Kes Penderaan Kanak-Kanak, 4 Wanita Ditahan Selepas Tersebar Gambar Budak Taska Diikat

Empat wanita telah ditahan atas dakwaan mendera kanak-kanak di taska di Bangi, Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Empat wanita telah ditahan atas dakwaan kes penderaan kanak-kanak di taska Bangi, Malaysia.

Pegawai Penjaga Polis Daerah Kajang(OCPD), Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata pada Ahad lepas (22 Jan) bahawa empat wanita itu akan berada di bawah tahanan reman sehingga Selasa.

Video kes penderaan, 4 wanita ditahan polis 

 

Keempat-empat mereka ditahan selepas dikesan oleh pihak polis pada hari Sabtu (21 Jan).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara mereka yang ditahan adalah pengurus taska berusia 46 tahun, menurut laporan dari The Star.

Penderaan yang didakwa timbul selepas laman Facebook menunjukkan gambar tiga kanak – kanak berbaring di atas lantai dengan mulut diikat dengan kain.

Polis telah mengambil keterangan daripada beberapa orang dan telah menghantar kanak-kanak berkenaan ke hospital untuk pemeriksaan selepas menerima laporan pada hari Khamis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah beberapa tips anda dapat pastikan yang anak anda berada bersama penjaga yang akan menjaga anak anda dengan baik: 

Dera kanak-kanak – tips untuk ibu bapa mencari penjaga anak 

  • Cari komen dari ibu- bapa yang lain. Sama ada anda berbual sendiri dengan ibu bapa yang menhantar anak mereka ke nursery yang anda telah pilih ataupun anda boleh menyemak di Internet jika ada ibu bapa yang berikan komen tentang penjaga-penjaga di taska itu
  • Jalankan temuduga. Anda boleh menjalani temu duga bersama penjaga yang akan menjaga anak anda nanti. Ada beberapa soalan yang anda boleh cari di Internet yang boleh membantu anda untuk tahu jika ada sesuatu yang tidak kena.
  • Dapatkan tempat taska/tadika dari rakan atau kenalan. Dengan cara ini, anda pasti boleh tahu dari pengalaman rakan atau kenalan anda tentang cara penjagaan di taska itu.
  • Pemeriksaan latar belakang. Sangat penting untuk mengenali siapa yang akan menjaga anak anda. Beberapa perkara anda perlu tahu adalah seperti tempat tinggal pengasuh, adakah dia warganegara Malaysia (ataupun tidak), adakah dia mempunyai rekod jenayah dan sebagainya.
  • Semak rujukan. Anda boleh menelefon ibu bapa kanak-kanak lain yang pernah dijaga oleh penjaga di taska itu. Cuba tanyakan pendapat ibu bapa tentang taska dan penjaga-penjaga di sana.

Selain daripada itu, anda juga perlu memberi perhatian yang lebih terhadap anak anda untuk mengenal pasti tanda-tanda anak anda telah didera. Kanak-kanak mungkin tidak tahu bagaimana untuk memberitahu anda, jadi ibu bapa sila beri perhatian akan tanda-tanda jika anak anda telah didera, seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menangis dan memberontak apabila tiba masa untuk menghantarnya ke pusat jagaan harian atau kelihata takut apabila melihat pengasuh, penjaga atau orang dewasa lain. (Sudah tentu, ini juga boleh menjadi reaksi normal ketika hendak berpisah dengan anda. Sekali lagi, anda perlu mengambil kira perkara-perkara lain, termasuk naluri ibu bapa anda.)
  • Pulang ke rumah dengan tanda lebam, melecet, terbakar, patah tulang, mata hitam, luka, tanda gigitan atau kecederaan lain yang tidak dapat dijelaskan. Kecederaan yang terjadi berulang kali walaupun apa-apa jenis adalah satu tanda amaran. Mana-mana patah tulang rusuk, patah tulang atau lebam pada bayi yang masih belum berjalan perlu disiasat kerana mungkin adalah penderaan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga 

https://my.theasianparent.comsenarai-tadika-berdaftar

Penulis

Michelle Goh