Kalendar 2025: Ini Senarai Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia Yang Lengkap

Kami kongsikan senarai cuti umum dan cuti sekolah di Malaysia berdasarkan kalendar 2025. Jadikan panduan ini sebagai rujukan sepanjang tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalendar 2025 kini tersedia sebagai panduan penting untuk merancang aktiviti sepanjang tahun anda. Daripada percutian keluarga hingga program sekolah, senarai ini membantu dalam menyusun atur masa berharga anda bersama orang tersayang.

Senarai Cuti Penting Mengikut Kalendar 2025

Berikut adalah cuti-cuti penting mengikut bulan:

Januari 2025

  • 1 Januari – Tahun Baru (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  • 14 Januari – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
  • 27 Januari – Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu)
  • 29 Januari – Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
  • 30 Januari – Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)

Cuti sekolah: 17 Januari – 16 Februari

Februari 2025

  • 1 Februari – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
  • 11 Februari – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)

Mac 2025

  • 2 Mac – Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)
  • 4 Mac – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
  • 18 Mac – Hari Nuzul Al-Quran (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
  • 31 Mac – Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)

April 2025

  • 1 April – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
  • 18 April – Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)
  • 26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)

Mei 2025

  • 1 Mei – Hari Pekerja (Semua Negeri)
  • 12 Mei – Hari Wesak (Semua Negeri)
  • 17 Mei – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
  • 22 Mei – Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)
  • 30 & 31 Mei – Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah sahaja)

Jun 2025

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 & 2 Jun – Hari Gawai (Sarawak)
  • 2 Jun – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
  • 6 Jun – Hari Arafah (Terengganu)
  • 7 Jun – Hari Raya Haji (Semua Negeri)
  • 15 Jun – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)
  • 27 Jun – Awal Muharram (Semua Negeri)

Julai 2025

  • 7 Julai – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
  • 12 Julai – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
  • 22 Julai – Hari Sarawak (Sarawak sahaja)
  • 30 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)
  • 31 Julai – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor sahaja)

Ogos 2025

  • 24 Ogos – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)
  • 31 Ogos – Hari Kebangsaan (Semua Negeri)

September 2025

  • 16 September – Hari Malaysia (Semua Negeri)
  • 29 & 30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)

Oktober 2025

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)
  • 11 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)
  • 20 Oktober – Hari Deepavali (Semua Negeri kecuali Sarawak)

November 2025

  • 7 November – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)

Disember 2025

  • 11 Disember – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
  • 24 Disember – Cuti Hari Krismas (Sabah sahaja)
  • 25 Disember – Hari Krismas (Semua Negeri)

Jadual Cuti Sekolah Dan Penggal Persekolahan 2025

Bagi ibu bapa dan pelajar, sila rujuk takwim akademik rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Takwim Akademik dan Hari Kelepasan Am 2024/2025

Takwim akademik 2024/2025 dibahagikan kepada dua Kumpulan mengikut sekolah di negeri-negeri Malaysia:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kumpulan A: Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

Kumpulan B: Negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuti Perayaan Tahun 2025

Jadual Perincian Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri

Untuk memudahkan perancangan anda, jadual cuti umum boleh dijadikan rujukan. Dengan panduan ini, anda dapat merancang aktiviti atau percutian dengan lebih teratur dan lancar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama ada anda merancang percutian keluarga, menyambut perayaan tradisional, atau sekadar ingin mengetahui bila anda boleh menikmati hujung minggu yang panjang, kalendar 2025 ini pasti akan membantu anda membuat perancangan terbaik untuk tahun yang akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Cuti Sekolah 2025 Untuk Ibu Bapa Yang Mahu Rancang Percutian Dengan Anak-Anak Lebih Awal

Baca juga: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 (Idme KPM) & Panduan Lengkap

Baca juga: 20 Aktiviti Cuti Sekolah & Mampu Milik Untuk Kanak-Kanak Semasa Cuti Sekolah

Penulis

Noorhidayah