9 Manfaat Sayur Kangkung Untuk Ibu Hamil, Cegah Anemia & Elak Kelahiran Pramatang!

undefined

Banyak sebenarnya manfaat kangkung untuk ibu hamil yang selama ini kita mungkin tidak tahu. Jadi apa tunggu lagi, boleh masukkan kangkung dalam menu anda!

Pengambilan makanan yang berkhasiat amat penting untuk ibu hamil. Salah satunya adalah pentingnya untuk ibu hamil pastikan ada sayur-sayuran dalam diet harian mereka. Kali ini kami kongsikan manfaat sayur kangkung untuk ibu hamil.

Tahukah anda sayur kangkung adalah sangat berkhasiat untuk ibu hamil kerana ia ternyata boleh mencegah anemia akibat bacaan hemoglobin rendah. 

Malah ia juga boleh elak kelahiran pramatang yang selalunya disebabkan oleh ibu hamil mempunyai Hb yang rendah dan membahayakan kedua-dua ibu dan janin dalam kandungan.

Manfaat sayur kangkung untuk ibu hamil

kangkung untuk ibu hamil

kredit: haibunda

Sayur kangkung adalah antara sayur yang mudah didapati di pasaran dan harganya juga sangat berpatutan. Jadi ibu hamil bolehlah pertimbangkan untuk memasukkan sayur hijau ini ke dalam diet mereka.

Kali ini kami kongsikan manfaat sayur kangkung untuk ibu hamil. Apakah yang akan berlaku pada mereka jika jadikan sayur ini antara menu wajib dalam diet harian?

#1. Membantu mencegah kelahiran cacat

Kangkung diperkaya dengan asid folik yang membantu melindungi janin daripada cacat lahir. Antara kecacatan kelahiran yang sering berlaku pada janin adalah spina bifida.

Disebabkan itu, mana-mana wanita yang bercadang untuk mengandung dinasihatkan makan asid folik sehingga tiga bulan pertama kandungan bagi mengelakkan berlakunya kecacatan ketika kelahiran seperti spina bifida.

#2. Kurangkan risiko kelahiran pramatang

Kelahiran pramatang boleh berlaku atas pelbagai sebab ia termasuklah kerana masalah Hb rendah dan menyebabkan keguguran bayi. Kandungan kangkung yang kaya dengan zat besi membantu mencegah keguguran janin dan mengurangkan peratus kelahiran pramatang.

#3. Mencegah anemia

kangkung untuk ibu hamil

Kredit: klikdokter

Kangkung mengandungan zat besi yang membantu ibu hamil mencegah masalah anemia yang berlaku akibat Hb rendah, Anemia boleh menyebabkan ibu hamil mudah pengsan.

Jadi dengan makan kangkung, ia boleh mengelak ibu hamil daripada diserang anemia yang ternyata amat berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandunga, 

#4. Baik untuk perkembangan paru-paru janin

Beta karoten dalam kangkung amat bermanfaat untuk paru-paru bayi yang sedang berkembang. Ia akan membantu pernafasan bayi sebaik saja dilahirkan nanti. 

#5. Kurangkan sembelit

Kandungan serat yang tinggi dalam kangkung akan mengatasi masalah sembelit iaitu masalah biasa yang dihadapi ibu hamil terutama dalam keadaan kandungan yang semakin membesar dan pada trimester terakhir.

Selain makan buat-buahan yang kaya dengan serat ibu hamil boleh pertimbangan untuk menambah pengambilan sayur kangkung dalam diet seharian mereka. 

#6. Kurangkan rasa lenguh badan

Kehamilan adalah masa ketika tubuh terasa sering sakit-sakit dan lenguh akibat peningkatan hormon dan peningkatan berat badan.

Kangkung mengandung glikolipid yang bersifat sebagai anti-inflamasi, sehingga dapat membantu mengurangkan rasa sakit.

#7. Menguatkan tulang

kangkung untuk ibu hamil

Kredit: doktorsehat

Kalsium yang ada dalam kangkung bermanfaat bagi kesihatan tulang dan gigi janin. Malah ia juga mengelak ibu hamil daripada mengalami sakit gigi ketika kehamilan. 

Seperti yang diketahui, kalsium daripada ibu hamil akan diserap oleh bayi disebabkan itu banyak kes yang mana ibu hamil akan sakit gigi ketika kehamilan kerana kurangnya kalsium dalam badan. 

Jadi bagi memastikan ibu hamil terhindar daripada sakit gigi ketika hamil, adalah lebih baik mengamalkan makanan yang tinggi kalsium untuk mengelak sebarang penyakit akibat daripada kekurangan kalsium.

#8. Tingkat sistem imun tubuh

Kangkung mengandungi antioksidan, maka dengan makan kangkung dapat membuat tubuh lebih kuat untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.

Ibu hamil adalah antara golongan yang fragile seharusnya anda berusaha mengelakkan diri daripada diserang penyakit ketika hamil. Memang tidak dapat dinafikan ibu hamil memang mudah sangat diserang penyakit terutama yang berjangkit.

Disebabkan itulah pentingnya ibu hamil berusaha meningkatkan sistem imun tubuh supaya tidak mudah diserang penyakit. 

#9. Baik untuk mata

Beta karotene dalam kangkung sama juga seperti dalam lobak merah. Selain kaya dengan vitamin A, kangkung juga sangat baik untuk kesihatan mata dan mengurangkan tanda-tanda katarak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: malaysiapost

Baca juga: Pakar Tidak Galakkan Anda Basuh Sayur & Buah Guna Sabun, Ini Sebabnya!

Baca juga: Sayur Kailan Pahit Sedikit Tapi Sebenarnya Bagus Untuk Pengeluaran Susu Ibu!

Baca juga: Kacang Bendi Kaya Dengan Asid Folik Bagus Untuk Kandungan – Ibu-ibu WAJIB Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!