Kanak-kanak 5 tahun sengaja dibuli oleh bapa 2 anak: Lihat video ini!

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk kita semua. Janganlah ada sikap 'buli' dalam diri terutama pada kanak-kanak yang masih memerlukan bimbingan daripada orang tua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasa kita dengar kes buli ini berkait dengan anak-anak di sekolah asrama atau sekolah menengah. Tapi bila terjadi kes kanak-kanak dibuli oleh orang dewasa, memang bikin panas pula hati ini!

Terutama anak sendiri dibuli orang tua yang juga ada anak. Apa dia tak fikir kalau orang lain buat yang sama pada anaknya. Apa yang dia rasa agaknya? 

Kanak-kanak dibuli dalam kawasan permainan

Tapi itulah yang berlaku. Baru-baru ini, laman sosial digemparkan dengan satu video viral dari rakaman cctv di sebuah shopping mall di Singapura. Video berdurasi selama 3 minit itu menyaksikan seorang kanak-kanak dibuli oleh seorang bapa yang ada 2 anak!

Oleh sebab tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan individu tersebut ke atas anaknya, ibu kanak-kanak itu berkongsi video tersebut. Ibu kanak-kanak itu juga membuat laporan polis dan kini, kes masih dalam siasatan. 

Kanak-kanak dibuli oleh bapa 2 anak

Ibu kanak-kanak lelaki itu, Ow May Chen berkongsi di laman Facebook miliknya dengan mengatakan: 

Petang tadi, saya membawa Wen dan Dex ke kawasan permainan di shopingg mall. Bayangkan Dexter baru saja 5 tahun tapi ada seorang bapa 2 anak ini tiba-tiba membulinya kerana seolah-olah anak saya menganggu anaknya bermain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba anda lihat dalam video tersebut, bukti jelas di mana bapa dua anak itu menendang dan menolak anak saya. Inikah contoh yang harus diteladani oleh anak-anak? Sungguh memalukan! 

Ketika kejadian, saya baru sahaja berjauh sekejap dari Dex kira-kira 2 minit. Tak sangka ada pembuli dalam kawasan itu. Apabila saya cuba bertanyakan pada bapa dua anak itu. Dia tak nak mengaku sedangkan saya ada bukti!”

Lantas dengan itu, May Chen meminta rakaman video cctv daripada pihak pengurusan Sunshine Childhood Playland di Northpoint City. Anda oleh lihat dalam video ini thelocalsociety.

Kes kanak-kanak dibuli kini disiasat polis 

Dalam video tular itu, lelaki terbabit bersama seorang wanita (isteri) dan dua orang anak. Kanak-kanak lelaki itu dilihat mendekati mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, lelaki itu tidak berapa suka apabila didekati kanak-kanak tersebut dan kemudiannya menendang serta menolak kanak-kanak itu. Selain itu, lelaki dewasa itu juga dilihat membaling alat pengorek tanah di situ. 

Manakala, kanak-kanak lelaki itu dilihat cuba menumbuk (secara perlahan) kepada lelaki itu. Tapi ditepis. 

Video itu mendapat pelbagai respon dari netizen. Ada sebilangan yang marah dengan cara tingkah laku bapa dua anak itu kerana membuli kanak-kanak yang tidak sepatutnya terjadi.

Ada juga mengatakan, lelaki itu cuba melindungi anaknya dari diganggu kanak-kanak itu. Tapi budak baru 5 tahun kot, masih belum faham apa-apa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hingga kini, kes masih dalam siasatan. Apa pendapat ibu-ibu semua?

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: theAsianparent Singapura 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca lagi

10 tanda anak anda mungkin kena buli dalam diam-diam