Karakter anak tidak sama walaupun mereka kembar. Terutama apabila berkaitan dengan kepentingan peribadi dan kemampuan mereka untuk belajar.
Sekiranya anak perempuan anda pandai bermain biola, tapi anak lelaki anda pula tidak ke arah itu, jangan risau kerana tidak ada yang salah dengannya. Mungkin bermain alat muzik bukan satu pilihan yang tepat untuk anak lelaki anda.
Sedangkan orang dewasa juga memiliki kelebihan dan kelemahan yang berbeza, jadi tidak adil untuk kita mengharapkan semua anak memiliki kemahiran dan bakat yang sama.
Menurut Carol Tuttle, seorang guru dan penceramah bebas, terdapat empat jenis tenaga kanak-kanak yang dapat mengenali karakter anak. I
ni dapat membantu anda untuk memberi petunjuk tentang cara yang berkesan untuk membesarkan anak menjadi insan yang berjaya.
Kenali keperibadian dan karakter anak serta sifat sebenar
Sebaik sahaja anda menemui jenis tenaga anak, maka lebih mudah untuk memahami mesej tersembunyi di sebalik kelakuan mereka.
Ini panduan kepada 4 jenis tenaga bagi mengetahui kategori karakter anak yang mana dan jenis kelas tambahan terbaik yang dia dapat mengembangkan bakatnya.
4 jenis tenaga berdasarkan karakter anak
Jenis karakter anak #no.1 – Kanak-kanak yang sangat menyenangkan
- Dia seorang yang peramah, petah berkata-kata, ringan tulang dan suka melibatkan diri secara sosial dengan orang yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, kadang-kadang mereka ini terlampau aktif dan sukar dipercayai.
- Kanak-kanak jenis ini akan memberontak jika mereka rasa terlalu dikawal atau selalu bersendirian.
- Dia suka menjalinkan persahabatan dengan ibu bapanya.
Kelas yang boleh dicadangkan:
- Kelas berkumpulan yang membolehkannya bercakap secara umum, bertindak, memberi ucapan, melakukan drama teater, muzikal, berbahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Bahasa Inggeris, Nyanyian dan sebagainya.
Jenis karakter anak #no.2 – Kanak-kanak yang berjiwa sensitif
- Seorang yang tenang, halus, bijaksana, aman dan bersesuaian dengan emosinya.
- Dia mengambil langkah yang lebih teratur dan perlahan. Biasanya nada suara juga lembut dan kadang-kadang dianggap pemalu dan hipersensitif.
- Sekiranya dia mula merenung, mungkin dia sedang dalam keadaan kecewa.
- Namun, dia perlu mendapatkan bimbingan keluarga tentang cara mengurus perasaannya dengan lebih sihat.
Kelas tambahan yang disyorkan:
- Kelas seni seperti lukisan, sketching, mewarna, sculpting, clay-making.
- Muzik
- Berenang, yoga, balet
- Membaca, menulis, kelas membuat kek
- Menjahit
Jenis karakter anak #no.3 – Kanak-kanak yang boleh membawa dirinya sendiri
- Kakter anak jenis ini sentiasa bertenaga dan sibuk. Dia berkembang dengan pengalaman baru dan menerima banyak sokongan daripada ibu bapanya.
- Jika sering diadili oleh ibu bapanya, dia akan selalu meronta untuk mendapatkan kebebasannya semula sekaligus merasakan ia sesuatu yang menyakitkan dalam hidupnya.
Kelas yang disyorkan:
- Biarkan dia berkembang dengan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan berdaya saing.
- Melakukan projek berkumpulan seperti pembinaan.
- Dia juga boleh menyalurkan tenaga melalui sukan Ragbi, Bola Sepak, Tenis, Baseball, Skate-Boarding, Rollerblading, Gimnastik dan banyak lagi.
Jenis karakter anak #no 4. – Kanak-kanak yang lebih serius
- Sekiranya anak kelihatan agak matang berbanding umurnya, cekap, analitis dan mempunyai sifat yang lebih serius, maka dia dalam kategori jenis 4 ini.
- Dia ingin dihormati tetapi juga sopan memberi penghormatan kepada orang lain.
- Dia suka berkelakuan seperti orang dewasa namun mereka dilihat sebagai kritikal dan mempunyai pengetahuan yang sederhana.
- Jika rasa dirinya tidak dihormati atau malu tentang sesuatu dalam hidupnya maka dia cenderung menunjukkan tingkah laku yang negatif.
Kelas yang disyorkan:
- Benarkan dia menyertai program di mana dapat memberi tumpuan kepada sesuatu atau memerlukan sedikit interaksi dengan orang lain seperti aktiviti memanah, seni membela diri (silat, karate, Taekwando, Muay Thai).
- Memasak
- Kemahiran program komputer
- Sukan badminton
- Menceburi bidang sains dan matematik
Sebaik sahaja tahu jenis tenaga kanak-kanak ini, anda juga harus memberinya sokongan emosi dan fizikal yang diperlukan.
Manakah dari empat jenis tenaga ini ada karakter anak anda? Beritahu kami dengan meninggalkan komen di bawah!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit: Living and loving
Baca juga : Penulis asal Dew M. Chaiyanara. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comgaya-tidur-dan-personaliti