X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 tanda anak anda mungkin kena buli dalam diam-diam

4 min bacaan
10 tanda anak anda mungkin kena buli dalam diam-diam

Anda risau mungkin anak anda dibuli di rumah pengasuh, tadika atau sekolah? Jom tengok 10 tanda anak kena buli ini. Mungkin anak anda dibuli dalam diam!

10 tanda anak kena buli dan dalam ketakutan

Lambakan kes buli di Malaysia merisaukan ramai ibu bapa. Kita bukan saja risau anak kena buli, tapi kita juga risau kalau-kalau anak kita sendiri yang jadi pembuli. MasyaAllah, semoga ia dijauhkan!

Untuk mengurangkan rasa risau anda, kami di theAsianparent ada sediakan 10 tanda-tanda anak kena buli yang patut anda lihat. Jom semak jika anak anda ada tunjuk 10 tanda-tanda ini atau tidak.

Tanda anak kena buli #1: Tak mahu ke sekolah

tanda anak kena buli

Sama ada anak anda telah masuk ke sekolah, tadika atau taska, tempat-tempat seperti ini memang selalu jadi hot spot untuk kes buli. Jadi jika tiba-tiba anak kerap tak mahu ke sekolah dan beri pelbagai alasan, anda perlu ambil tahu kenapa.

Biasanya, kanak-kanak kecil akan bagi alasan demam atau sakit kepala untuk tak mahu ke sekolah.

Donna Clark-Love, seorang pakar dalam kes buli di sekolah mendedahkan, perbuatan tak mahu ke sekolah terjadi kerana anak rasa lebih selamat di rumah.

Tanda anak kena buli #2: Selalu sakit kepala dan sakit perut

Sakit kepala dan sakit perut adalah salah satu tanda stress atau kerisauan melampau. Ia mungkin disebabkan anak kena buli. Malah, sakit ini juga boleh jadi alasan mudah untuk tidak ke sekolah.

Tanda anak kena buli #3: Anak hilang kawan

tanda anak kena buli

Anak hilang kawan yang selalu dia excited sebut atau bercerita merupakan salah satu tanda anak kena buli juga. Ini kerana ia mungkin sebab kawan tersebut yang “membulinya”!

Ibu bapa diminta untuk lebih peka tentang perubahan kawan-kawan dalam circle anak-anak bagi mengenalpasti jika ada kawan yang meninggalkan anak anda dan masuk group yang membulinya.

Tanda anak dibuli #4: Susah nak tidur

Kalau kanak-kanak selalu rasa risau apa akan jadi keesokan harinya di sekolah atau taska, mereka akan susah nak tidur dan kelihatan gelisah.

Kalau anda nampak anak-anak kelihatan penat bila bangun tidur, itu mungkin tanda mereka susah nak tidur kerana kerisauan. Cuba tanya dan fokus pada mereka.

Tanda anak dibuli #5: Menangis

tanda anak kena buli

Menangis adalah salah satu cara anak yang dibuli cuba untuk meminta bantuan, walaupun mereka sebenarnya dalam ketakutan.

Jika anda nampak anak tiba-tiba menangis atau emo dengan sesuatu perbualan tentang sekolah atau kawan-kawannya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. 

Tanda anak kena buli #6: Tak mahu bercakap

Kanak-kanak memang bersifat banyak cakap. Namun jika tiba-tiba anak anda tak mahu bercakap dan terus menyendiri selepas pulang dari taska atau sekolah, itu tanda yang anda harus ambil berat.

Tanda anak dibuli #7: Tak mahu pegang telefon atau terlalu memegang telefon

Jika anak anda dibuli di media sosial (untuk mereka yang sudah semakin besar), mereka mungkin menunjukkan 2 perangai aneh ini: tak mahu pegang handphone atau terlebih memegang handphone. 

Anda sebaiknya menetapkan peraturan awal ketika memperkenalkan handphone dan media sosial pada anak. Anak pula mungkin akan takut nak bercakap tentang cyberbullying kerana tidak mahu anda “merampas” telefonnya. 

Tanda anak dibuli #8: Baju terkoyak dan kesan luka fizikal

tanda anak kena buli

Jika anda perasan ada kesan koyakan pada baju anak, atau ada barang-barang anak yang hilang, sekali dengan kesan lebam dan luka yang tak dapat dijelaskan, itu satu lagi tanda jelas yang anak anda mungkin sedang dibuli.

Biasanya jika anda tanya anak apa yang terjadi, mereka tak mampu nak menjelaskannya!

Tanda anak dibuli #9: Pindah sekolah/rumah

Kanak-kanak yang baru pindah sekolah atau pindah rumah biasanya akan jadi target untuk dibuli. Ini kerana mereka mungkin tiada kawan untuk melindungi mereka.

Jadi jika anda baru saja pindah rumah, dan mahu anak pindah sekolah, cuba minta pihak sekolah beri anak anda satu kawan baru dari dalam kelasnya. Ini untuk membentuk persahabatan baru.

Tanda anak dibuli #10: Rasa diri sendiri yang salah

tanda anak kena buli

Mangsa buli selalunya akan menyalahkan diri mereka sendiri tentang insiden ini. Maka, mereka lebih banyak menundukkan kepala dan tidak mahu menyuarakan pendapat sendiri.

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Sama-samalah kita lebih peka dengan 10 tanda-tanda ini agar mudah untuk kita mengenalpasti jika ada antara anak-anak kita dibuli di mana-mana saja.

Anak kecil memang takut nak beritahu yang mereka dibuli. Maka, menjadi tugas ibu bapalah untuk mengesan tanda-tanda anak dibuli untuk membantu anak kita sendiri.

 

 

 

Sumber rujukan: Reader’s Digest

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-seorang-pembuli/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • 10 tanda anak anda mungkin kena buli dalam diam-diam
Kongsikan:
  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham