11 Kartun Informatif, Menarik & Ajar Nilai Murni Baik Untuk Tontonan Anak-Anak!

Ketika masih kecil, semua benda yang dilihat anak mampu diserap olehnya. Ini termasuklah kartun untuk kanak-kanak. 11 kartun ini terbukti bagus untuk anak anda.

Pernah tak anda terfikir untuk menjadikan waktu skrin anak anda bukanlah waktu yang sia-sia saja? Sebenarnya, dengan waktu skrin juga mereka dapat belajar sesuatu yang boleh membantu mereka. Kali ini kami ingin berkongsi kartun untuk kanak-kanak yang  anda boleh pertimbangkan untuk tontonan anak anda.

Di awal usia anak-anak ini, mereka akan menyerap apa sahaja yang mereka boleh pelajari. Tidak kiralah dari apa yang mereka lihat setiap hari, sama ada program TV menarik hingga ke kartun untuk kanak-kanak.

Siapa kata menonton kartun tidak boleh membantu meningkatkan IQ mereka? Berikut antara 11 kartun yang bagus buat anak anda:

11 Kartun Menarik & Informatif Untuk Kanak-Kanak

1. Sesame Street

Sudah beberapa generasi rasanya menonton rancangan kartun untuk kanak-kanak ini. Malah, ramai di antara ibu bapa kini membesar dengan kartun untuk kanak-kanak ini.

Ia penuh dengan pelbagai pengajaran termasuklah empati terhadap orang lain.

Satu kajian menyatakan kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun yang menonton rancangan ini mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas apabila masuk ke sekolah.

Malah, kanak-kanak yang menonton rancangan ini dikatkan mempunyai gred lebih baik di dalam sains. Mereka juga didapati mempunyai minat membaca dan lebih kreatif.

2. Tayo: the Little Bus

Gambar ehsna hulu

Kartun untuk kanak-kanak yang semakin popular ini bukan sahaja comel!

Malah ia juga penuh dengan nilai-nilai yang baik seperti membuat kebaikan, menghargai persahabatan dan skil kehidupan. Ini termasuklah mematuhi peraturan jalan raya.

Memang sesuai sangat kartun untuk kanak-kanak ini buat anak kita.

3.  Mister Roger’s Neighbourhood

Gambar ehsan youtube

Kartun untuk kanak-kanak ini adalah siri klasik yang mengajar cara mudah untuk menggunakan imaginasi. Ia juga mengajar skil sosial berdasarkan situasi biasa setiap hari.

Mesej utama rancangan ini, menurut Common Sense Media, adalah hormat, keyakinan diri dan tangungjawab sosial.

Mister Rogers dalam kartun kanak-kanak ini, mengajar nilai kejujuran dan persahabatan. Beliau juga mengajar tentang bagaimana menangani ketakutan dan menghadapi situasi kompleks seperti penceraian atau kehilangan orang yang disayangi.

Kanak-kanak memerlukan bantuan untuk mengendalikan situasi koompleks dan rancangan ini membantu dengan cara yang mudah.

4.  Daniel Tiger’s Neighbourhood

Gambar ehsan 9 story media group

Siri kartun untuk kanak-kanak ini mengajar tentang cara bersosial dengan baik, seronok dan sopan. Rancangan ini juga mengajar kanak-kanak bagaiman mengendalikan emosi mereka berdasarkan usia.

Paling utama, kartun ini menekankan kepentingan hubungan kekeluargaan, ikatan persahabatan serta skil kehidupan yang mudah diikuti.

5. Word Girl

Gambar ehsan Mike Annear

Seperti namanya, kartun untuk kanak-kanak ini memperkayakan perbendaharaan kata anak anda dengan cara yang menyeronokkan. Ia dibintangi watak heroin dengan kuasa perbendaharaan yang luas mengalahkan penjahat dengan kebijaksaannnya.

Word Girl juga membantu anak anda menyebut perkataan yang lebih kompleks. Ramai ibu bapa menyarankan kartun kanak-kanak ini untuk mengembangkan lagi skil percakapan anak.

6. Sid the Science Kid

Gambar ehsan netflix uk

Mengajar kanak-kanak untuk lebih teruja belajar dan meneroka dunia sekeliling mereka.

Menggunakan muzik yang menyeronokkan, kartun ini memupuk minat terhadap sains di usia muda. Dan ia juga membantu mereka berfikiran lebih kreatif.

7. Nutri Ventures

Gambar ehsan pinterest

Kartun untuk kanak-kanak yang unik ini menanam tabiat pemakanan yang sihat dan baik pada kanak-kanak. Jika anak anda cerewet makan, kartun ini mungkin dapat membantu mereka.

Selain itu, rancangan ini juga menekankan kanak-kanak untuk menghargai kesihatan.

Penting nilai-nilai ini ditekankan lebih-lebih lagi apabila banyak makanan ringan ditujukan kepada kanak-kanak. Rancangan ini mengajar anak-anak untuk suka dengan pemakanan sihat di usia muda.

8. Arthur

Gambar ehsan tpt

Disarankan untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas. Kartun ini menunjukkan bagaimana mengendalikan situasi sosial seperti pergaduhan adik-beradik tetapi di dalam bentuk yang ringan.

Kanak-kanak juga dapat belajar bagaimana bersahabat dan menangani ketakutan.

9. Elena of Avalor

Gambar ehsan disney junior

Kartun ini memberi fokus mengajar kanak-kanak nilai kekeluargaan dan persahabatan. Watak utama mungkin sedikit impulsif namun niatnya baik.

Anak anda juga dapat belajar tentang budaya Latin seperti lagu, tarian dan bahasa.

10. Dora and Friends: Into the City

Gambar ehsan youtube

Kesinambungan dari siri popular Dora the Explorer, kartun untuk kanak-kanak ini membawa ke alam persekolahan. Membawa tema persahabatan, servis komuniti dan penyelesaian masalah yang kreatif.

Anak anda akan dapat melihat Dora dan kawan-kawannya yang rajin, dan menyanyangi bandar merkea dengan cara mereka.

11. Cyber Chase

Gambar ehsan tv tropes

Kartun ini disarankan untuk merkea yang berusia lima tahun dan ke atas. Ia lebih memberi fokus kepada skil matematik dan penyelesaian masalah.

Dengan watak yang bijak sebagai contoh, rancangan ini mengajar cara menggunakan kepandaian dengan cara yang positif dan hebat.

Semoga bermanfaat.

Sumber: theAsianparent SingaporeCommon Sense MediaScientific American, Scholastic, PBS Kids

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 sebab anak anda harus tengok Tayo The Little Bus berbanding Peppa Pig

Penulis

Aqma