Suami Kaki Game Sepanjang Hari, Isteri Terpaksa Kurung Anak Dalam Sangkar Ketika Berniaga

Kaki game sehingga menyebabkan seorang suami sanggup mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan isteri. Dia juga tidak keluar bekerja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gara-gara suami kaki game dan tidak boleh membantu jaga anak, seorang ibu di China tiada pilihan lain apabila dia terpaksa meletakkan anak di dalam sangkar ketika berniaga. Sangkar khas itu dibina di bawah troli tempat wanita ini mencari rezeki.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Suami kaki game langsung tidak tolong jagakan anak
  • Tidak bekerja, hanya goyang kaki di rumah
  • Netizen simpati terhadap ujian yang dihadapinya

Suami kaki game langsung tidak tolong jagakan anak

Menurut artikel tersebut, anak wanita itu berusia 2 tahun tetapi dia tidak boleh meninggalkannya di rumah kerana suaminya ketagih bermain permainan video serta tidak boleh diharap menjaga anak mereka.

Dilaporkan ibu tersebut berniaga dengan menjual jeli ais di bandar Tongren, Guizhou. Susulan itu, video tersebut telah melahirkan rasa simpati daripada netizen terhadap ibu itu. 

Memetik media China, Jiu Pai News pada artikel itu menyebut, wanita itu perlu menjaga anaknya sekitar tujuh hingga lapan jam sehari. Justeru, dia terpaksa membina sangkar dengan ruang yang cukup untuk anaknya bermain.

Tidak bekerja, hanya goyang kaki di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita yang mahu dikenali sebagai Puan Li itu memberitahu, dia kasihankan nasib anak lelakinya tetapi tiada alternatif lain berikutan suaminya tidak bekerja serta mengabaikan tanggungjawab menjaga anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, sekiranya suaminya menjaga anak di rumah, lelaki itu akan membiarkannya sahaja kanak-kanak itu kelaparan serta hanya bermain permainan video sepanjang hari.

Rutin Puan Li ialah biasanya dia akan ke pasar waktu pagi untuk berniaga terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah untuk berniaga menjual jeli ais di waktu petang.

Netizen simpati terhadap ujian yang dihadapinya

Memetik maklum balas netizen daripada artikel tersebut, mereka turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Puan Li.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Inilah cinta seorang ibu kepada anak. Dia lebih rela lihat anaknya berada di depan mata walaupun berada dalam sangkar daripada dibiarkan tidak selamat di rumah.

“Pasti dia turut rasa terkilan dengan tindakannya tetapi ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya,” tulis seorang pengguna media sosial.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Suami Dan Anak Yang Suka Main Video Game Boleh Kena Sawan Fotosensitif!

Baca juga: Ibu Pantaulah Anak Yang Ada Game Roblox, Ada Banyak Unsur Tidak Elok Untuk Otak Mereka

Baca juga:  8 Tanda Suami Ketagih Main Game, Jangan Sampai Rumah Tangga Mereput!