Bapa ini terpaksa sambut bayi dalam kereta atas highway ke hospital!

Bapa ini terpaksa sambut bayi dalam kereta atas highway ke hospital!

Ikuti kisah mendebarkan tentang bapa sambut bayi atas highway ketika ingin ke hospital ini untuk tahu apa patut anda buat jika kejadian sama terjadi. Takut!

Bapa sambut bayi atas highway

Saya masih ingat tarikh itu. Pada 14 Oktober lalu, sayalah bapa bertuah yang berjaya sambut bayi ketika atas highway nak ke hospital bersalin!”

Itulah luahan excited seorang bapa yang berjaya menyambut bayi baru lahir beliau dalam kereta ketika on the way nak ke hospital bersalin. Ikuti kisah yang mendebarkan ini!

Tanda-tanda awal isteri nak bersalin

Pada hari itu, Rae – isterinya telah menunjukkan tanda-tanda awal untuk bersalin. Beliau kerap kali mengalami kontraksi dan ia berlaku selang satu jam.

Oleh sebab ini merupakan anak kedua mereka, Rae dan pasangannya menyangka proses bersalin mungkin akan jadi lebih cepat. Tapi mereka tak menjangkakan perkara panik ini yang akan berlaku!

bapa sambut bayi

Kisah bapa sambut bayi keduanya

Biasanya, proses bersalin untuk anak kedua memang cenderung lebih cepat berbanding yang pertama. Ibu-ibu akan lebih bijak memahami tanda-tanda bakal bersalin.

Rae merancang untuk bersalin normal tanpa sebarang suntikan epidural. Jadi, beliau melatih diri untuk berjalan kaki di sekitar rumah berbanding hanya berbaring.

Suami Rae juga akan membantunya dengan urutan dan berlatih senaman bernafas. Rae dan suami telah merancang segala-galanya. Mereka sudah faham tentang proses bersalin ini. 

Tiba-tiba, bapa sambut bayi dalam kereta!

Pada pukul 11:30 malam, Rae dan suami ingin gerak ke hospital. Abang Rae menawarkan diri untuk menghantar mereka ke sana. 

Pada masa itu, Rae sudah mula mengalami kontraksi dan rasa kesakitan untuk bersalin. Tapi ketika pukul 11 malam, Rae semakin sakit. Mereka terus bergegas untuk ke hospital.

Dalam perjalanan itu, Rae terpaksa beberapa kali berhenti menahan rasa sakit. 

Ketika dalam perjalanan, Rae memegang erat tangan suaminya. Suami Rae tidak lupa untuk mengajar Rae mengawal pernafasan. Peluh keluar dengan banyak. 

Suami beliau pantas menghubungi pihak Hospital General Singapura untuk memaklumkan tentang kehadiran mereka kelak. Tiba-tiba, Rae memberitahu yang dia dapat rasa kepala bayi mereka akan keluar!

Rae pantas bersandar dan membuka kakinya. Abang ipar mereka terus memecut laju kerana berdebar dengan momen tersebut. Rae asyik cakap yang dia dapat rasa bayi mereka akan keluar pada bila-bila masa!

Suaminya meminta dia bertahan kerana mereka sudah semakin dekat dengan hospital. Tapi semuanya sudah terlambat. 

Suami yang bijak itu pantas membuka kangkangan si isteri dan memberi isyarat untuk menyambut kepala bayi yang sudah terkeluar. 

bapa sambut bayi

Akhirnya, bapa ini sambut bayi di tempat parking hospital

Beranak tiba-tiba dalam kereta, bapa sambut bayi dengan tenang

Bukaan dilation Rae telah mencapai ukuran penuh dan kontraksi semakin kerap berlaku. Pada ketika itu, tiada fikiran lain dalam otak bapa tersebut. 

Inilah saatnya! Si isteri dan anak kedua mereka benar-benar memerlukan bantuan si bapa. Anak itu akan dilahirkan sekarang juga!

Kerusi dalam kereta basah teruk dengan cecair ambiotik, tak ada langsung peralatan sanitisasi yang bersih, tiada pakar perubatan dan tiada peluang untuk melakukan kesalahan!

Tapi bapa ini mengatasi situasi yang mendebarkan tersebut dengan tenang. Dia cuba ingat pengalaman ketika isterinya bersalin buat pertama kali dulu. Ketika itu, kepala bayi tiba-tiba sudah semakin keluar.

Si bapa memegang kepala anaknya dengan lembut kerana anaknya songsang dan muka mungkin terjatuh di atas cecair amniotik.

Kejadian bapa sambut bayi atas highway

Anak mereka selamat dilahirkan pada pukul 11.34 malam, dalam parking kereta di Hospital Singapura. Rae tak sempat beranak dalam bilik bersalin! 

bapa sambut bayi

Abang ipar mereka berlari mendapatkan bantuan. Pihak hospital terus menghantar jururawat mendapatkan Rae dan anaknya. 

Ketika itu, ada satu lagi insiden mendebarkan terjadi. Ketika Rae ingin mengangkat anaknya, suami beliau perasan yang tali pusat terjerut di leher anak mereka.

Nasiblah jururawat segera sampai untuk memotong tali pusat tersebut. Selepas semuanya selamat, Rae dibawa masuk ke dewan bersalin untuk mengeluarkan plasenta.

Doktor mendapati terdapat ketulan darah dalam mata anak mereka kerana trauma isterinya bersalin. Tapi ketulan itu sudah semakin hilang sekarang. 

Kini, mereka sudah selamat pulang ke rumah. Menurut doktor, proses bersalin wanita ini mungkin boleh bertukar tragedi jika si bapa tidak bertindak dengan cepat.

bapa sambut bayi

Tanda sakit bersalin telah bermula sejak pagi. Jadi sepatutnya selepas makan malam, mereka sudah berada di hospital. 

Apapun, sekarang semuanya sudah selamat. Yang lawaknya, dalam surat beranak si anak, tempat kelahiran ditulis sebagai “ketika dalam perjalanan ke Hospital General Singapore“. Rare kan! Haha!

Kami mengucapkan tahniah kepada William Yap, si suami dan isterinya Rae yang telah berjaya mengharungi detik cemas tersebut. Semoga semuanya selamat sekarang. 

Untuk tips apa yang perlu dibuat jika anda tiba-tiba bersalin dan mengalami proses kelahiran kecemasan, sila semak langkah-langkah di bawah ini.

 

 

Artikel diterjemah dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Lahir Tiba-Tiba Dalam Kereta – Bayi Bertuah Dapat Grab Free Seumur Hidup

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner