap kali masukkan anak ke dalam carseat dan pakaikan seatbelt maka ceritalah tentang kepentingan penggunaannya. Selalu tekankan yang duduk di dalam carseat dan pakai seatbelt adalah penting dan sangat merbahaya kalau tidak menggunakannya. Cakap juga yang polis marah orang yang tak pakai seatbelt.

#6. Waktu rehat

Anak-anak juga mudah merasa letih dan lenguh apabila terlalu lama di dalam carseat. Kalau memandu jauh di waktu siang, maka berhentilah setiap 2 jam dan keluarkan mereka.

Kalau mereka tidur maka boleh teruskan. Sekiranya meragam, biarkan dahulu, namun apabila tidak terkawal atau hampir muntah ketika menangis maka berhenti dan keluarkan mereka. Biar mereka bertenang dan cuba kembali.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

#7. Puji-pujian

Jangan lupa untuk sentiasa memuji mereka setiap kali keluar dari kereta dengan mengatakan yang mereka sudah berjaya. Katakan yang anda akan masak sedap-sedap atau belanja mereka makan dan sebagainya sebagai reward.

#8. Tiada pengecualian

Tak boleh hari ni pakai, esok tidak, lusa tidak, minggu depan baru pakai balik dan sebagainya. Walaupun pergi ke kedai yang dekat sahajapun harus menggunakannya juga.

Maksudnya, setiap kali anak-anak masuk ke dalam kereta maka mereka wajib duduk di dalam carseat dan memakai seatbelt. Tiada pengecualian. Jangan si adik di dalam carseat, si abang duduk di depan bersama ibu atau sebaliknya. Jangan sampai ada anak yang merasakan yang dia kena “double standard”.

Anak-anak kena duduk dalam car seat sehingga umur 12 tahun.

Semoga bermanfaat.

Khairul Abdullah | Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kepentingan menggunakan carseat untuk anak kecil

Baca juga:  10 Tips Untuk Perjalanan Jauh Dengan Kereta Bersama Kanak-Kanak

Baca juga:  Aktiviti Senaman Untuk Bayi, Berkesan Kuatkan Otot & Percepatkan Proses Berjalan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Biasakan Anak Duduk Dalam Carseat Sejak Bayi, Elak Impak Teruk Jika Berlaku Kemalangan
Kongsikan:
  • Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

    Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

  • Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

    Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

  • Ujian Pendengaran Bayi Baru Lahir, Penting Detect Awal Masalah Pekak Atau Kurang Mendengar

    Ujian Pendengaran Bayi Baru Lahir, Penting Detect Awal Masalah Pekak Atau Kurang Mendengar

  • Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

    Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

  • Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

    Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

  • Ujian Pendengaran Bayi Baru Lahir, Penting Detect Awal Masalah Pekak Atau Kurang Mendengar

    Ujian Pendengaran Bayi Baru Lahir, Penting Detect Awal Masalah Pekak Atau Kurang Mendengar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.