X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Tip Untuk Bawa Anak Tengok Wayang Buat Pertama Kali

4 min bacaan
7 Tip Untuk Bawa Anak Tengok Wayang Buat Pertama Kali

Nak bawa si manja tonton wayang buat pertama kali, tapi risau bagaimana reaksi mereka nanti? Usah risau. Jom semak tip ini untuk pastikan anda bersedia bawa si manja mengalami pengalaman pertama menonton wayang!

Dulu ketika anda bujang atau tengah hangat bercinta, tengok wayang itu perkara wajib. Atau habuan untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Atau mungkin saja sebab tertarik dengan Scarlett Johannson dan Keanu Reeves.

Tapi kini lepas kahwin dan memiliki cahaya mata, trip ke wayang semakin kurang. Tak pun, anda dan pasangan terpaksa curi-curi pergi tengok wayang tanpa si manja.

Bosannya! Bila anda boleh bawa si manja menonton wayang sekali? Boleh ke si manja tengok wayang nanti? Teringat pula adegan bising dalam wayang dengan teriakan kanak-kanak yang sering dikutuk dulu...

Jangan risau. Sama ada si manja anda seorang highly sensitive child atau tidak, mereka boleh dilatih untuk menonton wayang.

Jadi, kami di sini ingin kongsi tip dari Common Sense Media tentang bagaimana anda boleh bersedia untuk bawa si manja buat pertama kali ke wayang. Jom semak tip ini!

#1 Pastikan si manja telah bersedia

Agak-agak, si manja kena berusia berapa baru dia bersedia untuk menonton filem pertamanya? Ramai kanak-kanak berusia antara 3 hingga 4 tahun telah bersedia untuk menonton wayang.

Tapi, ada sesetengah ibu bapa dengan anak yang sensitif dengan bunyi bising dan takut gelap akan menunggu hingga usia anak mereka sedikit meningkat sebelum ke wayang.

Lihat reaksi si manja semasa menonton TV di rumah. Kalau dia kerap kali terkejut/memberi reaksi tertekan, mungkin anda boleh tangguh sebentar niat untuk bawa mereka ke wayang.

#2 Pilih filem yang tepat

Filem pertama yang akan ditengok oleh mereka di wayang harus bersesuaian dengan umur. Selalunya, filem animasi pilihan paling selamat. Oh, jangan lupa juga tentang durasi (panjang) filem tersebut! Sebaiknya pilih filem animasi yang tak terlalu panjang.

Jalan cerita filem tersebut juga penting. Pilih filem yang tidak terlalu 'tertekan' dan sedikit mendatar. Risau si manja terkejut nanti!

#3 Tak payah tengok iklan dan trailer

Nak jelaskan pada si manja tentang iklan dan trailer susah pula. Sebab mereka sukar untuk menghadam iklan. Maka seeloknya, anda skip iklan dan trailer ini.

Masuk sedikit lambat ke dalam wayang. Lagipun, iklan dan trailer selalunya lebih kuat. Risau ia akan jadi 'satu permulaan' yang menakutkan buat si manja.

 

#4 Rancang dengan baik

Rancang semuanya. Beri si manja anda makan, kencing, atau beli bertih jagung dan gula-gula sebelum kalian masuk dalam wayang. Lagi satu yang penting -- waktu wayang anda. Pilihlah waktu wayang mengikut mood si manja.

Mungkin si manja anda lebih aktif pada waktu pagi, jadi pergi tengok wayang ketika itu.

#5 Bersedia dengan bunyi bising

Jika si manja sensitif dengan bunyi bising, bawa ear defender/ear plug. Jadi anda ada penyelesaian untuk masalah itu.

#6 Pertimbangkan tempat duduk

Anda pun belum pasti bagaimana reaksi si manja bila ingin tengok wayang buat pertama kali, kan? Jadi lebih baik pilih tempat duduk yang selamat! Tempat duduk yang selamat harus terasing dan beri anda akses mudah untuk keluar. Mana tahu si manja akan mula meragam nanti!

#7 Go with the flow

Sabarlah. Anda bukan ibu bapa pertama dengan anak yang meragam, melalak dan menangis ketika dalam wayang. Ikut saja apa keinginan dan kejadian waktu itu.

Kalau si manja tak ingin tengok filem tersebut, bawa mereka keluar ambil angin sebentar. Bawa bertenang. Mungkin anda fikir 'rugi saja tiket wayang ni!' tapi ini kan pertama kali si manja anda ke wayang?

Filem Animasi Akan Datang

Ada 17 filem animasi yang keluar akan tahun ini! Anda boleh pilih filem mana yang anda rasa sesuai, dan bawa si manja pergi tengok wayang buat pertama kalinya!

Antara 17 filem animasi terbaru tahun 2017 adalah:

  1. The Lego Batman Movie (Feb)
  2. Rock Dog (Feb)
  3. Leap! (Mac)
  4. The Boss Baby (Mac)
  5. Smurfs: The Lost Village (April)
  6. Spark (April)
  7. The Nut Job 2 (Mei)
  8. Captain Underpants (Jun)
  9. Cars 3 (Jun)
  10. Despicable Me 3 (Jun)
  11. Blazing Samurai (Ogos)
  12. The Emoji Movie (Ogos)
  13. The Lego Ninjago Movie (Sept)
  14. My Little Pony (Okt)
  15. The Star (Nov)
  16. Coco (Nov)
  17. Ferdinand (Dec)

Jika anda tak yakin bagaimana reaksi si manja di wayang kelak, anda boleh saja tengok filem animasi hebat di rumah. Sini ada senarai beberapa filem yang sesuai menjadi tontonan pertama buat si manja di rumah.

Jangan limitkan pengalaman si manja anda!

 

Sumber rujukan: Common Sense Media dan Hollywood Reporter

Stories Rakan Kongsi
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Nasihat keibubapaan
  • /
  • 7 Tip Untuk Bawa Anak Tengok Wayang Buat Pertama Kali
Kongsikan:
  • Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

    Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

  • Ibu Ayah, Jika Anda Ingin Bawa Anak ke Tempat Kerja, Ketahui 10 Tips Ini Dahulu Ya!

    Ibu Ayah, Jika Anda Ingin Bawa Anak ke Tempat Kerja, Ketahui 10 Tips Ini Dahulu Ya!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

    Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

  • Ibu Ayah, Jika Anda Ingin Bawa Anak ke Tempat Kerja, Ketahui 10 Tips Ini Dahulu Ya!

    Ibu Ayah, Jika Anda Ingin Bawa Anak ke Tempat Kerja, Ketahui 10 Tips Ini Dahulu Ya!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.