5 Karakter Anak Sulung Sebenarnya Sedang Memberontak, Ini Cara Ambil Semula Hatinya

Anak sulung anda tiba-tiba berubah perangai? Dia mungkin sedang memberontak. Ini tanda karakter anak sulung anda mungkin sedang alami fasa memberontak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai anak pertama dalam keluarga, anak sulung memang banyak kelebihan namun jika tersalah didik sukar jadinya dan akan berikan kesan buruk kepada anak. Tiba-tiba dia berubah perangai? Periksa karakter anak sulung anda yang mungkin menunjukkan dia sedang memberontak. 

Menjadi anak sulung bukan sesuatu yang mudah, segalanya akan tertumpu kepada anak ini. Malah jika ada adik, adik yang buat salah selalunya anak sulung akan ditanya terlebih dulu.

Jadi tidak hairanlah jika anak sulung lebih mudah memberontak.

Karakter anak sulung yang sedang memberontak

Menurut Dr Ahmad Samhan, kadangkala cara kita mendidik anak sulung boleh menyebabkan mereka memberontak. Ia terjadi atas pelbagai faktor.

Antara tanda anak sulung sedang memberontak termasuklah:

#1. Kurang bercakap

Jika sebelum ini anak anda banyak bercakap dan ringan mulutnya, pekalah kalau dia tiba-tiba jadi pendiam. Ada kemungkinan anak anda sedang memberontak dengan cara didikan dan layanan anda padanya.

Anak sulung anda mungkin ada sesuatu yang tidak puas di hatinya tetapi tidak dapat diluahkan secara terus kepada anda.

Jadi cuba ambil masa berbual dan cuba ‘korek’ apa yang sedang disembunyikan oleh anak sulung anda bagi mengelak dia menjadi lebih teruk dan menjauh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Banyak main game

Anak yang selama ini main game, tetapi ada batasnya dan rajin melayan adik-adik tiba-tiba jadi terlalu menumpukan perhatian kepada permainan videonya.

Dia juga lebih banyak menyendiri dalam bilik game daripada duduk bersama keluarga. Ada kemungkinan anak anda ada sedikit rasa ketidakpuasan dalam hatinya.

Seperti biasa, jangan dibiarkan. Dekatilah anak anda, tanyakan apa yang sedang disembunyikan olehnya. Apa yang membuatkan karekternya berubah.

Bawalah anak anda keluar berdua dengan anda, tanpa adik-adiknya di sisi, cuba luangkan masa mendengar luahan hatinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Mudah melenting

Tiba-tiba anak yang tenang jadi mudah melenting walaupun hanya untuk perkara yang biasa. Jika ini bukan perangai biasa anak anda, ada baiknya ada peka dengan perubahannya yang tiba-tiba jadi pemarah.

Bila ada sesuatu yang tidak puas hati tersimpan, memang biasa jika kita tiba-tiba jadi pemarah.

#4. Suka sakiti adik-beradiknya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasan atau tidak, kadang kala dia sengaja sakiti adik beradiknya yang lain supaya perhatian ibu bapa tertumpu kepadanya. Jika adik sedang elok duduk diam, dia saja je nak kacau.

Seolah-oleh sengaja menimbulkan suasana kacau dalam keluarga dan membuatkan orang lain rasa tidak selesa. Boleh jadi bila bergaduh sedikit, dia akan sakiti adik beradiknya yang lain sedangkan sebelum ini tidak pernah terjadi sebegitu.

#5. Lebih banyak habiskan masa dengan kawan-kawan

Jika anak anda sudah agak meningkat umurnya, mungkin kategori remaja, dia lebih suka habiskan masa di luar atau lebih suka bermain dengan rakan daripada duduk di rumah.

Jika sebelum ini tidak keluar bermain petang dalam waktu yang lama, tetapi apabila anak anda memberontak dia mungkin akan habiskan lebih masa di luar bersama kawan-kawan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda nampak tanda-tanda memberontak ini pada anak anda, ‘tarik’lah dia semuala. Jangan biarkan dia semakin menjauh daripada anak. Jangan lupa dialah orang pertama yang menjadikan anda ibu dan bapa. Hargailah anak ini, jangan buatkan dia semakin jauh dari hari ke hari.

Salah didik anak sulung anda boleh jadi rosak

Menurut Dr Ahmad Samhan, anak sulung ni memang banyak kelebihan antaranya mengikut kajian mereka ada IQ yang tinggi tetapi cara didik anak sulung yang salah boleh buatkan :

#1. Anak sulung jadi pemarah

Mudah melenting dengan adik adik dan selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Anak sulung jadi terlampau sensitif ( oversensitive )

Anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk.

#3. Anak sulung jadi terlampau dominan ( bossy)

Anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai.

#4. Anak sulung berubah perangai ( first born syndrome )

Anak sulung tiba-tiba berubah perangai menjadi pendiam, suka memendam dan penuh amarah dalam hati sejak kehadiran adik beradik yang lain dalam keluarga. Ada juga kes anak sulung jadi mengasingkan diri daripada ibubapa dan ahli keluarga.

#5. Gagal dalam hidup mereka

Anak sulung tak tahu nak capai apa dalam hidup mereka hingga buatkan hidup mereka menjadi rosak. Paling dasyat jika iA sampai mempengaruhi adik adiknya yang lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cabaran Dan Pengorbanan Seorang Anak Sulung, Dari Mata Seorang Ibu

Baca juga: Ramai Lelaki Tertarik Jadikan Anak Sulung Perempuan Sebagai Isteri, Ini 7 Sebabnya!

Baca juga: Bila Anak Sulung Dapat Adik Baru, Ibu Tak Dapat Beri Perhatian Macam Dulu, Ibu Rindu 5 Benda Ini!!

Penulis

Lala Annuar