Kanser kolorektal atau lebih dikenali sebagai kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum. Kanser usus adalah kanser kedua tertinggi di Malaysia.
Sehingga kini, ramai yang menganggap kanser usus sebagai satu “pembunuh senyap” kerana simptom penyakit tidak akan kelihatan pada peringkat awal. Sebab ia tidak nyata, doktor mungkin menyalah tafsir kanser tersebut sebagai masalah lain.
Kanser usus lebih berisiko terjadi pada mereka yang berusia 40-an, namun golongan muda juga tidak terkecuali menghidap kanser ini akibat persekitaran dan faktor-faktor lain.
Isi Kandungan
Tanda-tanda Kanser Usus
Kanser usus seperti kanser kolon dan rektum (kanser kolorektal) bermula apabila proses penggantian sel lapisan kolon normal menjadi terbantut. Kanser perut peringkat awal jarang menyebabkan gejala. Inilah salah satu sebab barah perut sangat sukar dikesan lebih awal. Tanda dan gejala kanser perut boleh merangkumi:
- Kurang selera makan
- Berat badan menurun (tanpa mencuba)
- Sakit perut
- Ketidakselesaan dan sebu di bahagian perut, biasanya di atas pusar
- Rasa kenyang di bahagian atas perut setelah makan makanan kecil
- Pedih ulu hati atau senak
- Loya
- Muntah, dengan atau tanpa darah
- Pembengkakan atau penumpukan cecair di perut
- Darah di dalam najis
- Kiraan sel darah merah rendah (anemia)
Baca juga: 10 Makanan Penyebab Kanser Yang Ada Dalam Menu Anda Sekeluarga
Sebilangan besar gejala ini cenderung disebabkan oleh penyakit selain barah, seperti virus perut atau ulser. Ia juga boleh berlaku dengan jenis barah yang lain. Tetapi orang yang mempunyai masalah ini, terutamanya jika mereka tidak hilang atau bertambah buruk, harus berjumpa dengan doktor mereka supaya penyebabnya dapat dijumpai dan dirawat.
Oleh kerana simptom barah perut sering tidak muncul sehingga penyakit ini meningkat, hanya sekitar 1 dari 5 barah perut di Amerika Syarikat yang dijumpai pada peringkat awal, sebelum merebak ke kawasan lain di badan.
Siapa Berisiko Menghidap Kanser Ini?
- Jika anda/keluarga terdekat menghidap polip kolorektal atau kanser kolorektal
- Jika anda ada penyakit radang usus seperti ulcerative colitis dan Crohn’s disease
- Jika anda ada sindrom genetik yang berkaitan dengan kanser kolorektal
Apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dalam kes ini adalah anda perlu peka tentang kesihatan diri anda. Jaga pemakanan dan gaya hidup anda. Jika anda mengesyaki sesuatu, segera dapatkan pandangan dan nasihat doktor pakar.
Rawatan
Menurut laman Kementerian Kesihatan Malaysia, rawatan untuk kanser ini bergantung kepada bahagian yang terbabit. Ada sebahagian daripada kolon dan rektum yang sihat serta nodus limfa akan dibuang.
Malah ada sesetengah pesakit perlu menjalani rawatan kolostomi iaitu sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis sama ada untuk sementara waktu atau kekal selama-lamanya.
Ada juga pesakit yang memerlukan bantuan tenaga radiasi tinggi untuk membunuh sel kanser dan ini juga digunakan sebelum pembedahan bagi membantu mengecutkan ketumbuhan agar lebih mudah untuk dibuang.
Penggambilan ubat untuk membunuh sel kanser tersebut juga akan disyorkan selain pembedahan, rawatan terapi radiasi dan rawatan terapi kimo. Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini akan melalui kesan sampingan negatif termasuk loya, muntah, cirit-birit mahupun rekahan di mulut.
Jika anda rasa anda ada tanda-tanda kanser usus ini, segera berjumpa dengan doktor terdekat.
Sumber rujukan: Yahoo!, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Hati-Hati Ini 15 Tanda Kanser Pada Kanak-Kanak Yang Sering Diabaikan