Satu video memperlihatkan tiga kanak-kanak duduk luar tingkap sewaktu kereta bergerak tular dalam media sosial Facebook.
Dalam video tersebut, memperlihatkan kanak-kanak itu yang berpakaian seragam uniform sekolah mengeluarkan separuh badan di tangkap penumpang.
Ngeri rasanya melihat aksi tersebut sangat berbahaya. Apa sahaja kejadian tidak diingini boleh berlaku. Kalau mereka terjatuh dari tingkap kereta dalam keadaan kereta bergerak, kemudian jalan di situ pula sibuk dengan kenderaan yang lain, sangat berbahaya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Inforoadblock, kejadian itu dirakam berhampiran sebuah stesen minyak Jalan Tambun, Ipoh, Perak.
Polis kesan individu dalam video kanak-kanak duduk luar tingkap
Menurut laporan Malaysiapost, polis sedang mengesan individu terlibat dalam video tular tersebut.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dipetik berkata, kejadian itu melibatkan kenderaan jenis Mercedes dan video berdurasi 1 minit 2 saat itu dimuat naik di laman Facebook Inforoadblock.
Beliau dilaporkan berkata, kes itu dipercayai berlaku di Jalan Tambun di Ipoh namun tarikh dan masa kejadian masih belum diketahui.
“Satu laporan polis berkaitan insiden itu telah diterima di mana siasatan dibuat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
“Pihak polis sedang mengesan individu-individu terlibat dalam kes tersebut,” katanya dalam kenyataan pada laporan tersebut.
Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 bagi membantu siasatan.
Netizen kecam susulan kanak-kanak duduk luar tingkap
Kejadian tersebut menerima kecaman daripada netizen yang meluahkan rasa marah kerana membiarkan kanak-kanak tersebut melakukan aksi berbahaya sewaktu di dalam kenderaan.
“Itu hari ada kes macam ni. Dah kena cari dengan polis. Ini ada lagi, pelik-pelik saja lah”.
“Tunggu abang PDRM datang rumah. Nombor pendaftaran dah ada, apa susah”.
“Anak aku keluar tangan kat tingkap pun aku tempik satu kereta. Bahaya tau. Mana tahu lori ke, moto lalu. Mahu patang tangan.
“Please lah, jangan biar anak buat kelakukan begini. Tak kena tak apa, kena sekali, makan air mata,” demikian maklum balas netizen.
Tips perjalanan yang selamat
Sebelum ini media juga pernah melaporkan kejadian tular hampir serupa melibatkan kanak-kanak sewaktu menaiki kenderaan. Itu yang dilaporkan dalam media, bagaimana pula perbuatan yang serupa tetapi tidak tular di dalam media sosial.
Seharusnya, sebagai orang dewasa yang memandu kenderaan, kita perlu berhati-hati serta sentiasa memastikan keselamatan sepanjang pemanduan. Menerusi positiveparenting, antara tip untuk perjalanan selamat ialah:
- Tunjukkan teladan yang baik kepada anak anda dengan menggunakan tali pinggang keledar.
- Jangan memandu terlalu laju dan patuhi undang-undang jalan raya.
- Pastikan semua penumpang telah duduk dengan selamat sebelum memulakan perjalanan.
- Gunakan kunci ‘child-proof’ untuk menghalang anak anda daripada membuka pintu ketika kereta sedang bergerak.
- Pastikan semua tingkap dan pintu dikunci sepanjang perjalanan anda.
- Jangan sesekali membiarkan anak anda menjulurkan kepalanya ke luar tingkap.
- Jangan sesekali meninggalkan anak anda bersendirian di dalam kereta.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Budak Lelaki Selamba Berdiri Di Belakang Kereta, Netizen Gerun Tengok Takut Terjatuh!
Baca juga: Bapa Ini Terpaksa Sambut Bayi Dalam Kereta Tengah Highway, Tak Sempat Sampai Hospital!
Baca juga: Anak Kreatif Sampai Conteng Kereta? Jangan Marah Dulu, Ini Sebenarnya Bagus Untuk Perkembangan Dia!