Dengan Penyusuan Susu Badan, Risiko Ibu Kena Barah Payudara Sangat Rendah!

Tentu anda seronok bila tahu tentang kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini! Kandungan susu ibu boleh menurunkan risiko kanser payudara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua ibu atau sesiapa saja yang bakal bergelar ibu sedia maklum bahawa banyak manfaat tentang penyusuan susu badan ini yang boleh melindungi kesihatan si manja. Tapi tahukah anda, bukan itu sahaja — penyusuan dan kandungan susu ibu juga dapat menurunkan risiko kanser payudara?

Penyelidikan menunjukkan ibu yang menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan post-menopause dengan hanya menyusukan si kecil selama enam bulan secara berterusan.

Menurut pakar, Lindsey Wohlford, kebanyakan wanita yang menyusu mengalami perubahan hormon semasa menyusukan anak, sekaligus melambatkan tempoh haid mereka. Ini secara tak langsung,  mengurangkan pendedahan wanita kepada hormon seperti estrogen yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser payudara.

Beliau menambah dengan menyusu juga, ia dapat membuang tisu payudara yang telah rosak dan berpotensi untuk terkena kanser. Secara tak langsung, ia dapat mengurangkan risiko anda ke arah itu.

Kandungan susu ibu bantu kurangkan risiko barah payudara

Menurut Institut Kanser Amerika dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ibu perlu menyusukan bayi secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan. Ini bermaksud, bayi hanya menerima susu ibu sahaja tanpa cecair atau pepejal yang lain.

Bahkan, bukti menunjukkan banyak manfaat kesihatan dan pengurangan risiko kanser yang menjadi satu kepentingan bagi enam bulan dan seterusnya. Malahan itu, susu ibu turut menyediakan semua tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh bayi pada masa tersebut untuk terus mendapatkan perkembangan yang sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas enam bulan, susu badan menyediakan sekurang-kurangnya separuh daripada keperluan nutrisi anak dan anda boleh perkenalkan si kecil dengan makanan seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun begitu, anda harus terus menyusukan mereka dalam masa yang sama.

Faktor hormon dalam kanser payudara

Para penyelidik turut mendapati setiap 12 bulan, seorang wanita menyusu berisiko menurunkan kanser payudara sebanyak 4.3%.

Tambahan pula, para penyelidik Australia pula mengatakan, wanita yang menyusu selama lebih dari 13 bulan adalah 63 % kurang berkemungkinan menghidap kanser ovari berbanding wanita yang menyusukan bayi kurang dari tujuh bulan.

Hujah yang seterusnya, wanita yang menyusukan bayi lebih dari 31 bulan boleh mengurangkan risiko kanser ovari sehingga 91% berbanding wanita yang menyusukan bayi kurang dari 10 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyusuan susu ibu dapat melindungi anak dari barah

Penyusuan susu ibu bukan sahaja mengurangkan risiko kanser, tetapi ia dapat juga mencegah anak dari lebihan berat badan dan obesiti di kemudian hari. Hal ini kerana, obesiti meletakkan seseorang untuk berisiko terkena pelbagai penyakit seperti pankreas, payudara, endometrium, esofagus, rektum dan buah pinggang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan menyusu, ia dapat menguatkan sistem imun anak, mengurangkan jangkitan telinga, tiada masalah pernafasan dan pencernaan. Bahkan dengan menyusu juga, ia dapat mengurangkan risiko alergi pada bayi.

Info tambahan: Tips penyusuan

#1. Sekiranya anda mengalami masalah semasa menyusu, dapatkan perunding laktasi untuk membantu permasalahan anda. 

#2. Bercakap dengan doktor atau mencari kelas yang boleh mengajar cara atau teknik penyusuan yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Jika bekerja minta majikan sediakan waktu rehat dan ruang peribadi untuk ibu menyusu.

#4. Sokongan dari suami, keluarga dan rakan-rakan adalah sangat penting semasa menyusukan anak kerana ia menggalakkan penghasilan susu yang lebih lancar.

Semoga bermanfaat!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Sumber: MD Anderson 

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comkanser-payudara