Membesarkan kanak-kanak autisme merupakan salah satu cabaran yang paling susah untuk mana-mana ibu bapa. Namun, biarpun susah, ramai ibu bapa ini redha dan menerima cabaran tersebut.
Akan tetapi, mereka ingin orang ramai tahu 8 perkara berikut tentang gangguan perkembangan otak pada kanak-kanak autisme ini. Mari fahami apa yang mereka mahu kita semua tahu ini:
1. Anda tak perlu rasa kekok dengan kanak-kanak autisme
Ya, memang benar cara menjaga mereka mungkin sedikit berbeza berbanding dengan kanak-kanak lain, tapi anda tidak perlu rasa kekok atau pelik apabila berdekatan dengan mereka.
Kanak-kanak autisme juga seperti kanak-kanak biasa. Walaupun mereka ada cara yang tersendiri, tapi jika anda sengaja berasa kekok dan pelik ketika berdekatan dan melayan mereka, pasti mereka akan rasa tidak selesa.
2. Spektrum autisme luas dan pelbagai
Setiap kanak-kanak autisme boleh didiagnosis dengan spektrum autisme yang berbeza. Jadi, ia tidak semestinya sama. Maka kanak-kanak autisme berkemungkinan bersikap sedikit berbeza berbanding kanak-kanak autisme yang lain.
3. Jangan buat tanggapan salah
Orang ramai selalu salah anggap bahawa jika kanak-kanak autisme tidak menunjukkan tanda-tanda yang sama, ini mungkin bermakna dia tidak mengalami autisme.
Tapi hal ini mungkin salah. Dapatkan pengesahan doktor pakar untuk mengetahui sama ada anak anda betul-betul menghidap gangguan autisme atau tidak.
4. Kanak-kanak autisme memerlukan kasih sayang
Walaupun mereka memerlukan kasih sayang, perhatian dan kesabaran yang banyak, mereka juga akan memberi kegembiraan kepada individu yang sangat sayang pada mereka.
Jadi, janganlah kerana mereka kanak-kanak autisme, anda mengabaikan kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Malah mereka perlu lebih kasih sayang, perhatian dan kesabaran anda!
5. Mereka sebenarnya sangat pintar!
Tahu tak walaupun mereka kanak-kanak dengan keperluan khas, mereka sebenarnya sangat pintar, berbakat, kreatif, dan bertimbang rasa?
Tetapi tidak semua orang akan berpendapat sedemikian apabila melihat cara pemikiran mereka yang berbeza. Hakikatnya, cara pemikiran berbeza ini yang membuatkan kanak-kanak autistik lebih pintar!
6. Mereka suka berteriak dan buat bunyi pelik
Anda boleh tengok, bukannya tak boleh. Tetapi janganlah kecam dan jangan pula tengok sampai mulut tenganga. Ya, saya akui kanak-kanak autisme akan suka menjerit dan membuat bunyi-bunyi pelik.
Itu antara cara mereka bereksprasi dan meluahkan apa yang mereka mahu. Kalau anda pandang dengan pandangan pelik sangat, kami pula yang akan rasa pelik dan serba salah.
7. Jangan kecam ibu bapa dengan kanak-kanak autisme
Apabila di luar, anak autistik mungkin akan tutup muka, tutup telinga, gigit baju atau melakukan spinning.
Sebenarnya, ini apa yang saya mahu anda tahu: “Anak saya cuma rasa cemas. Saya tidak akan menegurnya, jadi jangan tengok saya macam ibu yang teruk!“
Kanak-kanak autisme tidak dapat mengawal cara badan mereka bertindak balas terhadap rangsangan yang berbeza-beza. Dia sedang cuba tahan semua ransangan ini. Jangan kecam ibu bapa mereka tidak menegur dan cuba faham situasi mereka.
8. Tolong terima anak kami dengan cara yang sama kami terima anak anda
Biarpun mereka kanak-kanak dengan keperluan khas, mereka tetap anak kami dan kami akan terus menjaganya. Jadi, terimalah anak kami seadanya. Layan mereka seperti biasa.
Sumber: Autism Speaks
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Anak Speech Delay Bukan Berpunca Dari Masalah Autisme, Ini Info Penting Anda Patut Tahu!