Jika bercakap mengenai kandungan air mani tentunya ada di antara anda yang masih kabur dan malu-malu untuk bertanya. Tapi sebenarnya seronok apabila berbual mengenai sesuatu yang unik ini.
Baik suami atau isteri, anda perlu tahu apa yang terkandung di dalam air mani ini. Dan benarkah air mani berkhasiat seperti yang diperkatakan?
Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?
- Apakah kandungan dalam air mani lelaki
- Air mani mungkin menjadi penyebab kepada alahan
- Apakah rasa & bau air mani, adakah ia sama bagi setiap lelaki?
- Makanan yang mampu membuatkan air mani lebih wangi
- Antara kebaikan lain air mani
- Hukum isteri menelan air mani suaminya
Air mani mengandungi sperma dan cecair. Hanya 1 hingga 5 peratus kandungan sperma dalam air mani. Dan 80 peratus daripadanya pula adalah air. Ya, tidak semuanya kandungan air mani itu adalah kandungan genetik untuk menghasilkan bayi!
Apakah kandungan dalam air mani lelaki?
Selain air dan sperma, air mani juga mengandungi asid amino, protein, gula, zink, kalsium, vitamin C dan macam-macam lagi.
Tapi semuanya boleh dikatakan dalam kuantiti yang sedikit. Sebenarnya anda perlu minum bergelen-gelen air mani jika inginkan kandungan protein yang ideal yang mana amatlah mustahil.
Mengikut kajian Journal of Andrology pada tahun 2013 mendapati kandungan protein dalam air mani adalah sebanyak 5,040 miligram dalam 100 ml. Dan memandangkan setiap pancutan mengandungi 5 ml air mani, ini bermakna kandungan protein hanyalah 252 mg dalam setiap ‘hidangan’.
Jika ia mengandungi nutrien sudah tentu ia mengandungi kalori bukan? Ya, memang benar, tapi itu juga sangat sedikit.
Air mani mungkin menjadi penyebab kepada alahan
Ya, jangan terkejut. Air mani juga dikatakan boleh mengakibatkan alahan pada wanita. Jika anda pernah mengalami kerengsaan vagina selepas pancutan, ini bermakna anda mengalami alahan.
Ia bukanlah sesuatu yang serius, rengsaan itu akan hilang dalam beberapa minit. Dan ia adalah disebabkan Human Seminal Plasma hypersensitivity (HSP).
Apakah rasa & bau air mani, adakah ia sama bagi setiap lelaki?
Tiada jawapan spesifik untuk rasa air mani, kerana ia adalah berbeza bagi setiap orang. Bergantung kepada pemakanan masing-masing.
Ada sesetengah merasakan ia seakan manis, ada juga yang merasa ia pahit dan sedikit masam. Jangan bimbang rasanya boleh diperbetulkan!
Makanan yang mampu membuatkan bau air mani lebih wangi
- Saleri: Ambil kandungan saleri dalam satu batang setiap hari. Enak dibuat jus!
- Daun parsli: Boleh diletakkan dalam makanan harian anda, dalam sup pun sedap!
- Rumput gandum: Jika anda jenis yang bersenam, jadikan ini suplemen harian.
- Kulit kayu manis: Bukan makan begitu saja, boleh didapati dalam bentuk serbuk. Letak sedikit dalam kopi.
- Buah pala: Makan jeruk buah pala pun boleh. Atau halwa yang anda boleh campurkan dalam pemanis mulut.
- Nanas: Amalkan setiap pagi, selain membuat air mani rasa sitrus ia juga elok untuk penghadaman.
- Betik: Juga baik untuk penghadaman tidak rugi untuk makan!
- Oren: Tidak kira dalam bentuk jus atau buah. Kedua-dua pun dapat memberi manfaat.
Antara kebaikan lain air mani
Membantu tidur dengan lebih baik
Sperma sebenarnya mengandungi melatonin yang merupakan bahan kimia yang menyebabkan tidur dan rasa yang tenang. Ia sama seperti anda mendapatkannya melalui hubungan seks, sperma akan memasuki aliran darah anda yang sekaligus menjadikan tidur anda lebih baik. Disebabkan itu kebanyakan pasangan akan tidur lena selepas bersama!
Hukum isteri menelan air mani suaminya
Pada asasnya air mani dianggap suci, namun para ulama mempunyai pendapat yang berbeza mengenai hukum menelan atau memakannya. Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya, terdapat dua pendapat mengenai hal ini.
Pendapat yang sahih lagi masyhur ialah air mani tidak halal untuk dimakan atau ditelan kerana ia dianggap sebagai suatu yang menjijikkan dan kotor.
Firman Allah S.W.T:
وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: ”Dan ia mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
Manakala pendapat kedua pula- iaitu pendapat yang dhaif dalam mazhab Syafi’i- sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Haramain dan selainnya menyatakan bahawa makan air mani adalah harus kerana ia adalah suci dan tiada kemudaratan padanya. Ini merupakan pendapat al-Syeikh Abu Zaid al-Marwazi.
Kesimpulannya, Maktab al Bakri cenderung kepada pendapat yang menyatakan bahawa menelan air mani adalah haram dan tidak dibolehkan kerana ia menjijikkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami Suka Isteri Yang Mulakan Seks, Rangsang Titik Sensitif Ini Untuk Lebih Ghairah!
Baca juga: Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!
Baca juga: 5 Posisi Seks Untuk Mendapatkan Anak Kembar Dengan Mudah & Terbukti Berkesan