Anda telah mencuba kuiz persona pendidikan kewangan dan dapati anda seorang Facilitator. Ini bermakna anda seorang ibu bapa yang percaya akan kepentingan memperolehi keselamatan kewangan, dan ia amat penting kepada anak anda untuk belajar sendiri tentang perkara ini, dengan berbekalkan panduan
Namun setelah anak anda menjadi remaja, anda mungkin dapati agak sukar untuk berbicara dengan mereka tentang apa sahaja. Itu sebabnya mengapa ia penting untuk mengadakan perbualan sukar (namun harus dilakukan) dengan mereka; salah satu topik adalah tentang wang.
Peranan Anda Dalam Hidup Si Remaja
Kebanyakan ibu bapa Facilitator membenarkan anak-anak mereka belajar daripada pengalaman dengan panduan, menurut tinjauan Asia Money Parenting ditauliahkan oleh Eastspring Investments. Dan persona keibubapaan anda sebagai Facilitator berkait rapat dengan remaja, yang dalam fasa mengenali diri sendiri.
Dalam fasa ini, mereka berusaha untuk membuktikan kebebasan mereka dengan melangkaui batasan dan meneroka, yang mana ini memberikan mereka peluang untuk menjadi lebih berdikari, punyai kesedaran diri tinggi dan lebih bertanggungjawab.
Dengan sedikit tunjuk ajar daripada anda, si remaja boleh belajar bagaimana untuk buat pilihan yang baik.
Cara Menyentuh Topik
Mulakan dengan perbualan yang terbuka dan jujur; anda mahu mereka melihat anda sebagai seorang yang mudah didekati, bukan mudah menghakimi dan yang paling penting, bukan seseorang yang memaksa pendapat ke atas mereka.
Jelaskan kepada mereka bagaimana kekurangan pendidikan kewangan mempunyai kesan buruk terhadap cara orang menguruskan kehidupan mereka. Dalam masa beberapa tahun lagi, mereka akan mula meneroka dunia sendiri atau bekerja buat kali pertama, jadi ini masa yang sesuai untuk berbincang tentang wang.
Pastikan pendapat anda neutral dan dengar setiap kata-kata mereka. Ingat sebagai seorang Facilitator, anda di sini untuk membantu dan membimbing – bahkan anda tidak percaya akan terlalu memanjakan mereka!
Tip Didik Anak Remaja Kewangan
1. Kenali tujuan
Sebagai permulaan, anak remaja perlu faham mengapa wang itu penting. Tanya mereka untuk berkongsi matlamat mereka, sebagai contoh, jenis rumah yang mereka ingin diami, atau jenis kereta yang mereka ingin pandu di masa hadapan. Suntik sedikit realiti dalam impian mereka agar mereka tahu berapa jumlah wang yang diperlukan untuk mencapai impian tersebut.
2. Tetapkan matlamat & bajet
Kajian baru-baru ini mendapati 69% Generasi Z (mereka yang lahir pada pertengahan tahun 1990 sehingga awal 2000) berkata bahawa mereka tidak mempunyai pemahaman jelas tentang perbelanjaan mereka berbanding simpanan untuk masa hadapan[1]. Anak remaja anda mungkin sama.
Sebagai seorang Facilitator, mengetahui cara menyimpan adalah teras mencapai kewangan terjamin bagi anda, dan ini pastinya sesuatu yang anda ingin anak anda warisi. Kongsi cara untuk mengawas perbelanjaan mereka dan bimbing mereka kepada asas bajet. Guna cara mudah, seperti peraturan 50/30/20[2] – 50% untuk keperluan asas, 30% untuk perbelanjaan peribadi dan 20% untuk simpanan – dan bimbing mereka dalam merancang bajet.
Anda juga boleh berkongsi bagaimana bajet keluarga diurus, agar mereka faham bagaimana ini diterjemah dengan jumlah sebenar.
3. Simpan gaji
Remaja sedar kendiri dan agak normal untuk mereka inginkan apa kawan-kawan miliki – walaupun ia mahal. Ini satu peluang yang baik untuk membenarkan mereka bekerja untuk wang agar mereka dapat membeli apa yang diingini. Ini sesuai dengan persona sebagai Facilitator juga – anda percaya wang harus diperoleh sendiri dan si remaja juga harus belajar tentang ini.
Jadi sama ada ia kerja sambilan, mengajar atau melakukan kerja rumah, galak anak remaja anda untuk menjana pendapatan sendiri. Bukan sahaja ini mengukuhkan hubungan tentang pekerjaan, simpanan dan mencapai impian[3], ia juga membina sikap berdikari yang penting dalam usia remaja ini.
4. Lihat secara menyeluruh
Apabila anak remaja anda kuasai asas kewangan, mula perkenalkan konsep mengembangkan wang. Tunjuk pada mereka kuasa pelaburan dan faedah, sama ada dengan akaun simpanan mereka (yang anda telah buka untuk mereka), atau melalui simulasi luar talian. Sebagai contoh, anak anda boleh menyimpan wang mereka dengan anda sebagai “deposit tetap” untuk satu jangka masa, dan anda pulangkan wang itu kembali bersama faedah pada masa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.
Anda juga boleh menjelaskan bagaimana kredit berfungsi dan ringkaskan risiko kepada mereka. Sebagai seorang persona Facilitator, anda sangat tidak selesa dengan hutang dan anda ingin mereka elakkannya jika boleh.
Anda juga boleh menjelaskan bantuan kewangan yang anda akan bekalkan pada mereka di masa hadapan, dan biarkan mereka tetapkan matlamat dan cara untuk capai matlamat itu. Anda akan sentiasa berada di sisi untuk membantu dan membimbing, jadi pastikan mereka berfikir sendiri juga!
5. Guna aplikasi
Remaja gemar akan dunia digital. Ada pelbagai aplikasi bagus yang mudah untuk digunakan dan mempunyai pelbagai fungsi, seperti yang membantu pengguna mengurus dan menyimpan wang.
Galakkan mereka meneroka apa yang sesuai untuk mereka dan mungkin mereka sendiri dalam ke arah kewangan terjamin seperti anda.
Itu sahaja, ibu dan bapa Facilitator. Tidak susah untuk didik anak remaja kewangan, bukan? Usia remaja adalah untuk pembelajaran. Oleh sebab itu, penting untuk berbicara tentang wang sekarang dan bimbing, nasihat dan pimpin mereka ke arah yang betul. Dengan anda di sisi, mereka lebih tenang dalam mengenali diri sendiri!
[1] www.parents.com/kids/teens/make-money/a-parents-guide-to-teaching-teens-about-money/
[2] www.investopedia.com/ask/answers/022916/what-502030-budget-rule.asp#:~:text=Key%20Takeaways,%2Dhave%20or%20must%2Ddo.
[3] https://www.synchronybank.com/blog/talking-to-teens-about-money/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!