Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

Kaki wayang pastinya tidak akan terlepas menonton movie terbaharu. Namun ramai mengakui kurang senang jika ibu ayah bawa anak kecil bersama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi kaki wayang, anda semestinya akan menonton setiap filem baharu yang dikeluarkan. Termasuklah baru-baru ini, Mat Kilau yang telah memecah rekod kutipan 16 juta selepas lima hari ditayangkan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kaki wayang bawa anak kecil, ramai meluahkan rasa kurang selesa ketika di panggung
  • Netizen tegur sikap ibu ayah yang kaki wayang pentingkan diri bawa bayi masuk panggung wayang

Tidak hanya golongan bujang, ibu ayah juga tertarik untuk menonton filem ini kerana dikatakan sangat luar biasa dan mampu menaikkan semangat memperjuangkan tanah air.

Kaki wayang bawa anak kecil, ramai meluahkan rasa kurang selesa ketika di panggung

Tengok wayang dengan kanak-kanak dan bayi memang tidak dinafikan menjadi salah satu cabaran buat ibu ayah. Terutamanya bagi ibu bapa baharu yang masih tiada pengalaman membawa anak-anak kecil ke panggung.

Mana tidaknya, sebelum ini keluar berdua dengan teman wanita ataupun isteri sahaja, tak pernah pula terfikir nak bawa budak kecil, bukan? Bila dah jadi parents, lain pula ceritanya.

Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini media sosial telah dibanjiri oleh topik filem Mat Kilau. Ramai juga yang mulai memberikan rating peribadi mereka selepas menonton filem hangat tersebut.

Oleh disebabkan itu, rakyat Malaysia pada ketika ini sedang berpusu-pusu untuk menonton sendiri filem tersebut. Tapi malangnya, banyak juga panggung yang tiketnya terjual licin. Laris sungguh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini aka menjadikan ibu bapa yang mempunyai anak kecil merasakan sukar untuk menonton wayang tanpa membawa anak-anak mereka, termasuklah bayi.

Tapi perlulah diketahui, ada caranya untuk membawa anak bagi memastikan anak tidak menganggu ketenteraman orang lain ketika menonton, kan?

Yang penting, kalau anak mula buat bising, bawa mereka keluar dan tenangkan mereka dahulu. Kasihan orang lain tak boleh fokus.

Netizen tegur sikap ibu ayah yang kaki wayang pentingkan diri bawa bayi masuk panggung wayang

Menjengah di media sosial, kami mendapati masih ada lagi kes-kes di mana ibu bapa dilihat bersifat angkuh dan masih membiarkan anak membuat bising ataupun menangis ketika berada di dalam panggung wayang.

Hal tersebut membuatkan orang ramai terganggu dan berasa tidak senang. Takkan nak marah budak kecil pula, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“26 June, GSC Amanjaya Mall SP. Filem Mat Kilau showtime 4.30p.m. Baby tu ada dalam baru lepas pantang kut. Menangis melalak budak tu dah mengganggu orang lain. Orang nak tengok movie bukan dengar anak hg qeyau. Tolong la ada common sense.

“Kalau tengok Awang tendang Mat Kilau, aku dah angkat tangan nak tepuk bahu si bapak tu suruh bawa anak dia keluar bagi diam kat luar. Pastu duk passing anak tu pi mai pi mai kat bini dia. Yang budak tu duk continue nangis. Eh stress la aku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dengan sound effect macam tu sampai telinga kita pun berdesing, tak terkejut ke budak tu? Memang logik la dia nangis. Susah la jenis parents takdak common sense sampai mengganggu orang lain eh rimas.

“Ka nak tengok cerita minions tapi tersilap beli tiket mat kilau aku taktau la kan. Tapi memang aku bengang la tadi. Tak kira lagi anak dia yg dah besar sikit tu duk berdiri pi mai pi mai atas seat tu eh la aku,” tulis seorang pengguna Twitter.

Ada juga yang menyarankan supaya ibu bapa yang ingin membawa anak-anak ke panggung wayang untuk bawa anak keluar dan tenangkan mereka jika mereka mulai membuat bising. Jangan terus membiarkan anak anda membuat bising di dalam panggung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hidup ini perlu ada sikap timbang rasa. Barulah aman.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Dinasihat Tidak Bawa Anak Bawah 2 Tahun Tengok Wayang, Bahaya Risiko Pendengaran

Baca juga: Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

Baca juga: 7 Tip Untuk Bawa Anak Tengok Wayang Buat Pertama Kali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.