Jangan beli katil baby sebelum anda semak 5 tip berguna ini, semuanya demi keselamatan anak!

Memilih katil baby adalah satu perkara yang tak mudah, lebih-lebih lagi jika anda tiada pengalaman. Ketahui bagaimana untuk memilih katil bayi yang sesuai.

Katil baby adalah antara barang termahal yang perlu anda beli sebelum anak lahir. Tapi, sebelum anda keluarkan duit untuk membeli katil bayi, ini adalah beberapa tip yang anda perlu pertimbangkan semasa memilih katil baby tersebut.

Kelima-lima tip yang disediakan theAsianparent ini amat berguna demi keselamatan dan keselesaan anak anda. Anda pasti tidak mahu perkara tidak diingini berlaku kepada mereka, kan?

Sebab itu anda perlu tahu pemilihan katil baby amat penting kerana ramai bayi terkorban malah tercedera kerana katil baby.

5 tip penting sebelum ibu bapa beli katil baby

1. Keselamatan semasa memilih katil bayi

Keselamatan adalah perkara terpenting yang perlu anda fikirkan semasa memilih katil anak. Ini kerana, mereka akan tidur di dalam katil dan anda tak boleh nak memerhatikan mereka sepanjang masa.

Jadi, bila memilih katil baby, periksa pagar katil dan pastikan jarak lubang pagar tak melebihi dua inci untuk mengelakkan kaki, tangan atau kepala anak tersekat.

2. Ukur sebelum beli katil baby

Penting juga untuk anda membawa pita pengukur semasa memilih katil baby. Ini adalah untuk memastikan katil yang anda pilih bukan saja boleh muat untuk bilik anda, tapi untuk melalui pintu rumah/bilik.

Ramai ibu bapa yang mengabaikan langkah ini dan pulang dengan katil anak yang tak boleh masuk pintu depan atau pintu bilik sendiri.

3. Pagar katil baby boleh turun atau tak?

Ketika memilih katil anak, anda tak tahu sama ada perlu pilih katil yang tepinya boleh diturunkan atau tak. Katil yang tepinya boleh diturunkan memudahkan anda untuk mengangkat dan meletakkan anak ke dalam katil.

Maangnya, katil yang boleh turunkan tepi ini boleh jadi berbahaya apabila anak anda membesar dan boleh dudk dan berdiri dengan sendiri kerana takut mereka tertolak dan terjatuh.

Jadi, lebih selamat untuk anda memilih katil yang tepinya tak boleh diturunkan.

4. Ujian tekap tangan

Semasa memilih katil baby, anda mungkin nak mengeluarkan tilam yang dibeli untuk melakukan pemeriksaan. Tilam perlu melalui ujian tekap tangan untuk mengetahui kekukuhan dan kestabilan.

Seperti contoh, sebelum membeli tilam, tolak tangan anda pada tilam dan jika anda angkat dan boleh lihat kesan tapak tangan, itu tandanya tilam tersebut terlalu lembut untuk anak.

Tilam lembut boleh meningkatkan risiko sindrom bayi mati mendadak. Jadi beli tilam yang kukuh dan padat bersama katil yang anda pilih.

5. Katil bayi alternatif

Ramai ibu bapa yang memilih untuk tak membeli katil bayi kerana mereka tak mahu perabot yang besar lebih-lebih lagi bila tinggal di rumah yang kecil.

Jadi mereka memilih alternatif lain seperti bakul tidur atau katil mudah alih yang boleh dilipat.

Video di bawah menunjukkan beberapa pilihan katil bayi yang anda boleh lihat:

Ikuti tip di atas sebelum anda membeli katil anak supaya anda tak menyesal di kemudian hari!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Wafa Marican; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
 
Baca juga
 

Penulis

Nadia Ghafar