Gelagat Kanak-Kanak Berkenalan Di Balkoni Cuit Hati Netizen, Ini Tips Ajar Anak Berkawan

Gelagat dua kanak-kanak comel yang cuba berkenalan kawan baru di balkoni benar-benar mencuit hati netizen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gelagat dua kanak-kanak berkenalan di balkoni rumah  tular di media sosial TikTok sekali gus mencuit hati netizen. Usia dua kanak-kanak itu mungkin dalam lingkungan 2 tahun atau 3 tahun.

Menerusi perkongsian video TikTok imsitizulaiha yang juga ibu kanak-kanak lelaki itu, perbualan mereka langsung tidak difahami netizen. Ada ketika mereka menjerit seperti sedang ajuk mengajuk antara satu sama lain.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut turut mencampakkan permainan mahu berkongsi namun, jarak balkoni rumah mereka agak jauh. Selain itu, beberapa gambar menunjukkan kanak-kanak lelaki itu gemar menghabiskan masa di balkoni bersama kawan barunya.

Wanita itu turut memuat naik video tempoh dari awal kanak-kanak itu berkenalan, dua minggu selepasnya serta sebulan selepas berkawan.

Kredit TikTok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses kanak-kanak berkenalan dan berkawan 

Proses ini bukan boleh dibuat dengan spontan, malah kadangkala memerlukan masa. Ia berikutan setiap tingkah laku dan perangai kanak-kanak adalah berlainan. 

Menurut Dr. Yang Wai Wai yang juga Pakar Psikologi Klinikal Kanak-Kanak dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ibu bapa memainkan peranan besar dalam mengajar cara kanak-kanak berkawan.

Berdasarkan penerangan beliau pada laman web mypositiveparenting.org, rakan pertama kanak-kanak kebiasaannya ialah adik beradik, diikuti oleh sepupu atau jiran, kemudian rakan sekelas di pusat jagaan dan tadika.

Mereka yang mudah mesra juga memerlukan masa untuk menjadi rapat dan menjalinkan persahabatan. Begitu juga kanak-kanak yang paling berkeyakinan, mungkin menghadapi kesukaran berkawan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips mengajar kanak-kanak berkenalan dan berkawan

#1 Galakan kemahiran sosial

Sebagai permulaan, ibu bapa boleh bantu anak membina kemahiran sosial yang diperlukan, termasuk kemahiran berbual, kawalan emosi dan kemahiran interpersonal.

Kanak-kanak yang bagus dalam kemahiran interpersonal seperti rasa empati, mengambil sudut pandangan berbeza dan membuat pertimbangan moral selalunya popular dan disukai rakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Berikan idea untuk perbualan

Mungkin anak anda tidak pasti bagaimana untuk memulakan dan menamatkan perbualan. Ibu bapa boleh mengajar asas kepada mereka dan tunjukkan bagaimana anda menggunakannya semasa berinteraksi dengan orang lain.

Ibu bapa juga boleh tunjukkan kepada mereka cara menangani situasi sosial yang mungkin sukar bagi mereka. Ini antaranya apabila anak itu mahu menyertai rakan bermain, apa perlu dibuat atau disebut.

Latih mereka dan jika anak kekok, boleh gunakan barang permainan sebagai rakan perbualan dan tunjukkan cara perbualan berlangsung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada akhirnya, ibu bapa masih perlu beralih kepada perbualan bersemuka dengan anak. Lakonkan situasi tersebut dan ini membantu mereka mengenali bahasa badan dengan lebih baik.

#3 Asas perbualan mudah untuk kanak-kanak

  • Mulakan dengan sapaan mudah: seperti ‘hai, nama saya Aishah, ‘apa nama awak? apa yang awak sedang main/buat tu? atau boleh saya main juga?’
  • Apa yang mahu dibualkan: topik perbualan boleh melancarkan atau menghentikan sebarang perbualan. Terdapat banyak topik digunakan, contoh ‘apa permainan/ makanan/ warga kegemaran awam?’
  • Bergilir-gilir semasa berbual: ajar anak untuk berkongsi dan mendengar semasa berbual. Cara mudah untuk mengajak orang lain berbual ialah dengan soalan terbuka. Contoh, ‘dalam banyak-banyak kartun, yang mana awak rasa paling baik?’
  • Bagaimana untuk menghentikan perbualan: ajar anak menamatkan perbualan dengan sopan. Contoh, ‘seronok berbual dengan awak’.

#4 Manusia ialah makhluk sosial

Perkembangan kemahiran interpersonal penting kerana anak anda akan mendapat manfaat apabila dia dapat bergaul dengan lebih baik bersama orang lain. Mereka yang dapat berkawan dengan baik akan mendapat sokongan sosial di dalam kehidupan.

Oleh itu, cuba bantu mereka membina kemahiran sosial dengan mengajar dan membimbing mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Lasak,Nakal Memang Normal Tapi Pastikan Mereka Jangan Sampai Jadi Begini, Take Note Parents!

Baca juga: Kering Idea Nak Sembang Topik Apa Dengan Anak Yang Baru Belajar Bercakap? Anda Boleh Cuba Ini

Baca juga: Anak Kecil Berubah Sikap Selepas Ke Sekolah? Awas Ibu, Ini Tanda-Tanda Dia Sebenarnya Mangsa Buli