5 Kata-Kata Semangat Untuk Seseorang Yang Mengalami Kemurungan

Kata-kata semangat boleh memberi impak yang besar kepada mereka yang mengalami kemurungan namun anda perlu berhati-hati memilih ayat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak pasti apa yang hendak dikatakan apabila seseorang mengalami tekanan? Kata-kata semangat ini boleh memberi impak yang besar kepada mereka.

Satu daripada tiga orang di Amerika Syarikat akan bergelut dengan masalah kemurungan sekali seumur hidup mereka dan satu daripada lapan akan mengalami episod kemurungan yang besar.

Sukar untuk mengetahui apa yang perlu dikatakan apabila seseorang tertekan, jadi adalah lebih baik untuk menyediakan beberapa strategi untuk menyokong orang tersayang anda ketika waktu gelap mereka.

"Mengirim mesej ialah cara mudah untuk menunjukkan kepada seseorang bahawa anda berfikir tentang mereka dan anda mengambil berat," kata Fran Walfish, PsyD, ahli terapi perhubungan di Beverly Hills. 

Walaupun teks tidak menggantikan interaksi secara bersemuka atau panggilan telefon, kata Walfish, kata-kata semangat seperti ini boleh menjadi satu alat yang hebat untuk memberikan sokongan.

Elak Bercakap Perkara Ini

Apabila menghantar mesej atau bercakap dengan seseorang tentang kemurungan atau sebarang penyakit mental, adalah penting untuk mematuhi beberapa peraturan etika, kata pakar psikiatri dan saintis saraf Dave Rabin, MD, PhD, pengasas bersama Apollo Neuroscience.

Malah orang yang cuba menjadi baik dan penyayang boleh dengan mudah melakukan kesilapan seperti ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menawarkan nasihat yang tidak diminta. ("Adakah anda telah mencuba yoga?")
  • Meminimumkan perasaan mereka. (“Semua orang kadangkala berasa sedih—ia bukan masalah besar.”)
  • Memaksa menjadi positif.

Apa Yang Boleh Dikatakan Kepada Mereka

"Bergantung pada keperibadian mereka, anda boleh menghantar teks sesuatu yang lucu, seperti meme tentang kemurungan, petikan yang menggembirakan atau mesej 'memikirkan anda'," kata Walfish. 

Apa sahaja yang anda pilih, fokus pada mendengar pengalaman mereka, mengesahkan perasaan mereka dan memberikan sokongan. Teks pendek di bawah, disediakan oleh Dr. Rabin dan Walfish, boleh membuka saluran komunikasi dan membiarkan seseorang yang hidup dengan kemurungan tahu bahawa mereka tidak bersendirian.

1. Hi awak! Saya teringatkan awak, awak apa khabar?

Salah satu cara yang paling berkesan untuk membantu seseorang yang mengalami kemurungan hanyalah memberitahu mereka bahawa anda tidak melupakannya. "Mesej ringkas ini meluahkan kebimbangan dan membuka pintu kepada perbualan lanjut jika mereka merasainya," kata Walfish. Ini adalah sesuatu yang dilakukan oleh kawan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Saya nak awak tahu yang saya sentiasa ada untuk awak dan saya mahu membantu

Satu isu besar yang dihadapi oleh ramai penghidap penyakit mental ialah merasakan mereka membebankan orang tersayang, Dr. Rabin berkata. Teks pendek dan manis yang menawarkan sokongan anda ini adalah perkara yang baik untuk diucapkan apabila seseorang tertekan kerana ia memberitahu mereka bahawa membantu bukanlah beban tetapi sesuatu yang anda mahu lakukan.

3. Kemurungan sangat jahat! Tak mengapa kalau awak mengalami masalah ini, saya faham

Mengesahkan perasaan dan pengalaman orang lain ialah salah satu perkara paling minimum yang boleh anda lakukan untuk membantu seseorang yang mengalami kemurungan, kata Walfish.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Orang ramai mungkin bimbang bahawa mereka menjadi gila," jelasnya, "dan memberitahu mereka apa yang mereka alami boleh difahami adalah berkesan," namun ia sebenarnya kata-kata semangat yang diperlukan mereka.

4. Jika awak memerlukan seseorang untuk meluahkan, saya sedia mendengar

Hanya menawarkan telinga mendengar tanpa menilai boleh memberikan kelegaan yang mengejutkan kepada orang yang mengalami kemurungan, Dr. Rabin berkata.

Orang ramai boleh mendapat manfaat daripada memproses perasaan mereka secara lisan, dan mereka hanya memerlukan anda untuk mendengar dengan cara yang penuh kasih sayang.

5. Jom kita keluar ambil angin atau nak keluar minum kopi tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Merupakan idea yang baik untuk menawarkan untuk bertemu, dan lebih baik lagi apabila mereka sendiri yang mengajak anda. Apabila anda meluangkan masa bersama, anda boleh mengukuhkan keprihatinan anda sambil memberi mereka peluang untuk bercakap tentang kemurungan mereka jika mereka mahu atau bercakap tentang perkara lain jika mereka lebih suka mengalihkan perhatian mereka, kata Walfish.

Beri mereka satu atau dua pilihan di mana untuk bertemu (fikirkan: sesuatu yang biasa dan dekat dengan rumah, seperti bertemu di taman atau menikmati pencuci mulut), dan kemudian biarkan mereka memilih. Jangan membebankan mereka dengan pilihan yang pelbagai kerana ramai orang yang mengalami kemurungan mengalami "keletihan membuat keputusan," atau ketidakupayaan untuk membuat keputusan yang kelihatan mudah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : -

-Ramai Isteri Pendam & Murung Selepas Bersalin, Suami Diam-Diam Ada Perempuan Lain

Baca juga : Apa Itu Murung Dalam Senyum? Tanda-Tanda Kemurungan Orang Sering Abaikan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Gangguan Disforia Prahaid (PMDD): Punca, Tanda PMDD Dan Rawatan Yang Berkesan

Penulis

Nursyamimi