Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!

Seorang kanak-kanak didera di sebuah pra-sekolah hingga terpaksa mengalami trauma. Yang lebih buruk, tiada keadilan untuknya hingga ke hari ini!

Seorang kanak-kanak didera di sebuah pra-sekolah di Singapura. Akibat itu, kanak-kanak didera ini telah mengalami bengkak dan lebam di telinganya. Menurut si ibunya, kanak-kanak perempuan itu masih trauma ekoran kejadian tersebut.

Ibu yang kecewa ini telah berkongsi di Facebook tentang kes ini pada 10 Mac lalu. Dia juga telah melaporkan perkara ini kepada polis dan ECDA (Jabatan Kerajaan Pendidikan Awal di Singapura).

Kenapa kanak-kanak didera di pra-sekolah?

Ibu, Claudia Kwan berkongsi tentang insiden yang terjadi dalam postnya.

“Pada pagi 14 Feb 2018, saya menghantar anak perempuan saya yang berumur 3 tahun ke sekolah. Padi awal pagi, saya menyiapkannya dan mengikat rambutnya sebelum menghantarnya ke sekolah dia gembira seperti biasa.

Walaubagaimanapun, semasa suami saya menjemput anak saya dari sekolah, dalam perjalanan pulang, suami saya merasakan ada yang tidak kena dengan mood anak saya, jadi dia berhentikan kereta dan pusing ke belakang. Dia lihat sesuatu yang pelik berlaku di telinga anak saya.

Rambutnya yang kusut telah melindungi sebahagian telinganya dan dia berpeluh. Suami saya terkejut melihat lebam di atas telinganya.

Apabila mereka sampai di rumah, suami menyuruh saya periksa telinga anak saya dan saya terkejut apabila melihat telinganya lebam teruk sehingga bengkak.

kanak-kanak didera

FOTO: FACEBOOK / CLAUDIA KWAN

Saya tanyakan kepada anak saya tentang apa yang terjadi, anak saya terus menangis. Claudia kemudian menelefon sekolah anaknya untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku tapi gagal mendapat jawapan yang memuaskan.

Dia kemudian membawa anaknya berjumpa pakar kanak-kanak.

“Apabila doktor melihat telinga anak saya dia juga terkejut. Doktor mendiagnosis kecederaan itu sebagai lebam traumatik yang disebabkan oleh kekuatan sengaja, dan bukan alahan atau gigitan serangga.”

Claudia yang terperanjat dengan diagnosis itu telah membuat repot polis selepas memberitahu guru besar sekolah itu.

Kanak-kanak didera: Pihak sekolah mendiamkan diri

Kanak-kanak itu telah mendedahkan identiti cikgu yang mencubit dan memusingkan telinganya.

“Pihak polis meminta saya untuk ke balai minggu lepas bagi memberi laporan penuh selepas anak saya bertenang dan boleh mengingati kejadian itu dengan lebih baik.

Pihak sekolah masih nendiamkan dan tidak mahu bertanggungjawab atas insiden itu.

Kejadia ini telah berlaku lebih 4 minggu dan masih tidak ada apa apa tindakan dah anaknya masih trauma dan mengalami mimpi ngeri hingga hari ini.

“ECDA berkata yang ini adalah kes polis dan tindakan hanya boleh diambil selepas mendapat keputusan siasatan polis.”

“Pihak polis berkata mereka tidak boleh mendedahkan rakaman CCTV kepada saya. Mereka juga tidak mengatakan yang siasatan sedang dijalankan, meninggalkan saya dalam gelap dan ketakutan yang berterusan.”

Kita hanya mampu bayangkan apa yang Claudia lalui lebih-lebih lagi dia mengalami masalah kewangan selepas suaminya diserang strok Disember lalu dan masih dalam proses penyembuhan.

Claudia juga meminta nasihat dari netizen untuk membantunya bagi mendapat keadilan.

TheAsianparent Singapore juga telah menghubungi ECDA berkenaan isu ini:

“Pihak polis telah mengesahkan yang laporan telah dibuat pada 14 Februari 2018. Siasatan masih dijalankan dan pegawai yang ditugaskan telah memberitahu Puan Claudia Kwan tentang status siasatan.

ECDA tahu akan kes ini dan telah menghubungi Claudia jika dia dan anaknya perlukan bantuan dan pada masa yang sama, ECDA telah bekerjasama dengan pusat untuk memastikan keselamatan anak-anak di pusat pendidikan.

Kami harap Claudia dan anaknya mendapat keadilan yang mereka layak terima.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga

Ramai kanak-kanak ini didera dengan teruk di taska