Budak Lelaki Tersekat Dalam Mesin Mainan Kerana Mahu Hadiah, Bagaimana Dia Masuk?

Kanak-kanak tersebut kelihatan keliru dan tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KOREA: Pada 31 Mac lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa diselamatkan kerana tersekat di dalam mesin mainan.

Foto : koreanboo

Kejadian tersebut berlaku di Bandar Namyang, daerah Gyeonggi di mana kanak-kanak itu telah ditemui dengan keseluruhan badannya di dalam mesin mainan sambil menghisap ibu jarinya di dalamnya. Kanak-kanak tersebut kelihatan keliru dan tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

Namun kanak-kanak itu bernasib baik kerana pemilik mesin itu berada di situ dan membantu membuka kunci mesin dan menemukan kanak-kanak itu dengan ibu bapanya. Kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan.

Pasukan penyelamat menasihatkan para ibu bapa agar lebih memerhatikan anak mereka supaya kejadian ini tidak terjadi kerana kanak-kanak boleh tercedera apabila mencuba memasukkan anggota badan mereka ke dalam mesin mainan untuk mencapai hadiah.

Mesin mainan bawa risiko pada keselamatan anak

Mesin mainan yang banyak terdapat di kebanyakkan pusat membeli belah pastinya menarik perhatian kanak-kanak kerana ia dipenuhi dengan pelbagai jenis permainan di dalamnya. Mesin ini memang kelihatan tidak berbahaya, namun sebenarnya ia boleh membahayakan kepada anak-anak.

Ini kerana mesin ini mempunyai banyak bahagian yang kecil tetapi anak kecil boleh mencapai serta boleh mendatangkan risiko seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • tersepit anggota badan (boleh tercedera atau menyebabkan kecacatan kekal)
  • lemas jika tersangkut kepala di bahagian keluarnya permainan
  • renjatan elektrik melalui wayar mesin tersebut

Apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa?

Bukan senang untuk mengawal anak-anak kecil dari tertarik dari mesin seperti ini bukan. Namun mungkin beberapa tips ini boleh membantu anda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menggendong anak anda menggunakan alat penggendong (baby carriers), kereta bayi (stroller) atau tali keselamatan (baby harness). Jadi anak anda tidak dapat berlari sendirian ke mesin ini
  • Bersama anak anda ketika mereka mendekati mesin mainan ini
  • Didik mereka tentang apa yang boleh menyebabkan bahaya kepada mereka ketika berada di mesin ini
  • Membawa mainan di dalam bag dan berikan kepada mereka ketika mereka mahukan permainan dari mesin mainan ini
  • Mengalih perhatian mereka dengan perkara lain seperti makanan
  • Menggunakan laluan yang tidak mempunyai mesin ini (salah satu cara saya 🙂 )

Kejadian ini memang mencuit hati, namun bahayanya tetap ada. Jadi lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan anak-anak.

Sumber: koreanboo

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

https://my.theasianparent.commainan-anak-yang-berbahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma