Kanak-kanak ini terhempap almari ketika sibuk bermain! Sebab itu pentingnya childproof

Satu rakaman CCTV tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak terhempap almari ketika kanak-kanak itu sedand membuka dan menutup almari tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa kini faham tentang kepentingan childproof di rumah. Malangnya, ada beberapa anak yang masih cedera dan ada juga yang maut atau mati akibat dihempap almari. Tapi, terdapat satu kes kanak-kanak terhempap almari di Thailand yang terselamat.

Nasib baiklah!

Bagaimana kanak-kanak terhempap almari terselamat dari sebarang kecederaan?

Dalam rakaman CCTV, anak lelaki tersebut boleh dilihat sedang bermain dengan laci almari sementara seorang lagi budak sedang bermain berdekatan dengannya.

Kanak-kanak itu sedang membuka dan menutup 4 laci-laci almari. Selepas dia membuka laci tersebut dari atas ke bawah, dia menarik laci kedua yang sudah terbuka menyebabkan almari tersebut jatuh dan hampir menghempapnya!

Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana dia jatuh ke belakang dan tiada sebarang kecederaan yan dapat dilihat. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang mungkin ibunya turun dari atas dan memeriksa keadaannya.

Walaupun identiti keluarga ini tidak diketahui, tetapi rakaman CCTV ini tular di media sosial. Anda boleh tonton video ini, di sini.

Walaupun kanak-kanak terhempap almari ini tidak berakhir dengan tragedi, kanak-kanak lain mungkin tidak bernasib baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk childproof perabot di rumah.

Bagaimana kes seperti kanak-kanak terhempap almari ini dapat dielak?

Menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna A.S, satu kanak-kanak akan tercedera kerana terlanggar perabot atau TV jatuh bagi setiap 30 minit.

Apa yang paling menakutkan, satu kanak-kanak mati setiap 2 minggu selepas dihempap perabot. Statistik dan kejadian ni cukup untuk mendorong ibu bapa childproof  semua perabot di rumah.

Ini apa yang anda patut lakukan:

1. Baca manual yang disediakan

Ya, memang leceh dan anda mungkin tahu bagaimana untuk memasang perabot yang anda beli. Tapi, jika anda tidak membaca manual, anda mungkin terlepas pandang aspek keselamatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan produk telah mengambil langkah dalam membuat produk mereka lebih selamat ekoran insiden kemalangan perabot kebelakangan ini.

2. Melekatkan almari ke dinding

Ekoran tragedi 6 kematian tragis kanak-kanak di utara Amerika, Ikea telah menarik semula 36 juta almari laci. 

Ikea juga menasihati pengguna untuk menggunakan khidmat pekerja mereka untuk memasangkan perabot kerana mereka akan memastikan keselamatan perobot yang dipasang. 

Anda juga boleh membeli barang-barang seperti braket, skru untuk melekatkan almari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Letak televisyen di tempatnya

Pastikan anda meletakkan TV anda di tempat meletak tv. Lekatkan tv ke dinding walaupun tv tersebut diletakkan di atas perabot.

Jika anda menggunakan set tv yang lama, pastikan i diletakkan di atas perbot yang stabil dan rendah.

Melekatkan tv ke dinding adalah cara yang paling selamat untuk anak keselamatan anak ada.

4. Jangan letakkan objek yang menarik di atas perabot

Jika anda meletakkan alat kawalan jauh, mainan, atau buku di atas perabot, anak-anak akan cuba mendapatkannya dengan cara apa sekalipun. Jadi pastikan semua barang ini diletakkan di tempat yang mudah diambil.

Letakkan ia di tempat yang rendah atau kotak kain. Ini bukan sahaja memastikan keselamatan anak, ia juga boleh membantu anak anda memahirkan skil menyusun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memupuk rasa ingin tahu anak-anak dan menggalakkan mereka bermain adalah penting. Tapi, ia perlu dilakukan dalam persekitaran yang selamat.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga: 

Bayi dijumpai merangkak atas jalan raya yang sibuk! Mana ibu bapanya?

Penulis

Nadia Ghafar