TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

6 Kata-Kata Yang Boleh Anda Ucapkan Ketika Hamil Kepada Para "Pengecam"

3 min bacaan
6 Kata-Kata Yang Boleh Anda Ucapkan Ketika Hamil Kepada Para "Pengecam"

Selagi anda tidak melakukan apa-apa yang doktor anda telah larang, anda hanya perlu menjawab kepada mereka: "Hei, saya hamil: bukannya sakit, cedera, atau lemah."

Anda tidak boleh mengangkat barang itu. Anda tidak boleh memakai itu. Anda tidak boleh membuat ini. Anda tidak boleh makan itu.

Betul – anda hamil dan semua orang asyik berkata “tidak boleh” kepada anda. Hanya kerana kehamilan anda,ia seolah-olah anda tidak boleh melakukan apa-apa.

Sekali lagi anda dengar kata-kata “tidak boleh”, pasti anda akan hilang sabar! Jadi selagi anda tidak melakukan apa-apa yang doktor anda telah larang, anda perlu menjawab kepada mereka:

“Hei, saya hamil; bukannya sakit, cedera, atau lemah.”

Ataupun, anda boleh kata seperti berikut setiap kali dihalang oleh orang lain untuk berbuat sesuatu:

6 Kata-Kata Yang Boleh Anda Ucapkan Ketika Hamil Kepada Para Pengecam

1. “Doktor saya tidak bersetuju.”

Anda keluar untuk berjoging pada waktu pagi. Anda tahu, bahawa ia salah satu aktiviti yang dibenarkan, malah digalakkan oleh doktor!

Sehinggalah orang yang tidak dikenali menghampiri anda dan mengatakan sesuatu seperti, “Oh, awak tak patut berjoging sewaktu hamil. Cedera bayi nanti.”

Um, tidak. Itu bukan apa yang doktor anda katakan. Teruskan sahaja berjoging.

Atau, anda boleh menjawab kembali:

“Doktor saya benarkan saya lakukan aktiviti ini.”

Dan ini bukan sahaja satu jawapan untuk aktiviti joging. Ia berfungsi untuk apa-apa sahaja aktiviti yang anda mahu lakukan dan telah diberi lampu hijau oleh doktor anda.

2. “Ia adalah badan saya dan bayi saya.”

Ini bukan kehamilan orang lain: Ia adalah milik anda.

Melainkan jika anda benar-benar membahayakan diri sendiri atau bayi anda, apa yang anda lakukan (atau tidak lakukan) bukanlah hal orang lain.

Apabila orang yang menyebabkan anda tertekan adalah seseorang yang anda tidak kenali, ia adalah lebih baik untuk mengingatkan mereka bahawa ia adalah keputusan anda, dan bukannya mereka.

3. “Ya, saya boleh.”

Ia mudah dan benar. Anda tahu had anda.

Jika doktor anda telah menasihat dan membenarkan anda melakukannya, anda sudah pasti tidak akan sekali-kali mengambil sebarang risiko dengan bayi berharga yang ada dalam rahim anda.

Ini bermakna anda sedar apa yang anda boleh lakukan dan apa batasan anda.

Bukannya anda mahu melakukan perkara berat seperti push-up atau angkat beban sehingga 500 kg! Anda hanya mahu mengangkat beg plastik runcit saja!

4. “Saya melakukannya sepanjang masa.”

“Wah! Patutkah awak buat benda itu? Kan awak hamil?”

Ya. Anda dah pun melakukannya mungkin sebanyak 100 kali … dan itu pun pada minggu lepas.

Jadi pasti tiada masalah untuk melakukannya lagi sekarang.

Biarkan mereka tahu yang, walaupun mereka bermaksud baik, tetapi kata-kata mereka agak…menjengkelkan.

Mereka akan faham dan menyedari bahawa anda bukan jenis yang mengikut pantang larang secara membuta ketika hamil.

6 Kata-Kata Yang Boleh Anda Ucapkan Ketika Hamil Kepada Para Pengecam

5. “Mengapa tidak?”

Ia adalah soalan yang legit sama sekali.

Seseorang, sama ada anda kenal atau tidak, telah pun mempersoalkan skill keibubapaan anda – sebelum bayi anda dilahirkan!

Selamat datang ke dunia indah si pengecam para ibu! Jangan tak tahu, mereka ada di sini untuk menghakimi setiap langkah dalam perjalanan keibubapaan anda.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Mereka mungkin mempunyai alasan yang sah, mungkin ia daripada pengalaman mereka, ataupun mungkin mereka hanya cuba untuk menjatuhkan semangat anda.

6. “Terima kasih.”

Kadang-kala anda hanya perlu guna pendekatan yang sopan.

Apabila anda tidak mengenali seseorang itu, ia tidak berbaloi untuk bergaduh, atau tidak masuk akal untuk berurusan dengan mereka.

Anda hanya perlu ucapkan “terima kasih” sahaja.

Anda hamil, hormon anda meningkat, dan anda mempunyai tahap kesabaran yang terhad sekarang ini.

Ya, anda pasti akan tersinggung dengan tuduhan bahawa anda tidak melakukan perkara yang betul sebagai seorang bakal ibu.

Atau anda marah apabila seseorang memberitahu anda “tidak.”

Daripada anda membiarkan kata-kata itu memberi kesan kepada perasaan anda, terimalah dengan senyuman dan perkataan terima kasih. Ia sudah memadai. Percayalah!

Rencana diterjemah daripada Brit + Co. 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 6 Kata-Kata Yang Boleh Anda Ucapkan Ketika Hamil Kepada Para "Pengecam"
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham