Kerana Tak Mampu, Bapa Sanggup Tak Makan - Kisah Kasih Sayang Bapa Ini Cetus Sebak Hati Netizen

Kisah kasih sayang ibu bapa cetus sebak hati netizen. Bapa ini sanggup tak makan kerana tak cukup wang, lebih utamakan anak perempuannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarpun tidak cukup wang, seorang bapa di Thailand tetap mahu menunaikan permintaan anaknya untuk makan di sebuah restoran. Lelaki tersebut meminta anaknya makan seorang diri serta menunggu di luar premis kerana tidak cukup wang. Begitulah kasih sayang ibu bapa yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan anak gembira.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut enggan makan seorang diri dan mahu bapanya makan bersama-sama. Seperti yang dilaporkan oleh Bangkok Post, kisah kedua-dua beranak tersebut tular di media sosial serta mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Kasih sayang ibu bapa, sanggup buat apa sahaja

Menurut laporan tersebut, lelaki itu membawa anak perempuannya ke sebuah restoran di Wang Chan, Rayong sekitar jam 1 tengah hari Sabtu. Anak perempuannya teringin makan shabu-shabu iaitu makanan Jepun di dalam periuk panas (stimbot).

Pelayan restoran yang menghantar makanan terdengar bapa tersebut memberitahu anaknya supaya makan seorang diri kerana tidak cukup wang untuk makan berdua. Lelaki itu mahu menunggu di luar restoran dan meminta anaknya teruskan makan di situ.

Namun, anak perempuannya enggan makan melainkan bapanya turut serta makan bersama. Pelayan restoran tersebut terus memaklumkan majikannya, Panumas Sroitong mengenai kejadian tersebut.

Sewaktu kedua-duanya mahu keluar dari restoran, pemilik restoran memberhentikan mereka serta meminta kedua-dua beranak tersebut makan di restoran secara percuma.

Pemilik tersentuh kasih sayang bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas mengetahui makanan tersebut adalah sempena hari jadi kanak-kanak itu, pemilik restoran meminta kakitangannya membelikan hadiah kek dari kedai berhampiran.

Bercakap kepada beberapa media di Thailand, Panumas dipetik berkata, dia melihat betapa sayang lelaki tersebut terhadap anaknya.

“Lebih bagus juga kalau ibu Bella (nama kanak-kanak itu) turut bersama pada hari ini,” katanya.

Selepas kedua-duanya makan, lelaki itu dan anaknya mengucapkan terima kasih kepada pemilik restoran serta kakitangan di situ.

Dalam masa sama, turut tular rakaman video Panumas sebak menangis tatkala lelaki tersebut melayan anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, satu lagi rakaman video iaitu lelaki tersebut memeluk anaknya di luar premis sebelum kedua-duanya meninggalkan restoran itu.

Netizen mahu bantu

Laporan itu juga menyebut, pemilik restoran itu memberitahu pada Facebook, dia mengetahui nama dan alamat rumah lelaki itu. Namun, dia mahu menghormati privasi keluarga tersebut.

Bapa itu tidak mahu ditemu ramah oleh pihak media atau menerima sebarang bantuan kewangan yang ditawarkan kepadanya melalui akaun Facebook restoran itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Mewakili bapa dan anak perempuannya, ucapan terima kasih kepada semua yang menawarkan bantuan kepada mereka,” demikian katanya.

Susulan sikap baik yang ditonjolkan pemilik restoran itu, netizen menghantar mesej serta memberi komen penghargaan kepadanya atas pemberian berharga kepada dua beranak tersebut.

Malah, Facebook akaun restoran itu Halo Shabu juga dibanjiri dengan komen-komen netizen yang meninggalkan tanda ‘suka’ atas kebaikannya memberi hadiah yang tidak akan dilupakan kanak-kanak tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Harap restoran ini akan mendapat balasan yang baik”.

“Saya menghargai apa yang dilakukan pemilik restoran. Semoga perniagaan semakin maju,” itu antara komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suka Main Seorang Diri & Kipas-Kipaskan Tangan Ciri Awal Anak Autisme, Ibu Sila Peka!

Baca juga: Gigih Cari Kerja, Bapa Sanggup Berpanas Tolak Motosikal Sejauh 10KM Kerana Tayar Pancit

Baca juga: Sejak Lahir Hingga 4 Bulan Ditahan Wad, Bapa Bersyukur Anak Akhirnya Dapat Balik Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan