5 Tips Berguna Buat Suami Yang Berdebar & Risau Bakal Menjadi Bapa Tidak Lama Lagi

Kali pertama bergelar seorang bapa menghadirkan pelbagai perasaan dalam diri. Namun ada juga yang berasa risau untuk melalui proses membesarkan anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerisauan pertama kali menjadi ibu bapa tidak hanya dirasai oleh para isteri sahaja, tetapi juga suami. Mereka mungkin teruja dan dalam pada masa yang sama berdebar-debar untuk memegang status baru sebagai ayah.

Walaupun ada rasa bahagia menyelimuti perasaan, namun tidak dinafikan bahawa fikirannya juga terbeban oleh kerana pertambahan tanggungjawab terhadap anak dan isteri.

Cara menenangkan suami yang risau kali pertama bergelar bapa

credit to sources

Para suami mungkin berasa cemas apabila dia tidak dapat menjadi ayah yang hebat, mendidik si manja dengan baik dan waktu untuknya me time juga akan menjadi terbatas.

Sekiranya mereka mengatakan perkara ini kepada anda, ia adalah sesuatu yang normal bagi setiap lelaki baru kali pertama menjadi ayah. Menurut Ahli Terapi Keluarga di Amerika Syarikat, Bruce Linton mengatakan adalah wajar untuk seorang ayah baru berasa takut akan kemampuannya menjadi bapa kepada anak-anak.

Selain itu, suami anda mungkin juga merasakan adanya persaingan baru dalam mendapatkan perhatian serta kasih sayang dari isteri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Kuncinya adalah bakal ayah perlu bijak mengatasi rasa ketakutan ini, bukan membiarkannya sahaja sehingga berlarutan,” katanya. Justeru, ini senarai beberapa kerisauan terbesar dihadapi suami dan cara untuk mengatasinya.

#1. Pengurusan kewangan

Ketika sudah memiliki anak, bajet keperluan keluarga juga akan meningkat. Tekanan kewangan ini menjadi lebih kuat sekiranya hanya suami sahaja yang menjadi pencari nafkah. Bagi mengatasinya, anda perlulah membantu suami dengan menyenaraikan barangan yang paling utama dan menetapkan anggaran bajet mengikut kemampuan suami.

Sesetengah isteri mungkin akan meminta pasangan menghadiahkan gelang emas untuk bayi perempuan bakal lahir. Memang tidak salah, namun tanyakan dahulu adakah suami anda mempunyai wang mencukupi untuk mendapatkannya agar tidak ‘mengikat perut’ pada kemudian hari.

#2. Menjadi seorang ayah yang baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Tidak seperti anda yang mungkin secara naluri mengetahui tentang si kecil kerana ikatan batin terjalin ketika dalam kandungan lagi, bakal ayah sering kali tidak tahu bagaimana cara untuk mengurus bayi seperti menyediakan susu, memandikan si manja, menukar lampin dan menggantikan pakaian.

Biasanya, mereka cenderung kurang yakin dengan diri sendiri berbanding ibu baru. Bagi membantu suami berdepan waktu ini, anda boleh meminta suami meluangkan masa bersama si manja. Semakin lama dia bersama anak, semakin dekat hubungan terjalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tidak boleh memberikan fokus terhadap keluarga

Golongan ayah pada masa kini didefinisikan sebagai mereka tidak hanya mencari nafkah, tetapi juga insan hebat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri dan anak-anak di rumah. Ini secara tidak langsung membuatkan ayah berasa cemas jika tidak dapat menguruskan masa dengan sebaik mungkin.

Bagi mengatasinya, cubalah menasihati suami untuk membahagikan waktu kerja dan keluarga dengan seimbang. Jika suami sibuk pada hari biasa, pastikan dia ada masa untuk anak-anak ketika cuti hujung minggu. Nanti tidaklah anda berasa terbeban menguruskan si manja seorang diri.

#4. Tidak bebas seperti dahulu

foto: jebateja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah lelaki berasa takut akan kehilangan identiti lamanya kerana menjalani kehidupan baharu sebagai bapa. Misalnya dia mungkin tidak mempunyai masa lagi untuk bertemu kawan-kawan, malah terpaksa meninggalkan hobi yang disukainya. Justeru, cubalah untuk menyakinkan suami anda tentang hal ini.

Tetapkan masa yang bersesuaian bagi suami me time dan gantikan tempat anda untuk menjaga si kecil.

#5. Risau tidak memperoleh perhatian isteri

Salah satu kekhuatiran terbesar ayah adalah anda tidak lagi memberikan perhatian penuh kepadanya.

Ya, sesetengah suami mula merasakan ia seolah-olah hadirnya orang ketiga dalam hubungan dan timbullah rasa cemburu apabila anda tidak mempedulikan keinginannya atau kurang memberikan layanan tanpa sengaja.

Penyesuaian ini sudah tentu tidak mudah untuk para ayah baru, apatah lagi anda terlalu memberi fokus terhadap anak. Justeru, cubalah membahagikan waktu mengurus si manja dan memberikan perhatian sepenuhnya pada suami ketika anak melelapkan mata. Hal ini mampu membuatkan anda dan suami mesra kembali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Kumparan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Menjadi Ibu Bapa