Waspada Tanda-Tanda Hamil Luar Rahim, Atau Kehamilan Anggur - Ramai Ibu Tak Sedar!

Ujian kehamilan menunjukkan garisan positif, namun doktor mengesahkan anda mengandung luar rahim. Apa yang menyebabkan kandungan luar rahim berlaku?

Kandungan luar rahim atau dikenali sebagai kandungan anggur merupakan keadaan di mana seseorang wanita merasakan dirinya hamil, tetapi tiada janin di dalam rahim.

Ciri-ciri mengandung luar rahim amat penting diketahui oleh semua wanita bagi mencegah komplikasi yang lebih buruk, dan supaya ia boleh ditangani dengan segera.

Menurut Mayo Clinic, kandungan luar rahim atau nama saintifiknya, molar pregnancy merupakan komplikasi kehamilan yang jarang terjadi, disebabkan pertumbuhan trofoblas (sel-sel yang biasanya berkembang menjadi plasenta) yang abnormal.

Sumber gambar : ficargravida.com

Kandungan Luar Rahim: 2 Jenis Kandungan Anggur/Molar

Kandungan luar rahim terdiri dari 2 jenis, iaitu kandungan anggur lengkap dan kandungan anggur separa.

Kandungan anggur lengkap: jaringan plasenta kelihatan abnormal, membengkak dan membentuk kista berisi cairan, dan tidak ada pembentukan jaringan janin.

Kandungan anggur separa: ada kemungkinan terbentuknya jaringan plasenta normal dan jaringan plasenta yang tidak normal. Mungkin juga ada pembentukan janin, tetapi janin tidak mampu bertahan hidup, dan biasanya keguguran di awal kehamilan.

Namun diingatkan, kandungan luar rahim boleh menyebabkan komplikasi serius pada kandungan, ini termasuklah kanser yang sangat berbahaya untuk ibu!

Apakah Penyebab Kandungan Luar Rahim?

sumber: thefertilechick

Kes mengandung luar rahim disebabkan oleh sel telur yang disenyawakan secara tidak normal. Sel telur manusia biasanya mengandungi 23 pasang kromosom.

Satu kromosom pada setiap pasangan kromosom  berasal dari ayah, yang lain dari ibu.

Pada kandungan anggur lengkap, sel telur kosong disenyawakan oleh 1 atau 2 sperma dan ini mengakibatnya semua kandungan genetik berasal dari si bapa.

Ia bermaksud, kromosom dari sel telur ibu hilang atau tidak aktif manakala kromosom ayah digandakan.

Dalam kandungan anggur separa pula, kromosom ibu tetap ada namun ayah menyediakan 2 set kromosom. Akibatnya, embrio memiliki 69 kromosom, bukannya 46. Situasi ini paling sering terjadi ketika 2  sperma membuahi sel telur, menghasilkan salinan tambahan dari genetik si bapa.

Ciri-Ciri Kandungan Luar Rahim

Mengandung luar rahim mungkin nampak seperti kehamilan normal pada awalnya, tetapi sebahagian besar kandungan luar rahim menunjukkan tanda dan gejala tertentu, termasuk:

Kandungan Luar Rahim: Risiko Mengandung Luar Rahim

Kredit: NetDoctor

Sekitar 1 dari setiap 1,000 kehamilan didiagnosis sebagai mengandung luar rahim. Terdapat pelbagai faktor yang berkait dengan kandungan luar rahim, ini termasuklah: 

  • Usia ibu. Kandungan luar rahim lebih mungkin terjadi pada wanita hamil yang berusia 35 tahun ke atas atau lebih muda dari usia 20.
  • Pernah menghadapi kandungan luar rahim. Jika Anda pernah mengalami satu kehamilan molar, kemungkinan besar Aada akan mengalami kehamilan ini sekali lagi. Kehamilan molar berulang terjadi rata-rata dalam 1 dari setiap 100 wanita.

Komplikasi Kandungan Luar Rahim

Setelah kandungan anggur dikeluarkan dari rahim, jaringan molar walau bagaimanapun tetap ada dan terus tumbuh. Keadaan ini disebut neoplasia trofoblas gestasional persisten (GTN) persisten.

Ini terjadi pada sekitar 15 hingga 20 % dari kandungan angur lengkap, dan hingga 5 % dari kandungan anggur separa.

Satu tanda GTN persisten adalah kadar human chorionic gonadotropin (HCG) atau hormon kehamilan yang tinggi setelah kehamilan molar telah disahkan.

Dalam beberapa keadaan, molar pregnancy invasif dapat menembus jauh ke dalam lapisan tengah dinding rahim, yang menyebabkan pendarahan vagina.

GTN selalunya boleh diubati dengan kemoterapi.  Pilihan rawatan lain adalah pengangkatan rahim (histerektomi).

Pencegahan Kandungan Luar Rahim

Jika anda pernah mengalami kandungan yang abnormal, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor sebelum mengandung lagi. Doktor mungkin akan mencadangkan anda masa 6 bulan ke 1 tahun sebelum mencuba untuk hamil semula.

Sepanjang kandungan seterusnya, minta doktor untuk melakukan ultrasonografi bagi memantau keadaan kandungan anda. Anda juga boleh meminta untuk melakukan ujian genetik prenatal yang dapat digunakan untuk mendiagnosis kemungkinan kehamilan molar.

*** 
Semoga informasi ini bermanfaat. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Penulis

Beto Rahman