Mulut Ibu Amat BERBISA Ketika Tengah Marah, Sumpahlah Anak-Anak Dengan Kebaikan

Kata-kata seorang ibu merupakan doa yang mustajab. Sebab itulah anda dinasihatkan untuk sentiasa mengucapkan perkataan baik & mengawal perasaan ketika marah

Setiap kata-kata seorang ibu mampu memberikan kesan mendalam terhadap diri anak-anak dan seluruh ahli keluarga. Tidak dinafikan tugas wanita dalam rumah tangga pada hari ini semakin mencabar.

Ada yang bekerja dan perlu disiplin menguruskan masa sebaiknya. Ada juga para suri rumah berdepan tekanan 24 jam perlu menjaga dan berdepan pelbagai ragam anak-anak yang masih kecil.

Kata-kata seorang ibu mempengaruhi kehidupan anak-anak

foto: keluarga

Pernah tak ibu terlepas cakap sesuatu negatif atau termaki hamun terhadap anak ketika mereka melakukan kesalahan yang mengakibatkan anda naik angin?

Mungkin ada sesetengahnya tidak sengaja, tetapi bagi yang sudah terbiasa ia menjadi benda wajib apabila diri hilang sabar dengan anak. Namun tahukah anda bahawa keadaan ini boleh memberikan kesan yang besar terhadap perkembangan si manja?

Menurut perkongsian ibu kepada 9 orang anak, sememangnya bukan mudah untuk menguruskan anak, rumah tangga serta diri sendiri dalam satu masa tanpa adanya kekuatan fizikal dan mental.

”Penatnya bang.. Gegirl sepahkan barang, budak-budak bergaduh. Yang seorang ini pula tidak mahu langsung tolong mummy. Baby pulak asyik melalak. Huhu..” naik lenjan mama fatim.

Biasakah anda dengan keluhan sebegini? Itulah yang kadang-kadang mama fatim selalu sebutkan. Acap kali mengadu dekat suami. Walaupun dia bekerja pagi sampai petang, cuma sesekali dipanggil untuk out station memang makan masa berhari-hari.

Cabaran jaga 9 orang anak

credit to sources

Ada masanya naik rimas dan ada masa geram dengan anak-anak. Kadang nak makan pun tidak sempat. Solat pula ada masanya menjadi eskpres. Tahu apa ayah diorang jawab?

”Kesian dekat Ju. Sabar ya…” ituah yang sering ayah diaorang tenangkan perasaan mama fatim ni. Itu je. Suruh sabar. Tahu rasa macam mana? Ibu-ibu yang ada anak sahaja tahu perasaannya kan?

Bukan senang nak jaga anak-anak yang tengah membesar. Walaupun sudah ada yang meningkat remaja, sepatutnya menolong. Tetapi anak tetap anak, remaja dengan perangai remajanya, yang kecil dengan perangai kanak-kanaknya dan baby pun sama.

Boleh menjeruk rasa, sakitnya tu di sini! Cuma satu sahaja yang mama fatim tahu. Walaupun marah macam mana sekalipun pada anak-anak, mulut saya tidak pernah nak maki hamun atau doakan perkara tidak baik pada anak-anak.

Setiap malam sebelum tidur, saya pastinya akan mendoakan untuk mereka Ada sekali tu saya rasa marah sangat pada anak-anak dan menghantar mesej pada ayah mereka. Tahu tak apa dia balas?

”Sabar Ju.. Waktu inilah mulut ibu paling berbisa sekali. Sumpahlah mereka semua dalam kebaikan. Mudah-mudahan ia makbul.”

Adeh.. bagus kan nasihat ayah mereka ni. Nasib baik dapat ketua keluarga yang baik. Satu peringatannya untuk saya ialah ”simpan sahaja sakit tu di sini.”

Luahkan dan doa yang baik-baik setiap hari

foto: unicef

Jadi janganlah berputus harap dengan anak-anak. Doakan sahaja mereka kebaikan. Walaupun anak pernah berbuat jahat, tidak bagus macam mana pun, minta Allah bagi kebaikan pada mereka dan ibu dapat pahala yang besar.

Kalau nak tahu, mulut ibu sememangnya paling bisa untuk anak-anak! Terutamanya ketika emosi tidak stabil atau tengah naik angin. Ingat tu.. marah biarlah bertempat dan berpada-pada.

Bukan itu sahaja, ramai mengaku bahawa mulut ibu ‘masin’. Maksudnya setiap yang dikatakan adalah doa tiada hijab. Jadi anda doakanlah mereka yang baik. Setiap malam sebelum tidur, doa untuk keredhaan atas kehadiran mereka di dalam kehidupan anda suami isteri.

Belajarlah untuk bijak mengendalikan emosi. Dekatkan diri pada Allah. Sikap panas baran atau cepat melenting berlaku disebabkan oleh hasutan jin dan syaitan yang ingin memusnahkan sebuah keluarga bahagia.

Moga-moga Allah memakbulkan segala permintaan ibu ayah yang menginginkan anak menjadi insan yang soleh dan solehah untuk memberikan kebaikan dunia, akhirat dan ibu ayah. 

Usahlah menunding jari pada satu pihak sahaja dalam tugas membesarkan anak-anak. Sebagai suami isteri, anda perlulah bekerjasama menjaga amanah daripada Allah S.W.T ini.

Sumber: Kata Ustaz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdoa-anak-bijak