Kesihatan Mental Anak Boleh Terjejas Jika Anda Berterusan Lakukan Perkara-Perkara Ini

Kesihatan dan keadaan mental yang sihat bagi anak-anak amat penting kerana ia amat berkait rapat dengan perkembangan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan ingat jika anak masih kecil, kita tidak perlu jaga kesihatan dan keadaan mental mereka. Salah ya. Jangan lupa anak anda juga manusia, jadi kesihatan mentalnya amat penting untuk dijaga.

Siapa sangka, kanak-kanak yang terganggu kesihatan mentalnya boleh menjadi orang dewasa yang sangat bermasalah dan boleh jadi tidak memanfaatkan orang lain. 

Justeru, adalah sangat penting untuk kita pastikan kesihatan mental anak-anak sentiasa terjaga lebih lebih lagi dalam musim pandemik ini yang banyak membataskan pergerakan mereka.

Kesihatan & keadaan mental anak perlu dijaga supaya tak terganggu

Sudahlah pergaulan anak-anak terganggu susulan pandemik, tidak dapat berjumpa kawan dengan kerap di sekolah. Di taman permainan pula terpaksa dihadkan pergaulan.

Jadi bila di rumah, apa salahnya kita sama-sama jaga kesihatan mental anak supaya ia tidak terjejas disebabkan perangai ibu ayah itu sendiri.

Jika mahu kesihatan mental anak baik buatlah perkara ini

Anak-anak kita sudah terjejas sepanjang pandemik melanada dunia, terpaksa diasingkan daripada rakan-rakan di sekolah dan ahli keluarga.

Tanpa kita sedar, kesihatan mental itu sebenarnya banyak berkait dengan kesejahteraan sosial dan emosi. Ia amat penting kerana ia membantu anak-anak membesar dalam keadaan sejahtera sosial dan emosinya.

Kesihatan mental yang baik membantu anak-anak kita membesar dan mencapai tahap perkembangan emosi mereka serta mempelajari kemahiran sosial dan tindak balas yang sihat. 

Jika anda perasan ada perubahan tingkah laku pada anak anda, atau mereka tiba-tiba menjauhkan diri atau murung segeralah bertindak. Bagi anak-anak lebih kecil pula, jika merreka menjadi lebih cerewet dan perkembangan mereka kelihatan mundur, segeralah dapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buatlah penilaian kesihatan mental anak supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. 

Checklist pastikan mental anak sihat sejahtera

Sekiranya anda mahu mental anak sihat sejahtera, pastikan perkara-perkara ini sentiasa dipraktikkan kepada anak-anak. Ia termasuklah:

#1. Berikan mereka masa dan kebebasan untuk bermain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda rasa runsing rumah bersepah? Di sana sini mainan penuh. Di lantai, atas katil, sofa dan sebagainya penuh dengan mainan anak saja. Rasa nak mengamuk pun ada.

Namun tahukah anda keinginan mereka untuk bermain tanda mereka normal dan anda sepatutnya bersyukur. Jika tidak mahu anak buat sepah, ajarlah anak anda untuk kemas selepas bermain. Jadikan mengemas mainan itu rutin anak sebelum dia masuk tidur.

#2. Cari rakan-rakan yang buat mereka rasa dihargai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenali rakan anak anda di sekolah. Berilah mereka ruang untuk berkawan dengan rakan-rakan yang buat anak rasa dihargai. Ajar anak anda bagaimana untuk berkawan. Elak diri anak dibuli dan sebagainya jika anda sudah ajar mereka cara berkawan yag sepatutnya.

#3. Galakkan anak anda untuk fokus kepada perkara yang sedang berlaku

Ajar anak untuk fokus kepada apa yang sedang mereka lakukan. Jangan tergopoh gapah dan hilang tumpuan jika ada sebarang gangguan. 

#4. Galakkan anak anda belajar dengan gembira di sekolah atau di rumah

Tidak perlu terlalu memaksa. Anak akan gembira belajar di sekolah jika anda bantu mereka dan ingatkan mereka untuk sentiasa gembira di sekolah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ada yang tidak faham atau yang dia tidak boleh buat, galakkan anak untuk bertanya. 

#5. Pastikan anak makan dengan baik

Pastikan anak makan dengan baik mengikut kepada jadual makan yang sepatutnya. Pastikan anak dapat nutrien yang lengkap kerana kesihatan mental juga amat berkait rapat dengan perkembangan otak. 

#6. Patuhlah kepada rutin

Patuhlah kepada rutin. Pastikan ada rutin harian yang baik untuk anak. Waktu mandi, waktu makan, waktu bermain, waktu ulangkaji, waktu belajar dan waktu tidur serta lain-lain lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasakan anak hidup dengan rutin, namun tidak salah jika anda nak ubah rutin mereka supaya anak-anak boleh jadi universal dalam apa juga keadaan.

#7. Bantu mereka kenalpasti perasaan mereka

Bantu anak kenalpasti perasaan mereka. Rasa marah, sedih, gembira dan sebagainya. Ajar anak untuk luahkan apa yang mereka rasakan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

Baca juga: Kerap Kena Jangkitan Telinga Antara 9 Tanda Utama Sistem Imun Anak Tidak Berfungsi Dengan Baik

Baca juga: Tanda Anak Alah Pada Kekacang, Hati-Hati Salah Makan Boleh Bawa Maut! – Pakar

Penulis

Lala Annuar