Perkongsian ibu ini menyelamatkan nyawa anak orang lain dengan kanser mata!

Ramai ibu bapa yang tak sedar kanser mata kanak-kanak merupakan salah satu penyakit yang berbahaya. Mari ketahui bagaimana anda boleh mengesannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita jarang dengar kisah ibu bapa yang akan rujuk media sosial untuk mencari nasihat perubatan, terutamanya jika penyakit itu adalah penyakit teruk seperti kanser mata kanak-kanak. 

Tetapi apabila Charlotte Salisbury telah berkongsi kisah anaknya yang didiagnosis dengan kanser mata kanak-kanak, dia telah membantu seorang ibu yang lain untuk mengesan masalah yang sama pada mata anaknya. 

Adakah ibu-ibu tahu apa tanda-tanda penyakit ini? Bagaimana ibu-ibu boleh mengesannya? Mari kita bincang dengan lebih lanjut.

Apa itu kanser mata kanak-kanak?

Sumber gambar: NIH

Tujuan Salisbury berkongsi pengalamannya di Facebook ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser mata kanak-kanak yang dikenali sebagai Retinoblastoma.

Di dalam post itu, dia menerangkan keadaan anaknya yang bernama Felicity, bersama dengan gambar yang menunjukkan pantulan putih pelik di salah satu anak matanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Post ini telah membantu mengesan masalah kanser mata kanak-kanak pada mata seorang gadis yang lain!

Pada usia 9 bulan, Felicity didiagnosis dengan Retinoblastoma selepas doktor mendapati terdapat 6 tumor teruk, 3 tumor dalam setiap mata anaknya.

Gambar tangkapan post Salisbury

Sebulan selepas post Salisbury dimuat naik, seorang ibu lain pula tampil ke depan berkongsi bagaimana post itu telah membantu menyelamatkan nyawa anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah melihat gambar Felicity dengan matanya yang seperti mata kucing, ibu itu perasan anaknya yang berusia 20 bulan turut mempunyai ciri yang sama.

Setelah membawa Lydia berjumpa dengan pakar, Lydia didiagnosis dengan Intraocular Retinoblastoma.

Menurut ibu itu, diagnosis Lydia melibatkan jenis tumor yang menyerang mata itu sehingga ia menjadi buta.

Meskipun doktor tidak dapat menyelamatkan mata Lydia, tapi mereka berjaya menghentikan penyebaran kanser ke seluruh badannya. 

Kami sangat bersyukur. Sekiranya kami tidak membaca post Salisbury, kami tidak akan mengesankannya,” kata ibu Lydia kepada Huffington Post.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanser mata kanak-kanak: Ini tanda-tanda yang ibu bapa harus peka

Walaupun Retinoblastoma adalah kanser yang menyerang mata kanak-kanak, ujian untuk mengesannya biasanya tidak dilakukan kerana ia penyakit kanser yang sangat jarang.

Tetapi penyakit ini boleh dikesan awal oleh ibu bapa dan penjaga. Di bawah adalah tanda-tanda lain selain dari rupa mata seperti kucing:

Sumber gambar: Medindia

  • Apabila anda suluhkan cahaya, bahagian anak mata dengan retinoblastoma akan nampak putih atau merah jambu (biasanya kelihatan merah).
  • Mata malas atau strabismus, atau apabila mata kelihatan kelihatan dalam arah yang bertentangan
  • Masalah penglihatan
  • Rasa sakit di mata
  • Putih mata nampak merah
  • Pendarahan mata
  • Mata yang kembang
  • Anak mata yang tidak mengecut apabila terdedah kepada cahaya
  • Iris yang berwarna berbeza

Sekiranya ibu bapa melihat sebarang tanda-tanda di atas, bawa anak berjumpa pakar pediatrik atau pakar mata secepat mungkin untuk mendapat diagnosis yang tepat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuasa media sosial kini

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Facebook telah membantu ibu bapa mendiagnosis penyakit yang jarang berlaku.

Pada 2014, seorang ibu telah berkongsi gambar anak perempuannya dengan mata yang “bersinar” secara luar biasa.

Selepas pemeriksaan, anak perempuannya itu didapati menghidap penyakit Coat, sejenis gangguan kongenital yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan orang itu buta separa atau buta sepenuhnya.

Terima kasih kepada rakan-rakan Facebook yang peka, mereka berjaya menyelamatkan penglihatan anaknya.

Jadi jom kita sebarkan maklumat tentang kanser mata pada kanak-kanak ini, agar ibu bapa lain di luar sana tahu bagaimana nak mengesan tanda-tanda kanser tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama-sama kita membina komuniti keibubapaan yang berilmu dan bertanggungjawab!

 

 

Sumber: The Huffington Post, Mayo Clinic, Time, Cancer.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.com15-tanda-tanda-kanser-pada-kanak-kanak-yang-mungkin-anda-abaikan/

Penulis

Rosanna Chio